PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Proton Tuah Pengganti Proton Persona!

Oleh Kaki Wayang on

MODEL P3-21A dipamerkan  di kilang Proton Tanjung Malim.

PROTON Holdings Bhd dijadualkan memperkenalkan kereta global pertamanya, yang akan memenuhi standard piawaian antarabangsa, khususnya di pasaran Eropah pada Februari tahun depan.

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0726/Utusan_Malaysia/Korporat/ko_02.1.jpg

Difahamkan, model yang buat masa ini dikenali dengan nama kod P3-21A itu adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu.

http://static.motorstop.asia/blog/images/proton-tuah-concept.jpg

Model itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan bagi menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic. 

http://images.travelpod.com/users/venoth/75.1290223711.4_proton-tuah.jpg 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Proton Tuah Pengganti Proton Persona!

Edisi Sedih Tahap GABAN! Bila Hasil Usaha tidak setimpal dengan keputusan!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRT40fzJ_xZarfpiLfLXwcivrmJj-6o6anbco9rz-fv8jr7SoJkFmUl5KXE7lIPuZ1k_nSQ-G2C7xreq5ahSmJ7u0IaGCTtU8-N-3Ly_5-loVgUkyTjiyUjomejx9I6yn11J6foI7YCqs/s1600/kecewa.jpg

Hari ini aku begitu sedih memikirkan nasib ku dan nasib pasukan tentera aku dimedan perang..sempena dengan Festival Tilawah Al-Quran, Pidato dan Nasyid aku begitu tekun dalam merangka strategi dan pelbagai usaha aku tingkatkan agar anak-anak didikku berjaya menguasai apa yang telah dipelajari..namun apa yang diharapkan tak menjadi..ianya begitu mendukacitakan..

http://3.bp.blogspot.com/-WIPZ3HR83Qc/Ta_cgIFZr_I/AAAAAAAABjA/NAccbtqHokE/s1600/kecewa2.jpg

Setelah lama berkecimpung dalam dunia seni ini..pelbagai rentetan peristiwa yang aku hadapi..semuanya berlangsung tanpa sebarang masalah..kalau timbul pun ianya akan dapat diatasi dengan mudah..malam ini semuanya serba tak menjadi...mungkin inilah balasannya kepada aku bila tak tegas dalam mengendalikan pelajar-pelajar ku ini..kadang-kadang aku begitu kasihan bila melihat mereka seperti tidak tahu langsung dan sepertinya mereka tidak berlatih langsung..Ya Allah..aku begitu sukar untuk menerima keputusannya seperti ini..


Sila baca selanjutnyaEdisi Sedih Tahap GABAN! Bila Hasil Usaha tidak setimpal dengan keputusan!

Betol-betol Hangat! Tak tahan la tu...!

Oleh Kaki Wayang on

http://hanyakata.blogdetik.com/files/2010/06/miss_u_so_bad_by_za_varka.jpg

Hahahahaha..tajuk sangat kontroversi gitew..by da way, aku cuma sebenarnya x tahan..asyik gatal tangan je nak update blog..sedeh tak dapat update blog..sebenarnya, aku bukan xnak update..aku kat Melaka ni..jadi jurulatih nasyid untuk Politeknik Muadzam Shah..hehehe..semua aku nak bedal..jurulatih pown aku nak rampas jawatan..nanti pertandingn Festival Tilawah Al-Quran, Pidato dan Nasyid Politeknik Malaysia..

Untuk pengetahuan anda semua nanti ada rakaman tau kat tv..kat Astro, kat TV1, TV Al-Hijrah..nanti jangan lupa tau tengok tapi bukan sekarang sebab lum edit lagi..skg ngh record..nanti aku gtau yer..

Satu lagi, kepada pembaca Blog Betol-betol Hangat! minta maaf sebab xdapat update dalam seminggu ni yer..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tak tahan la tu...!

Betol-betol Hangat! SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

Oleh Kaki Wayang on


Tak tahula aku ni ada kembar atau tidak..dulu masa masih sekolah ngan kengkawan..aku dilabel kembar dengan salah seorang saudaraku..malah tarikh lahir kami sangat hampir iaitu..aku 08/08/**** dan saudara aku tu 11/08/****..So, ni pertama kali join segmen kat sini..harap-harap leh jumpe kembar lagi eh..yang bukan kembar pun takpe..JOIN KAT SINI


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

Betol-betol Hangat! Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Oleh Kaki Wayang on

http://lh5.ggpht.com/-2FLxFg2bUmE/TioVuLeK2bI/AAAAAAAAGRw/KL5iXD2qqDs/History-Supreme-yacht-2_thumb%25255B2%25255D.jpg?imgmax=800

Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok. Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/246598_207323322649372_139613139420391_501697_2086062_n.jpg

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia. Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex. Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...