Datuk Nurul Nadirah Abdullah, 5, menafikan cucunya dibunuh kejam kerana bermotifkan dendam. Alan Alip, 49, berkata, keluarganya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan mereka hidup dalam keadaan aman sepanjang menetap di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini, sejak 2003. Menurutnya, walaupun penduduk di flat itu berbilang kaum, mereka rapat antara satu sama lain.
“Kami baik bukan sahaja sesama Islam. Dengan penduduk beragama lain pun kita boleh berkawan. Malah dengan keluarga lain juga kami tidak ada masalah, Di mana-mana sahaja kami tinggal, kami tidak pernah bergaduh.
“Kami baik bukan sahaja sesama Islam. Dengan penduduk beragama lain pun kita boleh berkawan. Malah dengan keluarga lain juga kami tidak ada masalah, Di mana-mana sahaja kami tinggal, kami tidak pernah bergaduh.
“Kami hidup dalam keadaan aman, malah keadaan kanak-kanak bermain di pekarangan flat tanpa pengawasan ibu bapa adalah perkara biasa. Namun, kejadian pertama ini cukup mengejutkan kami di sini,” katanya.
Alan berkata, polis mungkin perlu lebih kerap meronda di kawasan itu selepas ini dan pihak bertanggungjawab diharap dapat memasang semula lampu blok kediaman yang selama ini gelap.
“Kita sudah mula tidak selesa apabila blok kediaman gelap-gelita. Masing-masing perlu bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan di kawasan ini. “Saya tidak mahu kejadian menyayat hati yang berlaku terhadap cucu saya terjadi pula kepada anak-anak orang yang lain,” katanya.