Edisi Sentap! Mayat terbiar 9 jam dalam kafe!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki Taiwan mati ketika leka bermain video di sebuah kafe Internet ketika premis itu dipenuhi pelanggan, kata polis semalam. Menurut pihak berkuasa, tiada sesiapa menyedari lelaki terbabit mati walaupun mereka duduk bersebelahan dengannya sehinggalah beberapa jam kemudian.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 23 tahun itu memasuki kafe Internet di New Taipei pada malam Selasa dan ditemui mati dalam keadaan duduk dan tangannya berada di atas meja malam berikutnya.

“Mayat itu ditemui seorang pelayan wanita di kafe berkenaan,” katanya.

Kali terakhir pelayan itu melihat lelaki terbabit bercakap di telefon kira-kira tengah hari Rabu dan dipercayai mayat berkenaan berada di bangku selama sembilan jam. Siasatan awal polis mengesyaki lelaki itu mati akibat serangan jantung berpunca daripada suhu rendah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...