Edisi Terkini! Gambar Pelajar Bunuh Kekasih Ibu Dan Kini Pelajar Tersebut Dipenjara!

Oleh Kaki Wayang on


Mahkamah Agung New South Wales semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang pelajar Indonesia kerana membunuh kekasih ibunya, seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pemandu di Konsulat Malaysia di Sydney.

Agensi berita Associated Press Australia melaporkan, Andrew Iskander, 21, berdepan dengan hukuman penjara maksimum 25 tahun kerana membunuh Mohd. Shah Saemin, 43, pada 21 Februari tahun lalu kira-kira pukul 12 tengah malam di Leichhardt, Sydney.

Hakim David Davies juga mengenakan hukuman penjara selama setahun 11 bulan dan 15 hari ke atas ibu Andrew, Nita Iskandar, 48, kerana bersubahat selepas berlakunya pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, hakim membenarkan hukuman penjara ke atas wanita itu ditangguhkan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...