PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Edisi Sentap! Penulis Lirik Awan Nano adalah Ketua Cabang PKR!

Oleh Kaki Wayang on


Penulis lirik lagu untuk Awan Nano adalah nama penanya Buddhi Hekayat. Ketua Cabang PKR Parit Sulong, Johor.. 

P/s: Sejauh mana kesahihannya..wallahualam..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Penulis Lirik Awan Nano adalah Ketua Cabang PKR!

Edisi Sentap! 9 Gambar Harith Iskandar Tayang Perut Isteri!

Oleh Kaki Wayang on










Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! 9 Gambar Harith Iskandar Tayang Perut Isteri!

Edisi Hangat! Sheila Rusly anggap PESERTA Raja Lawak 6 BUSUK!

Oleh Kaki Wayang on


Sheila Rusly Anggap Peserta RL6 'Busuk'


Jika pertandingan Maharaja Lawak Mega menyaksikan Datuk Chef Wan sebagai pengkritik paling lantang, Raja Lawak musim ke-6 (RL6) pula seolah-olah menjadi pengkritik paling lantang menerusi rancangan di saluran Astro Warna itu.

Pada pertandingan minggu ke-3 RL6 itu, Sheila mengeluarkan kritikan pedas termasuklah mengatakan kumpulan tro, Ketupat sebagai ‘busuk’ kerana persembahan mereka pada malam itu yang tidak memuaskan hati pelakon wanita tersebut.

Bagaimanapun, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, perkataan busuk yang dilontarkan oleh Sheila itu bukan sahaja tidak melampaui batas, malah ia juga tidak melukakan hati para peserta RL6 terutamanya kumpulan Ketupat.

“Daripada segi etika penyiaran, perkataan busuk yang digunakan oleh Sheila itu tidak melanggar peraturan sedia ada. Bagi kami perkataan itu biasa sahaja kerana sebelum ini kami telah mengadakan briefing (penerangan) kepada setiap pengkritik seperti Sheila.

“Malah, kalau diikutkan kritikan Chef Wan dalam Maharaja Lawak Mega tahun lalu lebih pedas. Setakat ini, para penonton RL6 juga tidak mengemukakan sebarang bantahan,” katanya sewaktu ditemui pada sidang akhbar selepas minggu ke-3 RL6 di Astro di sini semalam.

Kritikan pedas dan persembahan terus daripada kumpulan Ketupat yang dianggotai oleh Mohd. Hafizi Hussin, 26, Mohd. Khairi Kamarudin, 26, dan Jusri Johan, 26, menyebabkan mereka tersingkir bersama kumpulan King kerana mendapat undian SMS terendah.

Pada persembahan itu, Ketupat mendapat markah SMS terendah sebanyak 5.7 peratus dan King pula sebanyak 6.3 peratus, manakala kumpulan yang mendapat tiga kedudukan teratas RL6 ialah kumpulan Zero dengan 14.1 markah, Shero (12.1) dan 2Yol (11).

Sementara itu, salah seorang anggota Ketupat, Mohd. Hafizi berkata, dia dan anggota-anggota kumpulannya tidak berkecil hati dengan Sheila yang melabelkan persembahan mereka ‘busuk’, sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka.

“Komen Kak Sheila itu memberi kami semangat untuk terus melakukan yang terbaik walaupun hakikatnya kami tersingkir pada malam ini. Bagi saya setiap yang wangi itu akan ada juga busuknya. Apa pun kami tetap bertuah kerana diberi peluang bertanding dalam RL6.

“Ini kerana, kami salah satu daripada 12 peserta yang bertanding dalam musim RL tahun ini daripada hampir 6,000 peserta bertuah terpilih dalam sesi-sesi ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara. Tetapi mungkin rezeki kami setakat ini sahaja,” ujarnya.

Dengan penyingkiran Ketupat dan King, minggu depan minggu keempat 10 lagi peserta RL6 yang akan meneruskan saingan ialah Kodan, Skema, Cuit, Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, 2Yol dan Zero pada pertandingan yang berteraskan 100 peratus kepada undian SMS penonton.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Sheila Rusly anggap PESERTA Raja Lawak 6 BUSUK!

Edisi Hangat! Gambar Sazzy Falak, suami Nazril Idrus Bersama Pasangan Kembar Mereka!

Oleh Kaki Wayang on




Sazzy Falak, suami Nazril Idrus Bersama Pasangan Kembar Mereka
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Sazzy Falak, suami Nazril Idrus Bersama Pasangan Kembar Mereka!

Edisi Gempak! Gambar NAIM Bakal Suami ANA RAFFALI!

Oleh Kaki Wayang on

Bakal suami Ana Raffali, Aznaim Abdullah, 30, memberitahu GUA yang dia terpikat dengan penyanyi itu kerana mengganggap gadis itu seorang yang unik. Keputusan untuk berkahwin dibuat pada Disember lalu setelah masing-masing berbincang.

“Saya mengenali Ana sejak Ogos 2005 lagi. Sepupu Ana yang perkenalkan. Setelah hampir tujuh tahun mengenali hati-budi masing-masing, kami akhirnya bersetuju untuk membawa hubungan cinta ini ke alam perkahwinan. Majlis merisik telah dilakukan pada Disember lalu. Setelah berbincang, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada Februari hadapan. Untuk mengikut adat, kami juga akan adakan majlis pertunangan pada hari yang sama,  iaitu sebelum akad nikah dilakukan,” ulas Naim.
Dalam masa yang sama, Naim juga mendedahkan bahawa dia dan Ana sudah menubuhkan sebuah syarikat pengurusan artis yang dinamakan About The Letter A Sdn Bhd. Selain menguruskan kerjaya Ana, syarikat ini juga bakal menguruskan bakat-bakat baru yang lain.
Ana dan Naim telah mengikuti kursus pra-perkahwinan pada tahun lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Gambar NAIM Bakal Suami ANA RAFFALI!

Edisi Sentap! Kim Kardashian ikut Yoga Bogel!

Oleh Kaki Wayang on

Episode pertama reality show terbaru Kim Kardashian menimbulkan kontroversi, kerana menampilkan Kim Kardashian mengikuti yoga dengan pengajar seorang lelaki bogel.

Aktiviti itu tentu saja membuat suaminya, Kris Humphries marah besar. Aktiviti Kim yoga bareng seorang instruktur lelaki bogel ini ditampilkan di reality show 'Kourtney & Kim Take New York'. Acara tersebut merupakan reality show baru keluarga Kardashian setelah 'Keeping Up With the Kardashian'.

Reality show ini menampilkan Kim dan Kourtney tengah yoga bersama beberapa teman. Seorang

lelaki tanpa busana menjadi instruktur yoga mereka. Yoga bersama itu dilakukan di bilik hotel yang memang jadi kediaman sementara Kim dan Kris Humphries.
Kris yang baru saja masuk ke bilik tersebut langsung emosi melihat aktiviti yoga yang dilakukan isterinya itu. "Ini menjijikkan. Ini rumahku, ini tidak
menghargaiku," kesal lelaki yang digugat cerai Kim, 72 hari setelah menikah itu.

Melihat sang suami marah, Kim ikut emosi. "Kamu sangat tidak dewasa, aku tidak tahan," katanya.

Pertengkaran pun terjadi, Kris membalas ucapan Kim dengan kemarahan juga. "Kamu tidak tahan? Aku juga tidak tahan. Aku merasa tidak nyaman saat masuk. Aku hampir muntah," ucapnya.

Kemarahan Kris semakin menjadi-jadi. Bintang basket itu sampai mengatakan ia tidak mahu lagi ada Kourtney di rumah mereka.

"Kourtney tidak boleh tinggal dengan kita lagi. Aku akan membayar sebuah bilik untuknya di tingkat berbeza," begitu katanya.

Pada akhirnya, Kris yang tidak tahan tinggal bersama isteri dan kakak iparnya. Ia kemudian meninggalkan sang istri dan kembali ke kampung halamannya di Minnesota.

"Aku sangat sedih. Tapi Kris sangat mendukung karierku dan jika Minnesota adalah tempat terbaik untuknya bekerja, dia sebaiknya melakukannya," jelas Kim setelah kemarahaannya mereda.

Beberapa bulan setelah aktiviti yoga dengan instruktur bogel itu dilakukan, Kim menggugat cerai Kris. Sampai saat ini persidangan cerai keduanya belum berjalan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kim Kardashian ikut Yoga Bogel!

Edisi Gempak! Ana Raffali Adakan Sidang Media Selasa Depan!

Oleh Kaki Wayang on

Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan. mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.
 
Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Kecil hati

Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga.

Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak.

“Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.

“Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.

“Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu,” katanya.

Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga.

“Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.

“Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Ana Raffali Adakan Sidang Media Selasa Depan!

Edisi Hangat! Gambar Romantik Mizz Nina dan Noh atas Katil!

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Romantik Mizz Nina dan Noh atas Katil!

Edisi Sentap! Aidil, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tinggalkan Rita Rudaini!

Oleh Kaki Wayang on

Konflik dalam perkahwinan pasangan pelakon dan bintang bola sepak negara iaitu Rita Rudaini Mokhtar-Aidil Zafuan Abd Radzak bagai tiada kesudahannya.

Terbaru, dia dan adik iparnya Zaquan Adha Abd Radzak dilaporkan bertelagah di laman Twitter selepas pemain bola sepak itu dikatakan telah menasihati Rita agar tidak menyebarkan fitnah yang menuduh Zaquan melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.

Zaquan mendakwa tuduhan Rita sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Dalam responsnya, Rita sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga menggoyahkan tahap kesabaran.

Lebih memburukkan keadaan, suami aktres itu pula dilaporkan telah meninggalkan rumah mereka di Damansara sejak seminggu lalu ketika Rita dan dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, tiga dan Airit Rafqa Arjuna, sembilan bulan, pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah bahawa Aidil dilihat bersama kembarnya Zaquan Adha dan isteri juga pelakon Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar daripada kediaman tersebut.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Aidil, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tinggalkan Rita Rudaini!

Edisi Sentap! Azza (Elite) Kecil Hati Dituduh Sorok Tarikh Kahwin!

Oleh Kaki Wayang on

Kisah penyanyi dan pelakon Azza (Elite) berhubung majlis perkahwinannya dengan pramugara AirAsia, Azlan Zulaily yang dijangka berlangsung pada 1 April depan turut menarik perhatian.

Ekoran pengakuan secara tidak rasmi penyanyi itu berhubung hasratnya untuk berkahwin, Azza telah dipersalahkan oleh segelintir pihak yang mendakwa dia sengaja menyembunyikan tarikh perkahwinan untuk tujuan publisiti murahan.

Sebaliknya, Azza yang berkecil hati, berkata penjelasan yang diberikan kepada media sebelum ini telah dimanipulasi oleh segelintir pihak sehingga menimbulkan salah faham.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Azza (Elite) Kecil Hati Dituduh Sorok Tarikh Kahwin!

Edisi Sentap! Dafi Pula Meninggal Dunia?

Oleh Kaki Wayang on



Sehari selepas seniwati Azean Irdawaty difitnah meninggal dunia, semalam seorang lagi anak seni tempatan menerima nasib yang sama iaitu Dafi. Menurutnya, cerita yang mengatakan dia meninggal dunia tersebar di laman Twitter sekitar jam 8 malam.

"Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.  
 
"Bila baca apa yang disebarkan itu, saya ketawa dan anggap ia perkara lucu. Namun, saya tetap berfikiran positif dan berdoa semoga saya panjang umur," kongsi Dafi yang dihubungi MH Online.


Ditanya pula bagaimana reaksi ahli keluarganya, kata Dafi; "Saya sendiri memaklumkan mereka berkenaan hal tersebut. Dan mereka sendiri tergelak cuma kesal kenapa masih ada pihak yang cuba menyebarkan cerita yang tidak betul. Soal mati bukan perkara main-main." Dafi yang berada di Jakarta sehingga Rabu ini turut berpesan agar fitnah sedemikian dihentikan. "Jika tidak suka saya sekalipun, janganlah fitnah dengan cerita sedemikian," katanya ringkas.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Dafi Pula Meninggal Dunia?

Edisi Gempak! Gambar Isabella Saffiyah Anak Kedua Serina Redzuan!

Oleh Kaki Wayang on

COMEL...Serina bersama Isabella.

Gambar anak kedua Serina Redzuan, Isabella saffiya

Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya O’ Luanaigh, kira-kira jam 3.45 petang, kelmarin di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. Serina berkata, anak keduanya itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.3 kilogram dan hasrat suaminya, Gavin O’ Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar menyaksikan anak mereka dilahirkan pada Tahun Naga tercapai.

“Salahudin memang mengimpikan Isabella dilahirkan pada Tahun Naga dan ia bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina kelmarin,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, di sebalik kelahiran Isabella, bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan adalah individu yang terkilan apabila tidak dapat bersama menyambut kelahiran anak keduanya itu.

“Kebiasaannya, ayah (Chef Wan) insan yang begitu fanatik dan gembira dengan kelahiran cucunya, namun kali ini dia tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan dalam kenyataannya menerusi facebook berkata, dia bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Serina selamat melahirkan anak keduanya dan mereka sekeluarga gembira dengan kehadiran cahaya mata baru itu.

“Biarpun saya kecewa tidak dapat bersama, saya gembira dengan kelahiran Isabella dan dimaklumkan Serina bersama anaknya dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut Chef Wan, dia kini berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja dan tidak sabar pulang ke ibu kota membeli pakaian dan barang keperluan untuk cucu barunya. Serina dan Salahudin yang bernikah pada 1 Januari 2010 sebelum ini dikurniakan seorang anak, Tristan yang berusia setahun lima bulan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Gambar Isabella Saffiyah Anak Kedua Serina Redzuan!

Edisi Sentap! Gambar Diana Danielle dengan "PengKid" tersebar!

Oleh Kaki Wayang on




Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Diana Danielle dengan "PengKid" tersebar!

Edisi Hangat! Antara Izwan Pilus, Din Beramboi Dan Kencing Tikus!

Oleh Kaki Wayang on

Kalau benar seperti yang didakwa, penyanyi terkenal, Allahyarham Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi juga sebelum ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sana. Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku. Tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini.


Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.

Menerusi sebuah artikel yang pernah penulis baca, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus.

Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.

Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.


Di antara faktor risikonya adalah:
    1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.     2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.     3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
    1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.     2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.     3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.     4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)     5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku     6) Radang selaput mata     7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

Yang pasti, penulis berharap kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika. Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.

Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Antara Izwan Pilus, Din Beramboi Dan Kencing Tikus!

Edisi Hangat! Johan Asari dan Nabila Huda bercinta!

Oleh Kaki Wayang on


Johan Asari & Nabila Huda yang kini sedang hangat dengan drama bersiri Pelangi Kasih di’khabarkan semakin rapat sejak akhir akhir ini dan ini menimbulkan persoalan. Peminat hiburan di’beberapa buah forum tempatan telah memetik beberapa kenyataan Twitter dari kedua dua belah pihak yang agak romantis dari sudut mata mereka.

Bukan’lah kami ingin menjadi juru cakap kepada mana mana pihak, tetapi Nabila Huda yang kita semua tahu memang mudah rapat dengan sesiapa yang di’gandingkan dengan beliau dalam apa apa drama atau filem.

Sikap yang bagus sebenarnya untuk seorang pelakon lebih lebih lagi pelakon baru seperti Johan Asari untuk rapat dengan rakan sekerja. Mereka sendiri pun rasanya bakal letih melayan pertanyaan peminat selepas ini.
Tetapi, jika benar mereka bercinta pun, tiada salah’nya dari pandangan kami yang forever alone ini — masing masing kini masih atau kembali solo.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Johan Asari dan Nabila Huda bercinta!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...