PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kawan rogol isteri. Show all posts
Showing posts with label kawan rogol isteri. Show all posts

Betol-betol Sengal! Serah tubuh, serah barang kemas syarat buang sial?

Oleh Kaki Wayang on

LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. 
LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Serah tubuh atau barang kemas. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita. Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas.

Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan ‘dirawat’ di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kes terbaru berlaku pada 9 Ogos lalu selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita di kawasan Rungkup, Perak.

“Berikutan laporan itu kami menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar bomoh sebelum menipu mangsa dan meminta menyerahkan barang kemas. “Hingga kini, dipercayai lebih 10 wanita di Kuala Lumpur dan Teluk Intan menjadi mangsanya selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Goh berkata, suspek kini direman untuk siasatan kes di Perak dan akan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama, polis masih memburu seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dengannya,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan usaha mencari rakan suspek giat dijalankan kerana semua barang kemas milik mangsa berada di dalam simpanan rakannya itu.

Sementara itu, seorang mangsa bomoh itu yang mahu dikenali sebagai Rohana, 35, berkata, dia mengenali bomoh berkenaan awal Jun lalu selepas diperkenalkan adiknya.

“Dalam pertemuan itu, saya terkejut apabila lelaki itu dapat ‘membaca’ segala masalah rumah tangga saya dan suami. Dia kemudian menawarkan untuk mengubati masalah saya dengan dua cara sama ada melakukan hubungan seks dengannya atau menyerahkan barang kemas. “Saya yang tidak sanggup mengadakan hubungan seks dengannya, lalu memilih kaedah rawatan kedua iaitu menyerahkan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000.

“Jumlah barang kemas itu dikatakan setimpal dengan masalah saya dan bomoh itu berjanji memulangkan barangan berkenaan selepas selesai berubat bersama-sama wang pengeras 25 sen,” katanya.

Rohana berkata, selepas pertemuan pertama itu, dia seperti dipukau dan tidak mampu menolak kehendak bomoh terbabit yang meminta barang kemas bagi memudahkan urusan perubatan.

“Tapi, ternyata dia menipu. Bukan saja barang kemas saya tidak dikembalikan, tetapi masalah saya dan suami juga tidak pulih, malah bertambah parah. “Saya cuba menghubungi bomoh itu, tetapi telefonnya ditutup dan dia melarikan diri bersama barang kemas saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarinah dari Teluk Intan, Perak berkata, dia kerugian barang kemas bernilai kira-kira RM66,000 selepas mendapatkan rawatan bomoh itu.

“Saya menemui bomoh itu Februari lalu selepas diperkenalkan sepupu di sebuah hotel. Bomoh itu menyatakan saya mengalami masalah dengan suami dan keluarga mentua. “Saya terkejut kerana kata-kata itu benar sebelum bomoh itu menawarkan diri untuk mengubati masalah saya dengan syarat perlu menyerahkan barang kemas dan wang tunai setimpal dengan tahap masalah saya. “Bomoh terbabit memberi alasan barang kemas itu perlu disimpannya bagi menambah mujarab proses perubatan yang sedang dijalankan,” katanya.

Sarinah berkata, ketika itu, dia tidak mempunyai wang dan barang kemas, lalu meminjam barang kemas kakaknya dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM66,000 untuk diserahkan kepada bomoh itu.

“Pada masa sama, bomoh itu meminta saya mencari lebih ramai wanita yang mengalami masalah rumah tangga untuk berubat dengan alasan jika ini dapat dilakukan, proses mengubat penyakit saya akan berjalan lebih lancar. “Namun, saya mendapat tahu mengenai tembelang lelaki itu selepas semua rakan yang berubat dengan bomoh itu menemui saya pada 13 Ogos lalu dan masing-masing mendakwa kerugian wang tunai dan barang kemas selepas ditipu bomoh terbabit. “Kami membuat laporan di Balai Polis Ampang bagi menjejaki lelaki itu yang sudah menghilangkan diri bersama barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit milik mangsa ,” katanya.

P/s: BBH rasa mangsa mesti bijak nak berfikir kan? tapi kenapa masih memilih jalan yang salah? bila dah kena baru terfikir yang telah ditipu..Selamat berpuasa..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Serah tubuh, serah barang kemas syarat buang sial?

Betol-betol Sengal! Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara!

Oleh Kaki Wayang on

http://adaakukesah.com/wp-content/uploads/2011/03/perogol.jpg

Anggota tentera Britain yang merogol seorang wanita tujuh kali dalam masa sehari dipecat daripada perkhidmatan dan dipenjara 10 tahun, semalam. Robert Kariuki, warga Britain kelahiran Kenya menyerang wanita berkenaan ketika mangsa berada di atas katil, menyumbat patung beruang ke dalam mulutnya, menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya buat kali pertama.

Kariuki bertindak demikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa tidur bersama rakannya. Dia mengancam membunuh mangsa dan melarangnya menggunakan bilik air ketika memperkosa wanita berkenaan tujuh kali dalam tempoh beberapa jam. Kejadian berlaku Julai tahun lalu.

Mangsa, warga Jerman, mempelawa Kariuki dan seorang rakannya ke kediamannya sebelum kejadian. Mahkamah diberitahu, dia mengadakan seks dengan rakan Kariuki sementara lelaki itu tidur di sofa. Tetapi apabila rakannya meninggalkan kediaman itu, Kariuki memasuki kamar mangsa dan mula merogolnya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara!

Betol-betol Sengal! Kerana kucing sanggup bunuh ayah, cederakan mak!

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Kuala Nerang di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, Seman Siron, 60, (gambar) meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat cedera parah di kepala, kedua-dua belah tangan dan putus pergelangan kaki kanan akibat tetakan tanpa belas kasihan oleh anak ketiga daripada enam beradik itu.

Isteri mangsa, Hasnah Abdul Majid, 58, pula terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala yang cedera sepanjang 10 sentimeter, namun keadaannya dilaporkan stabil. Kejadian dikatakan bermula apabila suspek naik angin setelah tindakannya memarahi anak buahnya kerana membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa dan berang dengan kehadiran kucing yang berkeliaran setelah ditegur adik ipar suspek, Mohd. Nazrin Zainon, 32.

Pemuda berusia 33 tahun itu kemudian mengambil sebilah parang penebas sepanjang 40 sentimeter di luar rumah sebelum menyerang adik iparnya itu, bagaimanapun Mohd. Nazrin sempat menyelamat dan melarikan diri bersama tiga anaknya berusia enam hingga 11 tahun. Seman yang cuba mententeramkan keadaan turut ditetak suspek yang kemudian menyerang ibunya, Hasnah yang cuba menghalang anaknya itu daripada terus menetak suaminya.

Suspek yang masih bujang melarikan diri dengan membawa bersama bahagian kaki bapanya yang terputus itu setelah seorang jiran mengarahkannya berhenti daripada terus mengamuk di samping bertindak memukul tangan suspek dengan sebatang kayu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kedua-dua mangsa yang cedera segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang oleh ahli keluarga mereka tetapi Seman disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas kejadian sementara Hasmah yang dilaporkan stabil dibenarkan pulang tengah hari ini.

Katanya, mayat Seman dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut oleh waris bagi urusan pengkebumian. Menurut Ku Yaacob, pihaknya menemui bahagian kaki mangsa yang dilarikan suspek kira-kira lima meter dari bahagian luar dapur rumahnya.

Menurut beliau, polis dengan bantuan penduduk kampung sedang giat mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di dalam hutan di Puncak Janing dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, semakan polis mendapati suspek yang masih bujang dan bekerja kampung tidak mempunyai rekod gangguan mental di hospital, bagaimanapun difahamkan pemuda itu pernah mendapatkan rawatan secara tradisional akibat tekanan jiwa.

Sumber: Utusan Malaysia

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Kerana kucing sanggup bunuh ayah, cederakan mak!

Betol-betol Binatang! Angkara bekas suami!

Oleh Kaki Wayang on

 
Masih ingat lagi kah kisah ini? Perkosa dulu, kemudian simbah asid..rupa-rupanya angkara bekas suaminya..Lelaki bertopeng yang merogol, menyamun dan menyimbah sejenis cecair ke atas seorang wanita ketika hendak berbuka puasa di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, dua hari lalu, disyaki bekas suami mangsa sendiri. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam berkata, bekas suami mangsa ditahan ketika menziarahi bekas isterinya itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dipercayai bermotifkan dendam akibat masalah rumah tangga mereka. Pasangan itu bercerai setahun lalu.

“Wanita berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian dan ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia tiga hingga 11 tahun yang berada dalam jagaan bekas suaminya. “Siasatan lanjut ke atas cecair yang digunakan untuk menyimbah muka mangsa didapati sejenis bahan peluntur,” katanya.

Katanya, polis turut menjumpai rantai leher milik mangsa yang dicuri lelaki terbabit ketika dia ditahan. Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru pulang ke rumahnya selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, dirogol, disamun dan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bertopeng.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki sudah menceroboh masuk dan bersembunyi.

Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya. Selepas ditinggalkan dalam keadaan kesakitan mangsa menjerit meminta pertolongan dan jeritannya didengari jiran yang kemudian membawanya ke HKL.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Binatang! Angkara bekas suami!

Betol-betol Binatang! Perkosa dulu, simbah asid kemudian!

Oleh Kaki Wayang on

 
Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital. Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.

“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya.

P/s: BBH mengutuk sangat perbuatan seperti ini..dah lah bulan puasa pula tu..kesian kat pompuan tu..lelaki dayus..macam dah tahu-tahu pula tu nak berbuka puasa..adoihiah..sangat keji, terkutuk..dah puas simbah asid pula..memang musnah lah hidup pompuan tu (mangsa)..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Binatang! Perkosa dulu, simbah asid kemudian!

Betol-betol Insaf! Soal Jawab Agama: Dihantui dosa silam

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0sWvMiPec5nqUlk_dBdt7NPH7ZsGoUXNfGic-VVczteoTMZA_a_Hh_9aTsk8AeGyNMJaZe2TmMeI1aFh2JbGyBxD3IOa_JHUrahc2qZNkNt7csLB3mwHsYh2-SMi5tM5uzFegnySA9dkn/s1600/11.jpg

SAYA berumur 28 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir setahun lalu selepas kami terlanjur selama empat tahun. Sebelum menjalinkan hubungan dengan suami saya, saya juga terlanjur dengan bekas teman lelaki saya selama hampir tiga tahun. Sememangnya saya merasakan hidup ini tidak pernah tenteram dengan dosa yang dilakukan selama ini. Saya pernah menggugurkan kandungan sebanyak dua kali bersama teman lelaki yang kini menjadi suami saya. Begitu banyak dosa yang saya lakukan selama ini, tidak termasuk dosa saya dengan orang lain. 

Dengan status saya kini bergelar seorang isteri, saya menginginkan cahaya mata bersama suami, tetapi apabila mengenangkan dosa yang saya lakukan termasuk menggugurkan kandungan timbul perasaan bimbang. Saya takut anak saya nanti cacat, tidak cukup sifat, menghidap sindrom down, terencat akal atau mendapat penyakit kronik atau ganjil apabila membesar kelak. Saya terlalu takut untuk mengandung sekali lagi kerana dihantui dosa silam.

Jawapan

SEMEMANGNYA mereka yang melakukan dosa dan jenayah tiada ketenteraman jiwa.

Ini kerana perbuatan maksiat dan dosa termasuk zina sentiasa menghantui mereka.

Perbuatan zina memang ditegah Islam kerana dikira sebagai perbuatan keji dan jalan membawa kejahatan dan dosa yang lain seperti pengguguran dan pembunuhan anak.

Ini dijelaskan al-Quran: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah al-Isra’ ayat 32)

Seterusnya Islam menghukum penzina di dunia sebanyak 100 kali rotan bagi penzina yang belum berkahwin seperti dalam ayat 2 Surah al-Nur yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.” (Surah al-Nur ayat 2)

Sekiranya hukuman itu tidak berlaku di dunia, penzina akan dihukum di akhirat dengan lebih kuat. Bagaimanapun, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Allah menerangkan hukuman akhirat boleh dihindari jika seseorang itu bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.” (Surah al-Furqan: 68-71)

Dengan itu, puan perlu menurut ajaran Allah dengan kembali bertaubat, beriman sepenuhnya pada Allah, Nabi dan Hari Akhirat dan melakukan banyak amalan soleh seperti bersedekah dan menolong anak yatim dengan mengharapkan keredaan Allah.

Seterusnya, anda berdua hendaklah membina kehidupan keluarga atas jalan agama terutama dalam mendidik anak kelak. Bertaubatlah dengan penuh penyesalan atas keterlanjuran diri dan mohon doa kepada Allah agar dikurniakan anak yang sihat dan baik di dunia dan akhirat.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Soal Jawab Agama: Dihantui dosa silam

Betol-betol Bangang! Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpRWEZ86ZignmtEw3geXgnSzTgw9Bq3Od1hMe1hU6mXcrpDDlDR_kQbEba0nGvoN32EEIqx3wp4-UEAprrqBkWmJzV8b01uEB1chrVspx-L9C9aminsg0nSY4OS9XUK5buHDE0hXZ5gwo_/s1600/ibnu2.jpg 
Credit gambar to Pak Cik Google (tak tahu tuan empunya)
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika suami mangsa dikatakan baru memasuki butik pengantin tersebut selepas membuka pintu yang dikunci dari dalam oleh suspek. Bagaimanapun, tanpa diduga suami mangsa melihat suspek sedang menindih isterinya yang dalam keadaan bogel dalam butik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan untuk menempah pakaian pengantin di butik mangsa.

"Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu. "Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Tambahnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan suspek tersebut kemudian bertindak menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis. Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...