Hari
ini, rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ahli politik
.. telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang telah melakukan
pemeriksaan terperinci terhadap video berkenaan.
Menurut kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar .. kini siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berada dalam peringkat akhir.
"Dengan
ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini
bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video
itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang
media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini Jumaat.
Bagaimanapun,
isu identiti si pelaku dalam video seks terbabit tidak didedahkan.
Katanya lagi .. buat masa ini kertas siasatan berhubung kes itu akan
dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan
selanjutnya.
Sejak isu video seks ini dihebohkan ..
seramai tiga individu telah ditahan untuk diambil keterangan dan
kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis. Bagaimanapun ..beliau
enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut.