PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Wordless Wednesday: Bot Penyelamat Masa Depan!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/505.jpg 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wordless Wednesday: Bot Penyelamat Masa Depan!

Betol-betol Hangat! Bapa bintang siri Glee mati ditikam!

Oleh Kaki Wayang on

 
Bapa kandung bintang pop antarabangsa dari Filipina, Charice Pempengco, (gambar) 19, yang muncul dalam siri televisyen popular di dunia, Glee ditikam sehingga mati di di selatan Manila semalam, kata pegawai polis Filipina semalam.

Seorang pegawai polis, Gilbert Cruz berkata, bapa Charice, Ricky Pempengco, 40, ditikam ketika berada di sebuah kedai di bandar San Pedro selepas dia secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki mabuk.

Lelaki mabuk itu yang berang menikam Pempengco berulang kali dengan peralatan pemecah ais di dada dan belakang badannya sehingga dia mati di tempat kejadian yang berlaku kelmarin.

Polis masih mencari suspek kes pembunuhan tersebut, kata polis tersebut.

Pegawai polis itu menawarkan ganjaran sebanyak AS$470 (RM1,466) terhadap sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkap lelaki berkenaan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bapa bintang siri Glee mati ditikam!

Betol-betol Hangat! Berita Harian - Akhbar untuk keluarga!

Oleh Kaki Wayang on


Akhbar untuk keluarga: Nik Salim Nik Endut, 82 bersama menantunya, Siti Aishah Mahmud, 46, serta cucu membaca akhbar Berita Harian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Seberang Baroh Kiri, Kuala Terengganu. Pembaca setia akhbar berkenaan sejak dulu menyifatkan Berita Harian banyak memberi manfaat dan pengajaran serta ada ruangan yang boleh membantu dalam bidang pelajaran seperti ruang Didik kepada cucunya, Nik Mohd Daniel Hakimi, 8 tahun.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Berita Harian - Akhbar untuk keluarga!

Betol-betol Ngeri! Susulan Keretapi dilanggar lori tangki di Kota Kinabalu!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/520.jpg

Beginilah keadaan kepala dan gerabak keretapi yang dilanggar sebuah lori tangki minyak di Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang berlaku petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang apabila lori tangki yang sedang melintasi trek keretapi tersebut dirempuh oleh keretapi dan punca sebenar kejadian sedang disiasat.

SUSULAN:



 
TAK SERIK: Sikap segelintir pemandu yang masih menggunakan lintasan haram di kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, iaitu lokasi nahas kereta api bertembung dengan lori tangki Isnin lalu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Susulan Keretapi dilanggar lori tangki di Kota Kinabalu!

Betol-betol Bangang! Remaja Korea dirogol 3 jam

Oleh Kaki Wayang on

Mahkamah Korea Selatan semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang anggota tentera Amerika Syarikat atas kesalahan memperkosa seorang remaja secara kejam, kes yang memaksa diplomat Amerika meminta maaf. 

Anggota berpangkat prebet itu dihukum kerana merogol gadis berusia 18 tahun berulang kali di bandar raya Dongducheon, yang menempatkan pangkalan Divisyen Infantri Ke-2 berhampiran dengan sempadan Korea Utara. 

“Ketika tertuduh memuaskan nafsunya dengan cara kejam selama tiga jam, mangsa menderita dalam keadaan ketakutan dan merasai penghinaan. Tertuduh perlu diberi hukuman berat,” kata mahkamah dalam keputusannya yang dipetik agensi berita Yonhap.

Ia berkata, askar berusia 21 tahun itu yang namanya tidak diberikan, memasuki sebuah bilik murah pada 24 September lalu dan merogol, mendera dan mengugut mangsa menggunakan gunting.

Dia kemudian merompak mangsa 5,000 won (RM13) sebelum melarikan diri, kata hakim mahkamah di bandar raya Uijeongbu, utara Seoul.

Itu adalah hukuman paling berat pernah dijatuhkan ke atas anggota tentera Amerika sejak tahun 1993 apabila seorang lagi anggota tentera dipenjara seumur hidup kerana membunuh wanita Korea, lapor agensi berita Yonhap. Namun, hukuman itu kemudian dikurangkan kepada 15 tahun.

Penolong Setiausaha Negara Amerika, Kurt Campbell, yang melawat Korea bulan lalu meminta maaf kepada rakyat negara itu kerana kes rogol yang tragik dan tidak boleh dimaafkan itu.

Tentera Amerika juga meminta maaf dan mengenakan perintah berkurung lewat malam selama sebulan ke atas anggota tenteranya di negara itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Remaja Korea dirogol 3 jam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...