PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Australian Open. Show all posts
Showing posts with label Australian Open. Show all posts

Edisi Sukan! Djokovic juara dalam pertarungan hampir 6 jam!

Oleh Kaki Wayang on

Novak Djokovic mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas menumpaskan pilihan kedua dari Sepanyol, Rafael Nadal 5-7, 6-4, 6-2, 6-7 (5-7) pada perlawanan akhir Grand Slam paling lama dalam sejarah, lima jam 53 minit.

Nadal bermula cemerlang pada set pertama selepas mengejutkan penyandang juara itu 7-5, tatkala kedua-dua pemain tersebut saling mematahkan servis dan Nadal melakukannya pada permainan ke-11 untuk mencatat kemenangan dalam tempoh 80 minit.

Bagaimanapun Djokovic berjaya memenangi set kedua 6-4 bagi menyamakan kembali kedudukan, walaupun dia melakukan kesilapan berganda tetapi berjaya mematahkan servis Nadal bagi menamatkan saingan tersebut. Djokovic berada pada kedudukan selesa apabila meraih kemenangan di set ketiga untuk mendahului 2-1 dengan berjaya memenangi permainan keempat.

Hasrat Djokovic untuk meraih kejuaraan disekat Nadal pada set keempat selepas perlawanan tersebut diheret sehingga tie-break. Pada set penentuan, Djokovic berjaya melakukan pukulan yang melintangi gelanggang dan terbaring kepenatan selepas bertarung dalam perlawanan yang agak lama.

Kemenangan itu membolehkan pemain pilihan utama dan juara 2008 itu meraih kejuaraan Grand Slam buat kali kelima sebelum hari lahirnya yang ke-25. Kejuaraan itu bermakna Djokovic telah menewaskan Nadal dalam perlawanan akhir Grand Slam buat kali ketiga berturut-turut.

Sebelum ini perlawanan akhir Grand Slam paling lama ialah empat jam 54 minit pada Terbuka Amerika Syarikat yang dimenangi oleh Mats Wilander ke atas Ivan Lendl. Final Terbuka Australia paling panjang pula ialah empat jam 27 minit juga pada tahun yang sama selepas Wilander menang ke atas Pat Cash.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Djokovic juara dalam pertarungan hampir 6 jam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...