PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label edisi khas tips blog. Show all posts
Showing posts with label edisi khas tips blog. Show all posts

Betol-betol Tak Suka! Ping BLOG yang paling aku benci kat Facebook!

Oleh Kaki Wayang on

Ketika ini, dunia blog di Malaysia semakin hari semakin meriah..tiap hari ada je blog yang dilahirkan..bilamana kita tak mampu untuk membeli domain dan hosting..akhirnya kita memilih untuk menggunakan Blogspot dan Wordpress sebagai medium untuk membuat Laman Web atau lebih popular sebagai BLOG..

Sejak hidup dalam kalangan blogger dan menyertai group Kelab Blogger dan macam-macam group blogger kita dihujani pelbagai "ping" ataupun iklan agar visitor yang membaca iklan itu akan membaca entri kita..

Tapi kan, blogger sekarang lebih mementingkan follower semata-mata..dan aku sebenarnya amat tak suka..pendek kata pantang bagi aku bila ada blogger bila ping macam ni:

"Ok dah follow, follow saya pula".

"Follow saya, nanti saya follow awak balik".

"Follow me then I'll follow u back"

Lebih kurang macam tu laaa..apa sebenarnya tujuan anda mahu berblog? Adakah anda hanya mahu blog anda penuh dengan followers yang entah-entah pas jadi follower terus hilang entah kemana..apa salahnya anda tarik mereka dengan isi-isi blog anda yang menarik..betul tak? Bila mereka tertarik dengan isi blog anda sudah tentu mereka akan setia dengan blog anda..dan percayalah..anda akan berjaya dengan cara itu..bukan dengan cara mencari follower semata-mata..


Betul..anda blogger baru..tapi percayalah anda tidak perlu lakukan perkara itu untuk mendapat follower..just tarik mereka dengan entri anda yang menarik..



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Tak Suka! Ping BLOG yang paling aku benci kat Facebook!

Edisi Segmen! Jom Tambah Follower!

Oleh Kaki Wayang on


Dah lama rasanya tak join mana-mana segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger di Malaysia ini..atas sebab-sebab kesibukan yang melanda menyebabkan aku jarang untuk menghabiskan masa untuk bersama dengan dunia blog ini..dan ketika ini, peluang untuk menambah follower kembali dengan harapan angka FOLLOWER blog ini bertambah..
 
Selain itu, aku juga mengharapkan agar segmen ini bukan hanya untuk mencari dan menambah follower tetapi juga mamu mencari blogger/ follower yang berkualiti..maksud berkualiti di sini adalah..follower ini datang ke blog ini dengan ikhlas dan menjadi follower yang setia kepada blog ini..bukan hanya menjadi follower yang hanya menekan button follower dan kemudiannya tidak lagi kembali ke blog ini..so kepada yang menjadi follower blog ini, anda diharapkan agar terus menyokong blog ini agar objektif segmen ini tercapai...

Terima kasih sekali lagi wahai rakan blogger sekalian...
 


 

Sila baca selanjutnyaEdisi Segmen! Jom Tambah Follower!

Betol-betol Informasi! Penting Sangatkah Follower?

Oleh Kaki Wayang on

Menjadi satu kebiasaan bagi blogger-blogger baru yang suka ping kat laman-laman sosial seperti Facebook..tujuannya adalah nak kongsi maklumat dan entri..namun perkara yang menjadi kebiasaan sekarang adalah..ping kat facebook hanya untuk mencari follower semata-mata..penting ke follower tu? 
 
Dari satu sudut pandang positif, ianya adalah sangat berguna dan perlu..kenapa? Sebab tanpa follower siapalah kita..tanpa follower apalah sangat dengan blog kita tu..macam takde penghuni pula..

Tetapi harus diingat, blog yang mempunyai jutaan follwer tetapi entrinya tak bagus dan tak baik..tak guna juga..ianya hanya mengundang follower kita "hanya cukup menjadi follower" - cukup sekadar muka muncul kat widget follower tu je..bila dah jadi macam ni..blog kita pasti tak guna kan? macam kita buat lawak tapi orang tak gelak laaa..

Macam mana pula dengan situasi ini..follower sikit tapi tiap hari pasti ramai yang masuk dalam satu-satu masa..lebih baik atau lebih buruk dari situasi tadi? kenapa eh? Sebab dia selalu update blog dengan isi-isi baru..selalu memberi tips kepada blogger-blogger lain..pendek kata banyak informasi dalam blog itu..

Bukannya nak kata follower itu tak penting..tapi biar berpada-pada..biar sepadan..maknanya, entri pun kena update..tak kisahlah sekali sehari pun takpe..dan please jangan gunakan perkataan-perkataan seperti ini:

"i folo u, hit me back"

"Blog u, i dah folo..folo blog saya pula"

ataupun I will hit u, if u hit me..

Dah macam memaksa pula..dah macam tak ikhlas pula..so kat sinilah terjadinya..orang itu hanya datang ke blog kita dan tekan button follow pastu blah tanpa membaca walau sedikit pun entri kita..nak komen? mmmm jangan haraplaaaa..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Penting Sangatkah Follower?

Betol-betol Informasi! Tips Miliki Mental Yang Baik

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-D99nRIEdaQY/TWR1gYgcXaI/AAAAAAAABEg/A0_ALyuWysE/s320/mental.jpg 

1. Luahkan /kongsi masaalah dengan orang lain

2. Luaskan pergaulan

3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama

4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab

5. Membaca.Penuhi waktu sebaik-baiknya

6. Berkongsi hobi atau kegemeran dengan keluarga, sanak saudara,jiran dan kawan

7. Jaga kesihatan diri

8. Bersenam selalu

9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak

10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.

11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar

12. pastikan diri sentiasa ceria/gembira

13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa

14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek

Sumber

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tips Miliki Mental Yang Baik

Betol-betol Hangat! Panduan Mandi yang betul!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIUZKKhCTrVGWZ9iTJMSjG5d0GTrmiCz6ECLsSejyTCzQjm6xG0wYhhhmu5Ru8pJEkvob_E1jWlGo21NbH8YJ9XNUz7tIcfpfab_Vpze7l86K1c0g6Ovtv2bmd4lEZa1FOK7G2D_LlMfGP/s1600/baby+mandi.jpg

Dalam sehari, berapa kali anda mandi? 3 kali? 2 kali? Atau 1 kali saja? Saya kalau hari bekerja, akan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Iaitu lepas bangun tidur sekali, dan selepas balik dari kerja sekali.

Tapi kalau hujung minggu atau hari cuti, saya akan mandi lebih kerap. Paling tidak 3 kali iaitu pagi, tengahari dan sebelum maghrib.

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda. Bagaimanakah cara anda mandi setiap hari? anda basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau anda jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? Saya ada bertanya kepada kawan-kawan saya bagaimana mereka mandi? Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu atau kepala dulu? Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari kepala dulu.

Saya katakan kepada mereka, cara itu kurang baik. Sebab saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.

Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.

Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.

Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.
  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
  2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
  7. Meninggikan daya ingatan.
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
  11. Memiliki daya ketahanan mental.
  12. Menambahkan semangat berani.
  13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Panduan Mandi yang betul!

Betol-betol Hangat! Tips Menggembirakan Hati Duka Lara

Oleh Kaki Wayang on

http://us.images.detik.com/content/2009/12/30/766/WANITA-SEDIH-LUAR.jpg

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi anda, kesabaran anda.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tips Menggembirakan Hati Duka Lara

Edisi Khas Puasa! 12 Aurat Wanita Dalam Islam!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyZbZzQ16ScNcDJhUDi8nhrt1Cf1kYlCGMLotl3vSvg5IAXcyY-YpAV9E4SLunvR9sC5C83_dOx22Vfc0ubMp_Y20APmBbt1299FJRMmggMPJwVjz4Ww_PxXGnbdB5rTXdUdUK0csa__0/s1600/Cara-Berpakaian-Bagi-Wanita-Muslim.jpg

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Kredit: UKIRANCINTA 
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! 12 Aurat Wanita Dalam Islam!

Edisi Khas Tips Blog! Apa yang pembaca nak sebenarnya?!

Oleh Kaki Wayang on

http://jomblogger.com/blog/wp-content/uploads/2011/01/blog-reader2.jpg

Kalau dulu aku selalu mengetepikan soal ini..setiap blog kenalah ada temanya sendiri..ada pendirian apa yang perlu blogger itu tuliskan..apa yang nak di update kan..entri apa yang perlu dimasukkan..dan semua itu haruslah diambil kira..

Pembaca kita datangnya dari pelbagai golongan..keyword, labels, taging dan tajuk yang kita letak dalam setiap entri sebenarnya menjadi kunci untuk pembaca datang ke blog kita..wnjin carian Google merupakan enjin carian yang sangat popular di dunia..semua orang menggunakannya..di samping enjin carian seperti Bing dan Yahoo..

Now, katakan pembaca kita dari golongan bijak pandai, doktor, pelajar, pegawai, marin, saintis dan macam-macam lagi..macam mana eh nak tarik mereka? Mudah sangat..buatlah entri mengenai apa yang memungkinkan mereka untuk cari..betul tak? So, kalau maklumat itu ada dalam blog anda dah tentu lepas ni mereka akan datang lagi sebagai returning visitor..tu sebab entri kena power..

Selain itu, masukkan pelbagai maklumat dan entri menarik..jangan hanya bersandarkan satu tema sahaja..kadang-kadang ada blogger yang memasukkan entri sal..kisah percintaan mereka...(meluatnya) pastu banyak pula gambar berpeluk sana sini..(lagi meluat aku)..anda boleh meletakkan kisah peribadi sebagai tema..tapi janganlah sal cintan cintun jew..nanti orang menyampah pulak kan..kekadang ada pembaca yang sukakan berita terkini dunia..dunia politik, jenayah, crime scena, cerita lawak, pendidikan, dan macam-macam lagi..pelbagaikan isu-isu anda ok..jangan asyik itu je..dan yang paling penting update blog anda..

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Tips Blog! Apa yang pembaca nak sebenarnya?!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...