Edisi Pelik! Video, Gambar dan Cerita di sebalik Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang!

Oleh Kaki Wayang on

Lebih 43 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama. Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.


GAMBAR+SEJADAH+BERDIRI+SOLAT+DI+MARAN+PAHANG


Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia." Azizah khatib mat/pengasas ma'ahad tarbiah darul hijrah al-islam.

43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud. Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi. Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.



Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...