Betol-betol Hangat! Bila manusia mementingkan diri

Oleh Kaki Wayang on

Semalam, 17hb April 2011 – Hari yang cerah, baik dan perjalanan rutin kehidupan yang biasa ku lakukan seperti mana hari-hari sebelumnya..Namun bila kita bercakap tentang Bila manusia mementingkan diri..teringat satu kisah ataupun insiden yang melibatkan aku semalam..ianya berkait rapat dengan tajuk yang ingin aku kongsikan kepada pembaca sekalian..

Seperti yang anda tahu (khususnya penduduk Muadzam Shah), Muadzam Shah kini merupakan bandar yang membangun dengan begitu pesat..bangunan-bangunan baru, pusat-pusat karaoke, Tunas Manja, Kedai Rm2, bank-bank dan bermacam lagi pembangunan..dan yang terbaru, bagi mengelakkan “kesesakan” di Muadzam Shah..Majlis Daerah Rompin telah memasang lampu isyarat kat beberapa tempat dan simpan utama..cuma kekadang ada juga manusia yang masih menganggap diri mereka kebal dan masih ada menyimpan stok “nyawa” di dalam peti sejuk..so kalau eksiden mati kat situ..senang jer ambil nyawa kat peti sejuk kemudian masukkan ke dalam jasad dan hidup semula..mungkin mereka2 itu ingat begitu mudahnya hidup mereka..namun apa yang mereka lakukan (melanggar lampu isyarat) bukan sahaja menyusahkan  diri sendiri tapi juga orang-orang dan pengguna yang lain..

Semalam aku berhenti di simpang 3 berdekatan dengan tasik Muadzam Shah..so, aku pown tunggulah dalam 40 saat lebih kurang macam tulah..bila je lampu hijau sorang pak cik yang berkopiah dan agak mahal keretanya seperti mahu melanggar dan memasuki lorong aku..so aku hon la supaya dia sedar akan kesilapannya..ingatkan dah hon beberapa kali dah sedar..rupanya x..dia nak juga himpit kete aku..macam ni ke orang berkopiah dan berkereta besar?maklumlah kan kete besar ingat dia leh wat sesuka hati..seb baek x berlanggar semalam..kalau x..ngeriiiiiiiii..

So kepada kengkawan sekalian..hati-hati memandu k..yang takde insurans tu beli lah insurans..ade lah juga back up..k..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...