Betol-betol Hangat! Facebook lancar panggilan video!

Oleh Kaki Wayang on


Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video. Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype. 

Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna. Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.

Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...