
Filem terakhir Harry Potter memecah rekod tayangan waktu tengah malam di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada apabila mencatatkan kutipan tiket AS$43.5 juta (RM130.5 juta). Pada peringkat antarabangsa, Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 mencatatkan kutipan tiket berjumlah AS$82.5 juta (RM247.5 juta), kata Warner Bros. semalam. Pemerhati box ofice meramalkan jualan domestik (AS dan Kanada) selama tiga hari pada hujung minggu akan mencecah antara AS$125 juta (RM375 juta) dan AS$150 juta (RM450 juta).