PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Kreatif! Inilah Binaan Masjid Unik Penduduk Di Ethiopia!

Oleh Kaki Wayang on


Masjid Unik Di Ethiopia. Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang betapa cantik dan indahnya sesebuah masjid itu untuk mengukur sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Apa guna masjid cantik tetapi tiada ada jemaah di dalam yang mengimarahkannya. Apa guna masjid 18 tingkat kalau tiada sorang pun yang mahu menggunakann dan mahu beribadah di dalamnya.


Apabila kita menyebut MASJID. Sudah tentu kita akan terbayang akan binaan dan kubahnya yang cantik melambangkan masjid, rumah Allah SWT. Tetapi berlainannya pula di sebuah daerah kecil di Asaita, Danakil, Ethiopia.


Masjid ini ia dibina bagi memudahkan para nomad yang melalui kawasan ini bersama unta mereka singgah dan solat. namun begitu ruangan masjid ini hanya mampu untuk memuatkan beberapa jemaah sahaja dalam satu-satu masa. Pastinya satu kenangan manis dan pengalaman unik boleh dinikmati apabila berkunjung dan melaksanakan kewajipan solat di sini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Kreatif! Inilah Binaan Masjid Unik Penduduk Di Ethiopia!

Edisi Kreatif! Figura Iron Man Mark XLIII Yang Realistik dan Mengancam!

Oleh Kaki Wayang on


Iron Man Mark XLIII. Koleksi terbaru figura Iron Man kini boleh didapati di pasaran. Pengeluar figura terkenal Hong Kong Hot Toys baru sahaja mengumumkan figura Iron Man Mark XLIII yang tampak begitu realistik apatah lagi apabila topeng muka Iron Man dibuka. Muka figura Tony Stark tampil realistik dan menarik hati.

 
 
 
 
 

Suit Sama Seperti Dalam Avengers: Age of Ultron

Antara ciri-ciri menarik Iron Man Mark XLIII ini adalah, mempunyai ketinggian 49cm dan menunjukkan Tony Stark dalam suit Mark XLIII. Buat makluman suit pada figura ini adalah suit yang sama yang dipakai dalam Avengers: Age of Ultron.

Antara lain ciri-ciri menarik figura ini ialah ukiran kepala yang baru dan lebih canggih. Senjata roket yang boleh ditukar-tukar, tiga set tangan yang berbeza-beza. Di samping rekaan kaki yang lebih fleksibel dan lampu LED pada dada, mata dan telapak tangan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Kreatif! Figura Iron Man Mark XLIII Yang Realistik dan Mengancam!

Edisi Terkini! Gambar dan Status Terakhir Pak Yus Jambu Sebelum Menemui Pencipta, Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on

Al-Fatihah

Pak Yus Meninggal Dunia. Pemergian Pak Yus menemui penciptaNya amat mengejutkan pelbagai pihak. Siapa tak kenal Pak Yus. Seorang pelawak yang begitu bersahaja dan spontan dalam mengeluarkan idea-idea kreatif untuk membuatkan para penonton gembira.

 Status dan program terakhir arwah

Siapa tahu program "Raja Band" merupakan program terakhir yang beliau jayakan di samping rancangan Juara Parodi sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir dipercayai sesak nafas.
Difahamkan gambar di bawah merupakan gambar terakhir (gambar di ambil kira-kira pukul 10 malam tadi) Pak Yus bersama peminat. Dikongsikan oleh salah seorang peminat Pak Yus, Jack Casemann di dalam facebooknya.


Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Arwah Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai dan jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Sayu Terakhir Arwah Pak Yus Yang Mampu Menitiskan Air Mata, Al-Fatihah!

Innalillahiwainaillahirajiun. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar dan Status Terakhir Pak Yus Jambu Sebelum Menemui Pencipta, Al-Fatihah!

Edisi Giveaway! Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum warga blog Kaki Wayang. Pada yang pertama kali datang ke sini, selamat datang kepada semua. Kai ini Kaki Wayang join Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM. Seorang blogger yang paling top di Malaysia sekarang ini. 

Buktinya pageviews beliau kini mencecah 15 juta. Ingat senang ke nak capai 8 angka? Pelbagai info terkini dikongsikan dalam blog beliau. Info travel, resepi, isu-isu semasa dan macam-macam lagi. Tu sebab blog ni ramai yang datang melawat untuk mendapatkan maklumat. Tips-tips untuk mereka yang bergelar blogger baru pun ada dalam ni. Nak dapatkan trafik blog mantap pun ada. Boleh dikatakan setiap hari juga Kaki Wayang menjengah blog abam Hasrulhassan.

Walau apapun tahniah Bro HH. Anda layak berada dalam situasi anda sekarang. Tahniah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Giveaway! Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM!

Edisi Sentap! ISIS Lupa Tutup Logo USA Dalam Video Latihan Ketenteraan Mereka!

Oleh Kaki Wayang on


ISIS ataupun Islamic State of Iraq and the Levant kini antara objek paling berpenagaruh di dunia. Pelbagai keganasan melibatkan ISIS terpampang di seluruh media massa. Namun begitu siapakah dan apakah ISIS yang sebenarnya? Meh pegi kat SINI kalau nak tau hal mengenai ISIS.

 

Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, siapa mereka? Tujuan mereka dan siapa yang membiayai segala perbelanjaan mereka. Di dalam satu video yang telah dikeluarkan dipercayai dari ISIS, di dalam video tersebut menunjukkan mereka sedang berlatih ketenteraan. Namun begitu, mereka terlupa untuk menutup logo "US" (United States) pada khemah mereka. Apakah ISIS dibiayai oleh kerajaan US?

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! ISIS Lupa Tutup Logo USA Dalam Video Latihan Ketenteraan Mereka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...