Edisi Terkini! Pembunuh Dirang Di Seret Ke Muka Pengadilan!

Oleh Kaki Wayang on


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap supaya pembunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, segera diseret ke muka pengadilan.

Pegawai Penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi sewaktu memaklumkan perkara itu berkata, Muhyiddin turut menyifatkan pembunuhan Nurul Nadirah sebagai kejam dan tidak bertamadun.

“Timbalan Perdana Menteri berasa amat sedih dengan nasib menimpa Nurul Nadirah dan berharap keluarganya menerima kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi,” katanya.

Beliau memberitahu perkara tersebut selepas mewakili Muhyiddin menemui keluarga Nurul Nadirah di sini hari ini. Tosrin turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu kanak-kanak berkenaan, Roselyn Alan, 25 tahun.

Tosrin seterusnya memberitahu, Timbalan Perdana Menteri berharap pembunuh tidak berperikemanusian itu diseret ke muka pengadilan dengan segera.

Kehilangan Nurul Nadirah yang mendapat perhatian umum terungkai apabila mayatnya ditemui rentung di Nusa Damai, Masai baru-baru ini. Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu sewaktu keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

azu said...

semoga jadi iktibar utk semua ibubapa.Demi duit dan kerakusan manusia, berita anak-anak kecil menjadi mangsa terus berleluasa.menyedihkan~

Syazwan Che Deraman said...

gambar pembunuh ke tu?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...