PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Dirang. Show all posts
Showing posts with label Dirang. Show all posts

Edisi Terkini! Akhirnya Pembunuh Dirang Muidin Maidin Ke Tali Gantung!

Oleh Kaki Wayang on


Kematian Nurul Nadirah Abdullah atau dikenali sebagai Dirang yang menyayat hati pada awal bulan ini, terbela hari ini apabila seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Akhirnya Pembunuh Dirang Muidin Maidin Ke Tali Gantung!

Edisi Terkini! Pembunuh Dirang Dijatuhkan Dihukum Mati - Susulan Kisah Pembunuhan Dirang!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang daripada tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang, akan didakwa atas kesalahan membunuh di mahkamah di sini esok.

Suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pembunuh Dirang Dijatuhkan Dihukum Mati - Susulan Kisah Pembunuhan Dirang!

Edisi Terkini! Suspek Pembunuhan Dirang Terjawab: Suspek Kes Bunuh Dirang Didakwa Esok!

Oleh Kaki Wayang on


Tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali dengan panggilan Dirang, yang dibunuh dan dibakar awal bulan ini, akan didakwa di mahkamah, esok. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, salah seorang individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Semua mereka akan didakwa esok dan seorang (lagi) akan didakwa kerana (kesalahan) penyalahgunaan dadah manakala nasib seorang (suspek) wanita hanya akan diketahui esok," kata beliau selepas Majlis Peringatan Hari Polis ke-205 di Setia Indah di sini, hari ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Suspek Pembunuhan Dirang Terjawab: Suspek Kes Bunuh Dirang Didakwa Esok!

Edisi Terkini! Susulan Kisah Pembunuhan Dirang: Keluarga Dirang Diganggu!

Oleh Kaki Wayang on


Keluarga mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang mendakwa berasa terancam sejak kematian kanak-kanak itu. Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, kehidupan mereka sekeluarga tidak tenteram berikutan beberapa insiden seperti cubaan samun dan dikejar individu tidak dikenali.

“Sejak dua hari lalu, rumah yang kami diami cuba dipecah masuk kira-kira jam 1 pagi. Ketika itu, kami semua sedang lena tidur, namun adik ipar terdengar bunyi penjenayah cuba memecah masuk melalui bumbung.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Susulan Kisah Pembunuhan Dirang: Keluarga Dirang Diganggu!

Edisi Terkini! Kes Dirang: Bekas Suami Pesan Jaga Hafis!

Oleh Kaki Wayang on


"Jaga Hafis baik-baik, jangan sesekali tinggalkan dia sendirian," demikianlah pesan Handry Yongot, 30-an, bapa kandung mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, kepada bekas isterinya agar menjaga anak lelaki mereka, Mohamad Hafis, 6, dengan baik.

Menurut ibu Nurul Nadirah, Roselyn Alan, 25, amanat itu disampaikan sebanyak dua kali oleh Handry sewaktu kali terakhir dia bertemu bekas suaminya itu di Tanah Perkuburan Pekan Masai sewaktu upacara pengebumian Allahyarham Nurul Nadirah yang turut dikenali dengan nama manja, Dirang, Rabu lepas.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kes Dirang: Bekas Suami Pesan Jaga Hafis!

Edisi Terkini! Lagi Gambar Suspek Pembunuh Dirang!

Oleh Kaki Wayang on

 
TIGA suspek kes pembunuhan Nurul Nadhirah Abdullah, 5, atau Dirang termasuk seorang wanita dibawa ke mahkamah Majistret Johor Bahru pagi semalam bagi penyambungan tempoh tahanan reman.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Lagi Gambar Suspek Pembunuh Dirang!

Edisi Terkini! Gambar Suspek Bunuh Dirang dan Suspek Direman Seminggu - Serius Sengal!

Oleh Kaki Wayang on


SUSPEK termasuk seorang wanita (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapat perintah tahanan reman semalam.

Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas tiga suspek kes bunuh dan bakar Nurul Nadirah Abdullah (Lihat: Dirang Tulis Nama Guna Dakwat Merah - Petanda dia Mahu Meninggalkan Kita), 5, atau yang lebih dikenali sebagai Dirang di Mahkamah Majistret di sini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Suspek Bunuh Dirang dan Suspek Direman Seminggu - Serius Sengal!

Edisi Terkini! Bapa Dirang Bukan Pembunuh, Tidak Terlibat Kes Bunuh, Tetapi Diusir Ke Filipina - Polis!

Oleh Kaki Wayang on


Polis Johor hari ini mengesahkan bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan sudah diberikan supaya bapa kanak-kanak itu diusir ke negara asal.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Bapa Dirang Bukan Pembunuh, Tidak Terlibat Kes Bunuh, Tetapi Diusir Ke Filipina - Polis!

Edisi Terkini! Susulan Kes Dirang, Bapa Dirang diusir ke Filipina!

Oleh Kaki Wayang on


Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan polis supaya membebaskan bapa mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah Abdullah untuk diusir ke negara asalnya, Filipina, atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Susulan Kes Dirang, Bapa Dirang diusir ke Filipina!

Edisi Terkini! Dirang Tulis Nama Guna Dakwat Merah - Petanda Dirang Akan Meninggalkan Kita!

Oleh Kaki Wayang on


Guru Tadika Permata Islamiah selama ini tidak menyedari nama mangsa bunuh dan bakar, NurulNadirah Abdullah, 5, bertulis menggunakan dakwat warna merah dalam buku pendaftaran.

NorShaima Aldam, 25, berkata, keselu­ruhan 19 kanak-kanak sesi petang ditulis dalam buku pendaftaran menggunakan pen berwarna biru, tetapi agak pelik nama mangsa, yang mesra dengan panggilan Dirang bertulis dengan dakwat merah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Dirang Tulis Nama Guna Dakwat Merah - Petanda Dirang Akan Meninggalkan Kita!

Edisi Terkini! Jangan Salahkan Ibu Dirang!

Oleh Kaki Wayang on


Mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, tidak pernah bersendirian ke kedai runcit atau ke taman permainan di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam, di sini, kecuali pada hari kejadian itu. Peniaga, Anisah Kalam, 35, berkata, dalam sehari mesti dua atau tiga kali mangsa, yang lebih mesra dipanggil Dirang, pergi ke kedai runcitnya, tetapi bersama abang atau ibu saudaranya.

Anisah yang sudah berniaga di flat itu enam tahun berkata, Dirang juga tidak keseorangan ketika bermain di taman permainan berhampiran rumahnya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Jangan Salahkan Ibu Dirang!

Edisi Terkini! Kematian Dirang Bukan Berpunca dan Bermotifkan Dendam!

Oleh Kaki Wayang on


Datuk Nurul Nadirah Abdullah, 5, menafikan cucunya dibunuh kejam kerana bermotifkan dendam. Alan Alip, 49, berkata, keluarganya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan mereka hidup dalam keadaan aman sepanjang menetap di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini, sejak 2003. Menurutnya, walaupun penduduk di flat itu berbilang kaum, mereka rapat antara satu sama lain.

“Kami baik bukan sahaja sesama Islam. Dengan penduduk beragama lain pun kita boleh berkawan. Malah dengan keluarga lain juga kami tidak ada masalah, Di mana-mana sahaja kami tinggal, kami tidak pernah bergaduh.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kematian Dirang Bukan Berpunca dan Bermotifkan Dendam!

Edisi Terkini! Akhirnya 4 Individu Yang Terlibat Dalam Pembunuhan Dirang Diberkas, Wanita Penghantar SMS Ugutan Masih Diburu!

Oleh Kaki Wayang on


Polis sedang mengenal pasti individu yang menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta wang tebusan daripada ibu Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang mati dibunuh dan dibakar, 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya sudah memanggil keluarga Dirang termasuk ibunya Roselyn Alan, 25, untuk memberi keterangan berhubung perkara terbabit pagi semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Akhirnya 4 Individu Yang Terlibat Dalam Pembunuhan Dirang Diberkas, Wanita Penghantar SMS Ugutan Masih Diburu!

Edisi Sentap! Kematian Tragis Dirang Sentuh Hati Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut berasa sedih dan simpati dengan kematian Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang yang dibakar selepas dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu.

Siti berkata, walaupun beliau tidak memiliki cahaya mata tetapi nalurinya sebagai seorang wanita turut tersentuh memikirkan perasaan keluarga kanak-kanak malang itu menghadapi ujian yang menimpa apabila insan tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa.

"Sejak berita kehilangan Dirang tersebar di akhbar saya sentiasa mengikuti perkembangan berita itu dan amat terkejut apabila pihak polis mengesahkan mayat yang dijumpai adalah Dirang.

"Ia adalah saat menyedihkan bukan sahaja saya tetapi seluruh rakyat Malaysia yang memikirkan bagaimana seorang manusia berakal dapat melakukan perbuatan kejam terhadap kanak-kanak tersebut," ujarnya.

Siti ditemui selepas menjadi tetamu segmen Ceria Pagi di Suria di studio Suria FM di sini pada Khamis bagi mempromosikan single terbarunya, Remember You yang dimuatkan dalam album Inggeris pertama milik beliau berjudul All Your Love.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kematian Tragis Dirang Sentuh Hati Siti Nurhaliza!

Edisi Terkini! Dirang Masih Hidup!

Oleh Kaki Wayang on


Kematian tragis Nurul Nadirah Abdullah yang masuk hari keempat semalam masih lagi dirasai ahli keluarga dan sahabat handai, namun abang mangsa tetap menyangka yang adiknya itu masih hidup.

Ibu kanak-kanak itu, Roselyn Alan, 25, memberitahu, anak sulungnya, Mohd. Hafis, 6, masih menganggap adiknya hilang dan tidak tahu mengenai kejadian sebenar yang menimpa Nurul Nadirah, 5, atau lebih mesra disapa Dirang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Dirang Masih Hidup!

Edisi Terkini! Pembunuh Dirang Di Seret Ke Muka Pengadilan!

Oleh Kaki Wayang on


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap supaya pembunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, segera diseret ke muka pengadilan.

Pegawai Penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi sewaktu memaklumkan perkara itu berkata, Muhyiddin turut menyifatkan pembunuhan Nurul Nadirah sebagai kejam dan tidak bertamadun.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pembunuh Dirang Di Seret Ke Muka Pengadilan!

Edisi Terkini! Keluarga Dirang Rancang Pindah Untuk Lupa Tragedi - Serius Sedih!

Oleh Kaki Wayang on


Keluarga Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar, merancang untuk berpindah ke kediaman lain bagi melupakan kisah pahit yang berlaku terhadap mereka.

Ibu Allahyarham, Roselyn Alan, 25, berkata beliau merancang untuk berpindah kerana tidak sanggup berasa sedih setiap kali terbayangkan Nurul Nadirah, yang mesra dipanggil Dirang, di setiap sudut rumah itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Keluarga Dirang Rancang Pindah Untuk Lupa Tragedi - Serius Sedih!

Edisi Terkini! Kisah Dirang Muncul Dalam Mimpi Ibunya!

Oleh Kaki Wayang on

“Malam tadi (kelmarin) Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata: ‘Mak, kau cari aku ke?’

“Saya mengiakannya sebelum bertanya mengapa dia tidak balik dan Dirang menjawab: Jangan sedih lagi, aku di sini sudah ok,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kisah Dirang Muncul Dalam Mimpi Ibunya!

Edisi Terkini! Polis Kesan Wanita Hantar Ibu Dirang SMS Berbaur Ugutan!

Oleh Kaki Wayang on


Polis Kelantan telah mengesan individu yang  menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang 'tebusan' daripada ibu Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar selepas diculik awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya kini sudah menjalankan siasatan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Polis Kesan Wanita Hantar Ibu Dirang SMS Berbaur Ugutan!

Edisi Terkini! Gambar Suasana Pengebumian Dirang - Serius Sedih!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Suasana Pengebumian Dirang - Serius Sedih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...