Betol-betol Sengal! Kerana kucing sanggup bunuh ayah, cederakan mak!

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Kuala Nerang di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, Seman Siron, 60, (gambar) meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat cedera parah di kepala, kedua-dua belah tangan dan putus pergelangan kaki kanan akibat tetakan tanpa belas kasihan oleh anak ketiga daripada enam beradik itu.

Isteri mangsa, Hasnah Abdul Majid, 58, pula terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala yang cedera sepanjang 10 sentimeter, namun keadaannya dilaporkan stabil. Kejadian dikatakan bermula apabila suspek naik angin setelah tindakannya memarahi anak buahnya kerana membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa dan berang dengan kehadiran kucing yang berkeliaran setelah ditegur adik ipar suspek, Mohd. Nazrin Zainon, 32.

Pemuda berusia 33 tahun itu kemudian mengambil sebilah parang penebas sepanjang 40 sentimeter di luar rumah sebelum menyerang adik iparnya itu, bagaimanapun Mohd. Nazrin sempat menyelamat dan melarikan diri bersama tiga anaknya berusia enam hingga 11 tahun. Seman yang cuba mententeramkan keadaan turut ditetak suspek yang kemudian menyerang ibunya, Hasnah yang cuba menghalang anaknya itu daripada terus menetak suaminya.

Suspek yang masih bujang melarikan diri dengan membawa bersama bahagian kaki bapanya yang terputus itu setelah seorang jiran mengarahkannya berhenti daripada terus mengamuk di samping bertindak memukul tangan suspek dengan sebatang kayu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kedua-dua mangsa yang cedera segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang oleh ahli keluarga mereka tetapi Seman disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas kejadian sementara Hasmah yang dilaporkan stabil dibenarkan pulang tengah hari ini.

Katanya, mayat Seman dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut oleh waris bagi urusan pengkebumian. Menurut Ku Yaacob, pihaknya menemui bahagian kaki mangsa yang dilarikan suspek kira-kira lima meter dari bahagian luar dapur rumahnya.

Menurut beliau, polis dengan bantuan penduduk kampung sedang giat mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di dalam hutan di Puncak Janing dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, semakan polis mendapati suspek yang masih bujang dan bekerja kampung tidak mempunyai rekod gangguan mental di hospital, bagaimanapun difahamkan pemuda itu pernah mendapatkan rawatan secara tradisional akibat tekanan jiwa.

Sumber: Utusan Malaysia

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...