Edisi Sukan Hangat! Seri Dengan Ireland, Malaysia Gagal Ke Olimpik - Ulasan Penuh!

Oleh Kaki Wayang on

Pasukan hoki negara terlepas peluang ke Olimpik London selepas seri 1-1 dengan Ireland pada pusingan kelayakan di Dublin, Ireland semalam.

Ireland yang mengumpul 13 mata menerusi perlawanan itu, berbanding Malaysia 12 mata, akan bertemu Korea Selatan pada perlawanan akhir esok yang bakal menentukan kelayakan untuk beraksi pada sukan Olimpik London, Julai ini.

Anak-anak buah jurulatih Tai Beng Hai bermula baik, dan meskipun diancam pukulan sudut penalti oleh Ireland pada minit ke-7, gawang negara berjaya diselamatkan penjaga gol kebangsaan S. Kumar.

Kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama sebelum Nabil Fiqri Mohd Noor menjaringkan gol Malaysia pada minit ke-40.
 
Pasukan tuan rumah, bagaimanapun, berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh John Jerymn 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...