Betol-betol Hangat! Kemalangan di Ayer Keroh

Oleh Kaki Wayang on

 
Bukan apa..aku ni baru je bvalik dari Ayer Keroh, Melaka untuk menghadiri Pertandingan Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris..bila baca paper hari ni terbaca pula pasal kemalangan kat Sungai Ayer Keroh Lama..Alhamdulillah kami selamat tiba di Politeknik Muadzam Shah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku..

Gambar di atas menunjukkan anggota Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan selepas kereta yang melalui Jalan Bukit Beruang-Ayer Keroh terjunam di Sungai Ayer Keroh Lama kira-kira jam 9.25 pagi di Melaka, hari ini. Mangsa mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

P/s: Kepada sesiapa pun termasuk kengkawan dan pembaca Blog BBH ni...mintak-mintak korang hati-hati jelah yer kalau nak balik kampung..jangan sampai terjadi pula kejadian seperti ini..kembali anda ke kampung adalah untuk dirai..bukannya untuk ditangisi..


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...