Edisi Ngeri! Suri Rumah Terkejut Melihat Mayat Suami dan Anak!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang suri rumah yang mencari suami dan anak tunggalnya yang gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu terkejut apabila mendapati mereka dalam keadaan mati, dipercayai dibunuh, di rumahnya mereka.

Mayat dua beranak itu ditemui di bilik berasingan oleh polis yang memecah masuk rumah teres itu pada jam 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, suami suri rumah yang berusia 56 tahun telah pulang awal dari Segamat setelah dihubungi oleh anak perempuannya yang memaklumkan dia tidak sihat.

"Sebelum itu mangsa bersama isterinya pulang ke kampung di Segamat, Johor, namun wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut pulang awal setelah mendapat panggilan daripada anak perempuannya empat hari lalu," katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit membuat laporan kehilangan di balai polis Segamat setelah dia gagal menghubungi ahli keluarganya itu sebelum kembali ke Puchong.

“Wanita itu bersama sepasukan polis tiba di rumahnya, sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.

Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui masih lengkap bertudung itu dalam keadaan terlentang dan terdapat kesan darah di mulut.

"Siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit serta kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa yang bekerja sebagai pensyarah kolej swasta dipercayai hilang," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

P/s: Makin banyak pula kejadian bunuh ni kan...seram dan ngeri

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...