PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Khairul Fahmi Che Mat dan Elia putus tunang!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpmSxvFzk4XQisvapCkKMNgkMnzAH9bkLjAa-KCI1IMeMH-nIF7msQPfY0CAmbzCclHaEUbLmOFoKbK5wmzYH-G2lyR1aGwCNe71TUXUsfUQiMo9DS7EWXJWaSg24LlO5rWn1q0k2qVb4/s1600/Pertunangan+ELia+dan+Khairul+Fahmy.JPG 
 
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas. Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. 

Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul? Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini. Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan.

Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya. Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

P/s: Diharapkan selepas ini tidak ada lagi sebarang usaha untuk saling fitnah memfitnah sesama lain..tak de pekdahnyer occay..dan tak payah lah nak burukkan sesiapa pun..kalau ada masalah bawak berbincang..tengok dah putusa tunang..kisah ini akan menjadi iktibar kepada semua orang..
 
Sumber: KAT SINI 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Khairul Fahmi Che Mat dan Elia putus tunang!

Betol-betol Hangat! Kumpulan Nasyid Dian (Nasyid Pelancongan Melaka)

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Politeknik Kota Melaka, Melaka yang telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris peringkat Politeknik Malaysia pada 225-28 Julai yang baru lalu..


Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Nasyid pertama Melaka yang mengelarkan diri mereka Kumpulan Dian atas pelancaran album sulung mereka yang berjudul "PERMATA NUSANTARA"..pertamanya, wahhh hebat..boleh tahan..dah dengar dah album tu..terima kasih sebab bagi secara percuma album Nasyid Pelancongan itu..Album ini bertujuan bukan sahaja untuk tujuan dakwah tapi juga sebagai satu usaha untuk mempromosi Negeri Melaka di mata dunia..dan kita (yang hadir pada majlis MAFeP) bertuah sebab Kumpulan Dian datang dan membuat persembahan di malam penutup MAFeP hari itu.

Kepada yang belum dapatkan album sulung mereka ini..korang cuba cari kat pasaran..dan tak rugi untuk memiliki album Nasyid ini..dan BBH amat meminati lagu Setulus Dian dan Permata Nusantara..Tahniah sekali lagu Kumpulan Dian..

P/s: Nasib baik dapat free je album ni..kalau tak..tak beli pun sebab aku ni jenis yang tak suka membeli album atau apa jua jenis lagu..asyik-asyik download jew..tapi korang belilah yang original yer..support Nasyid tanahair..best album ni..cuma perlu sedikit lagi penambahbaikan..upsss..BBH pun dah ada album Nasyid tau..hehehe..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kumpulan Nasyid Dian (Nasyid Pelancongan Melaka)

Betol-betol Hangat! Pija gembira pantunnya pikat PM

Oleh Kaki Wayang on


"Pija tidak ingat tulis apa tapi Pija cipta pantun empat kerat ini khusus untuk PM (Perdana Menteri)."
Itu penjelasan Shafiza Sha'arani, 11, salah seorang daripada enam pemenang peraduan poskad dan esei pendek secara dalam talian sempena hari lahir Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesra dengan nama Pija, dia mengaku terkejut semasa diberitahu pantun miliknya dipilih menjadi pemenang telefon pintar iPhone 4 kerana penyertaannya itu sekadar suka-suka sahaja. 

"Lepas saya tengok iklan, saya terus buka Internet dan isi peraduan tersebut dengan mencipta pantun empat kerat untuk PM," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kemajuan di sini baru-baru ini.

Pija tidak mengingati bait-bait pantun tersebut. Bagaimanapun, ia mengenai keramahan dan kebaikan Najib. Mengulas mengenai hadiah telefon pintar yang dimenanginya, murid Sekolah Rendah Islam 1 itu akan memberikannya kepada kakaknya, Shazwana.

"Saya tidak pandai guna telefon itu. Lagipun saya tidak boleh bawa ke sekolah. Jadi saya bagi pada kakak tapi saya nak dia (kakak) bagi saya seekor kucing sebagai ganti," ujarnya yang menanam cita-cita menjadi seorang doktor.

Sementara itu, di Putrajaya, seorang pelajar tingkatan tiga, Md. Amirul Md. Amidon yang memenangi pertandingan poskad dan esei pendek pada peraduan yang sama teruja kerana berjaya memenangi telefon iPhone 4.

Menurutnya, dia bersama dua adik perempuannya, Nur Amirah Izati, 10, dan Nur Amisha Hana, 4, bersungguh-sungguh mencipta ucapan hari lahir buat Perdana Menteri sebelum ini. Dua lagi pemenang kategori tersebut ialah Anizah Sahrin, 32, dari Sabah dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, kategori esei pendek turut dimenangi Shafiza, bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39 dan Lemeul Ong Chin Shan, 18.  Kesemua pemenang pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Najib sendiri di Kuala Lumpur kelmarin.

Pertandingan itu mendapat sambutan dengan kira-kira 20,000 orang belia dan pelajar di Malaysia menyertainya.

SUMBER: KOSMO Online


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pija gembira pantunnya pikat PM

Betol-betol Hangat! Kemalangan di Ayer Keroh

Oleh Kaki Wayang on

 
Bukan apa..aku ni baru je bvalik dari Ayer Keroh, Melaka untuk menghadiri Pertandingan Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris..bila baca paper hari ni terbaca pula pasal kemalangan kat Sungai Ayer Keroh Lama..Alhamdulillah kami selamat tiba di Politeknik Muadzam Shah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku..

Gambar di atas menunjukkan anggota Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan selepas kereta yang melalui Jalan Bukit Beruang-Ayer Keroh terjunam di Sungai Ayer Keroh Lama kira-kira jam 9.25 pagi di Melaka, hari ini. Mangsa mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

P/s: Kepada sesiapa pun termasuk kengkawan dan pembaca Blog BBH ni...mintak-mintak korang hati-hati jelah yer kalau nak balik kampung..jangan sampai terjadi pula kejadian seperti ini..kembali anda ke kampung adalah untuk dirai..bukannya untuk ditangisi..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kemalangan di Ayer Keroh

Betol-betol Sedih! Baju kurung merah jambu jadi kenangan

Oleh Kaki Wayang on

MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan 

Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah. 

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

"Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci. 

“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri. Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.

Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.

P/s: Baca Berita Harian pagi ni..serius BBH terkejut..semoga rohnya dicucuri rahmat..janganlah kita cuba untuk menghina dan mencercanya sekali lagi..
  
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Baju kurung merah jambu jadi kenangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...