PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi jenayah. Show all posts
Showing posts with label Edisi jenayah. Show all posts

Edisi Sengal! Pandai Buat Anak, Pandai Berzina, Tapi Bodoh Dengan Membuang Anak!

Oleh Kaki Wayang on

BAYI yang ditemui jemaah Masjid Kampung Lamir, Pekan, subuh semalam.

Baca je Berita Harian pagi ni, terpampang artikel yang begitu menyayat hati apabila seorang bayi ditemui di sebuah masjid di Pekan pada subuh semalam. Sedih bila mengenangkan sikap manusia sekejam ini. Ikuti kisahnya dibawah.

Seorang jemaah yang baru hendak melangkah masuk ke dalam masjid awal pagi semalam, terkejut mendengar tangisan bayi yang diselimuti kain pelikat ditinggalkan di tepi pintu masjid Kampung Lamir di sini. Khasli Mohd Razali, 48, berkata beliau menemui bayi lelaki berkenaan bersama botol susu, beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan pakaian di sisinya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Pandai Buat Anak, Pandai Berzina, Tapi Bodoh Dengan Membuang Anak!

Edisi Terkini! Gambar Pelajar Bunuh Kekasih Ibu Dan Kini Pelajar Tersebut Dipenjara!

Oleh Kaki Wayang on


Mahkamah Agung New South Wales semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang pelajar Indonesia kerana membunuh kekasih ibunya, seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pemandu di Konsulat Malaysia di Sydney.

Agensi berita Associated Press Australia melaporkan, Andrew Iskander, 21, berdepan dengan hukuman penjara maksimum 25 tahun kerana membunuh Mohd. Shah Saemin, 43, pada 21 Februari tahun lalu kira-kira pukul 12 tengah malam di Leichhardt, Sydney.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Pelajar Bunuh Kekasih Ibu Dan Kini Pelajar Tersebut Dipenjara!

Edisi Terkini! Perogol Bersiri Tawar Pekerjaan Untuk Perdaya Mangsa!

Oleh Kaki Wayang on

Polis Hong Kong berkata, mereka menahan suspek perogol bersiri yang memperdaya mangsanya dengan meletakkan iklan temuduga kerja palsu di Internet.

Lelaki berusia 31 tahun itu, yang dikenali sebagai Chan, ditahan Isnin lalu, selepas seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun berkata dia dirogol di sebuah hotel di mana “temuduga” itu dijalankan.

Jurucakap polis berkata, “Kami masih menyiasat sekiranya ada gadis lain yang menjadi mangsanya. Kami merayu mereka untuk tampil memberi keterangan.”
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Perogol Bersiri Tawar Pekerjaan Untuk Perdaya Mangsa!

Edisi Terkini! Pemain Badminton Negara Mohamad Arif Ab Latif Disamun!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang pemain badminton kebangsaan berusia 22 tahun kerugian RM14,000 selepas wang tunai untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibelinya disamun tiga lelaki dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Arif Ab Latif sedang berjalan ke arah keretanya selepas makan tengah hari bersama seorang rakan didatangi dua motosikal ditunggang tiga lelaki.

Menurut sumber, pada mulanya, mangsa tidak sedar lelaki terbabit datang dari arah belakang sebelum memberhentikan motosikal di hadapannya.

Katanya, seorang daripada lelaki itu terus menarik beg sandang mangsa menyebabkannya terkejut sebelum menumbuk muka lelaki itu dan lelaki terbabit membalas dengan menumbuk dada mangsa.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pemain Badminton Negara Mohamad Arif Ab Latif Disamun!

Edisi Terkini! Dua Lelaki Maut Dalam Pergaduhan Di Tawau!

Oleh Kaki Wayang on

Dua lelaki maut susulan pergaduhan dalam dua kejadian berasingan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di sini Selasa.

Ketua Polis Tawau, Asisten Superitendan Ibrahim Chin berkata, kes pertama membabitkan seorang pekebun sayur warga Indonesia berusia 30 tahun, yang maut selepas ditikam rakan senegara, kira-kira 4 petang di Kampung Apas Parit.

Suspek yang berusia 31 tahun berjaya diberkas empat jam kemudian di bandarTawau ketika cuba melarikan diri, katanya kepada Bernama, di sini Rabu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Dua Lelaki Maut Dalam Pergaduhan Di Tawau!

Edisi Terkini! Zara Didakwa Rapat Dengan Suspek - Susulan Pensyarah dan Bapa Dibunuh!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pensyarah, Zara Eleena, 23, yang ditemui mati bersama bapanya di dalam rumah di Taman Kinrara, Puchong, dekat sini kelmarin, dipercayai mempunyai hubungan intim dengan salah seorang suspek lelaki yang ditahan polis pada hari sama.
 
Menurut sumber, lelaki itu merupakan pelajar pensyarah tersebut yang mengambil subjek bahasa.

Katanya, hubungan tersebut dipercayai terjalin ekoran pelajar itu sering membantu mangsa yang kurang upaya menjalankan tugas hariannya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Zara Didakwa Rapat Dengan Suspek - Susulan Pensyarah dan Bapa Dibunuh!

Edisi Ngeri! Suri Rumah Terkejut Melihat Mayat Suami dan Anak!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang suri rumah yang mencari suami dan anak tunggalnya yang gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu terkejut apabila mendapati mereka dalam keadaan mati, dipercayai dibunuh, di rumahnya mereka.

Mayat dua beranak itu ditemui di bilik berasingan oleh polis yang memecah masuk rumah teres itu pada jam 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, suami suri rumah yang berusia 56 tahun telah pulang awal dari Segamat setelah dihubungi oleh anak perempuannya yang memaklumkan dia tidak sihat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Suri Rumah Terkejut Melihat Mayat Suami dan Anak!

Edisi Ngeri! Kerana Judi Lelaki Vietnam Mati ditetak, Perut Terburai!

Oleh Kaki Wayang on

SIASAT... pihak polis memeriksa mayat yang disyaki warga Vietnam dengan kesan tetakan di seluruh badannya dalam kejadian di Jalan Seroja Kampung Sungai Kayu Ara.

Disyaki angkara judi, seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan perut terburai serta kesan tetakan di seluruh badan berdekatan sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Damansara Utama di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah berdekatan rumah sewa yang dihuni mangsa bersama isteri serta beberapa rakan senegaranya. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Kerana Judi Lelaki Vietnam Mati ditetak, Perut Terburai!

Edisi Sentap! Sumbat lembu dalam kereta!

Oleh Kaki Wayang on


Empat lelaki berusia 20 hingga 30-an melarikan diri apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit di kawasan Perindustrian Waja Lama, ketika cuba melarikan dua lembu kira-kira jam 3.30 pagi, semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Sumbat lembu dalam kereta!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...