Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya
berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak
menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di
sini, kelmarin.
Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun
terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum
isterinya cuba mententeramkan keadaan.
Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut
menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan
ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.
Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.
Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.
“Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.