PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label gambar pelik. Show all posts
Showing posts with label gambar pelik. Show all posts
Home » Posts filed under gambar pelik
Edisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!
Edisi Sentap! Anda Akan Gayat Bila Tengok Gambar Ini!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Anda Akan Gayat Bila Tengok Gambar Ini!
Edisi Pelik! Basikal Berkaki dan Memakai Kasut!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Pelik! Basikal Berkaki dan Memakai Kasut!
Edisi Pelik! Kucing Ini Lagi Besar dari Bayi!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Pelik! Kucing Ini Lagi Besar dari Bayi!
Edisi Hangat! Gambar Medan Magnet Pelik Yang Membentuk Ka'abah, Allahu Akbar!
Oleh Kaki Wayang on
Gambar pertama adalah sebuah magnet dalam bentuk kiub dengan SERBUK BESI yang berselerak di SEKELILINGNYA. Medan magnet menyebabkan SERBUK BESI untuk mengatur diri mereka ke dalam corak itu.
GAMBAR KEDUA ADALAH KAABAH..
ALLAH SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta,
dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka
bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi
berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap
sesuatu ? "- [41:53]
ALLAHU AKBAR!!.. DENGAN TIAP KEJADIAN YANG PENUH RAHSIA ALLAH..
Edisi Pelik! Video, Gambar dan Cerita di sebalik Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang!
Oleh Kaki Wayang on
Lebih 43 helai sejadah berdiri
tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama. Kejadian
aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu --
disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran,
Pahang.
Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.
Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.
Sila baca selanjutnya → Edisi Pelik! Video, Gambar dan Cerita di sebalik Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang!
Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia." Azizah khatib mat/pengasas ma'ahad tarbiah darul hijrah al-islam.
43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan
menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak,
duduk di antara dua sujud dan sujud. Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi.
Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak
putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.
Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.
Edisi Sentap! Mayat terbiar 9 jam dalam kafe!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki Taiwan mati ketika leka bermain video di sebuah kafe
Internet ketika premis itu dipenuhi pelanggan, kata polis semalam. Menurut pihak berkuasa, tiada sesiapa menyedari lelaki terbabit mati
walaupun mereka duduk bersebelahan dengannya sehinggalah beberapa jam
kemudian.
Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 23 tahun itu memasuki kafe Internet di New Taipei pada malam Selasa dan ditemui mati dalam keadaan duduk dan tangannya berada di atas meja malam berikutnya.
“Mayat itu ditemui seorang pelayan wanita di kafe berkenaan,” katanya.
Kali terakhir pelayan itu melihat lelaki terbabit bercakap di telefon kira-kira tengah hari Rabu dan dipercayai mayat berkenaan berada di bangku selama sembilan jam. Siasatan awal polis mengesyaki lelaki itu mati akibat serangan jantung berpunca daripada suhu rendah.
Betol-betol Pelik! iPad ganti kepala gadis jadi perhatian
Oleh Kaki Wayang on
Kemunculan seorang gadis - hanya dikenali sebagai Mia - bersiar-siar di jalan menarik perhatian ramai apabila kepalanya ‘digantikan’ dengan iPad. Ketika bersiar-siar, paparan pada iPad itu menunjukkan imej ‘kepala’ Mia dalam pelbagai aksi, termasuk membaca buku dan tersenyum.
Empat iPad digunakan bagi memaparkan imej ‘kepala’ Mia melalui empat sudut, iaitu depan, belakang, kiri dan kanan. Rakaman aksi Mia juga menarik perhatian ramai di YouTube apabila video itu mendapat kunjungan hampir 40,000 dalam tempoh kurang 24 jam.
Pada akhir klip itu, seseorang dilihat melalui depan muka Mia dan mendapati dia sedang membaca majalah wanita.
Edisi Pelik! Rumah Terbalik Pertama di Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki kelahiran Sabah
membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama
di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar. Alexander Yee berkata, struktur rumah
luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40
kilometer dari bandar itu amat berbaloi.
“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),”
kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah
penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di
pantai timur Sabah.
Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan
140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang
tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri
tradisional Sabah.
Dia berkata, semuanya diletakkan secara
terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di
dapur serta mesin jahit. Pembinaan rumah terbalik itu mengambil
masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang
diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti
tergantung.
Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu. Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat
lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka
untuk rekaan terbaru itu.