Edisi Hangat! Malaysia Social Media Week 2012 - Majlis Penganugerahan Khas Blogger!

Oleh Kaki Wayang on

Bila melihat akan pencapaian blogger Malaysia pada ketika ini, ianya menyebabkan aku semangat untuk terus berblog dan menyokong “industri” blog ini. Pertamanya tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan penerima anugerah pada Majlis Malaysia Social Media Week 2012.
Gambar curi dari blog Abg EQ


Begitu ramai sebenarnya blogger Malaysia yang berbakat besar dalam menghasilkan blog berkualiti yang penuh dengan input-input yang bermanfaat bukan sahaja buat blogger-blogger baru bahkan kepada semua masyarakat Malaysia.

Sebagai contoh blog seperti Blog Denaihati, EqbalZack, Bicara Mak Dara dan ramai lagi. Semuanya termasuk dalam golongan blogger berbakat yang membawa impak besar dalam dunia blog tanahair. Walau apa pun tahniah kepada semua penerima anugerah. Anda sebenarnya memang layak untuk dinobatkan sebagai Ikon dalam kategori yang anda menangi.

Aku? Blog ini? Mmmmm rasanya 10 tahun selepas ini pun belum tentu mampu capai sepertimana apa yang telah “mereka” (para pemenang MMSMW 2012) capai.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...