PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Gambar anak Intan Sarafina. Show all posts
Showing posts with label Gambar anak Intan Sarafina. Show all posts

Edisi Gempak! Gambar Isabella Saffiyah Anak Kedua Serina Redzuan!

Oleh Kaki Wayang on

COMEL...Serina bersama Isabella.

Gambar anak kedua Serina Redzuan, Isabella saffiya

Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya O’ Luanaigh, kira-kira jam 3.45 petang, kelmarin di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. Serina berkata, anak keduanya itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.3 kilogram dan hasrat suaminya, Gavin O’ Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar menyaksikan anak mereka dilahirkan pada Tahun Naga tercapai.

“Salahudin memang mengimpikan Isabella dilahirkan pada Tahun Naga dan ia bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina kelmarin,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, di sebalik kelahiran Isabella, bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan adalah individu yang terkilan apabila tidak dapat bersama menyambut kelahiran anak keduanya itu.

“Kebiasaannya, ayah (Chef Wan) insan yang begitu fanatik dan gembira dengan kelahiran cucunya, namun kali ini dia tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan dalam kenyataannya menerusi facebook berkata, dia bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Serina selamat melahirkan anak keduanya dan mereka sekeluarga gembira dengan kehadiran cahaya mata baru itu.

“Biarpun saya kecewa tidak dapat bersama, saya gembira dengan kelahiran Isabella dan dimaklumkan Serina bersama anaknya dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut Chef Wan, dia kini berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja dan tidak sabar pulang ke ibu kota membeli pakaian dan barang keperluan untuk cucu barunya. Serina dan Salahudin yang bernikah pada 1 Januari 2010 sebelum ini dikurniakan seorang anak, Tristan yang berusia setahun lima bulan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Gambar Isabella Saffiyah Anak Kedua Serina Redzuan!

Betol-beto Comel! Gambar Anak Intan Sarafina!

Oleh Kaki Wayang on


Megat Israfel Raez
Sila baca selanjutnyaBetol-beto Comel! Gambar Anak Intan Sarafina!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...