PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Bengap! Siswi pulang bercuti melencong pergi khalwat

Oleh Kaki Wayang on

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu. 

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.

“Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.

“Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan,” katanya. Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.

P/s: Betol-betol Bengap! Memang sesuai tagline tu kan..untuk entri ni..dulu BBH kalau balik bercuti je takde pon nak melencong ke tempat lain..rasa nak jumpa mak je..xde nye nak check in kat hotel..manusia dan remaja zaman sekarang..dah jadi kebiasaan..macam rutin pula..semoga menjadi pengajaran dan iktibar yer kengkawan sume..tak mo, tak mo macam tu..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengap! Siswi pulang bercuti melencong pergi khalwat

Betol-betol Hangat! HDR Again Part 2

Oleh Kaki Wayang on

Wah dalam tempoh 10 minit..aku dah create 1 lagi High Dynamic Range-Imaging..kali ni gambar mengarah ke Pusat Islam dijadkan sebagai bahan kajian untuk HDR..tak tahu jadi ke tak..korang jela yang komen yer..bagi aku..cantik gambar ni..sebab aku yang buat kan..hahahaha..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvc-JKhUN_uVDyQjgSmORKyQmxHEAai8ZgMxJS0ctD1RlIwQ2TeITyxTBKYBf7D5M2QLCp9lm4QmuT-0c3Ii-F7-o9-EV1qVyrpCqqbA3Y5GBH24n7LrGOuXxaqBocdL-k1EAGErYB7sIm/s1600/Poli+HDR+2.png

Amacam cantik tak?dah nampak garang ckit kan gambar ni..nape gambar BBH ni macam efek nyer sume same?memang lah agak sama..sebab aku sangat sukakan efek The Granny Attic..cuma aku ubahkan sedikit structure, vintage point, ubahkan sikit exposure tu yang jadi macam ni..hevatttt kan..ni sume penangan The Granny Attic..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! HDR Again Part 2

Betol-betol Hangat! HDR Again Part 1

Oleh Kaki Wayang on


Wah..dah lama BBH tak update blog..update blog pon sebab nak buat drop down menu jew..dan skg, hasilnya dah berjaya wat drop down walaupon agak susah nak buat..siap ngan flash dan animation nya lagi..dah macam website lah pula..maksud BBH..wat design kat Blog PMS..tapi ingat yer warga PMS sume..Blog PMS bukan website rasmi poli tau..Blog itu hanyalah laman sosial blog ok..

Tajuk entri kali ini adalah sal High Dynamic Range-Imaging..korang sume mesti penah dengar kan bila orang dok cite pasal HDR, HDR, HDR..haaa HDR ni laa yang orang slalu gunakan untuk manipulate gambar..dari yang tak bape nak chanteq teros chanteq++ gehtoo..ok lah tak nak cakap banyak..korang tengok jela gambar HDR terbaru dari BBH yerrr...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! HDR Again Part 1

Betol-betol Hangat! New Header!

Oleh Kaki Wayang on

Memandangkan aku ni designer, dan selama 2 bulan berkecimpung dalam dunia blog..blog BBH tak nampak BBH ni seorang designer..header pon macam ntah haper2 je..bukan apa aku ni jenis yang tak suka website atau blog yang mengarut..maksud BBH serabut sana-sini..design macam-macam tapi bagi aku tak cantik dan tak best langsung.."serabai" jeww..


So kali ni, aku dah wat satu design khas untuk header blog aku..ontah lah cantik ke tak..pada aku cantik..mungkin orang lain kata tak cantik atau kata blog aku pula serabai..hahaha..anyway, ni la header aku..kalau korang suka dan nak header macam ni..gtau lah BBH leh tolong create dan designkan..selagi BBH tak kata ianya berbayar..so ianya akan senantiasa free of charge..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! New Header!

Betol-betol Hangat! Zarina Juara Konsert Kenangan AFnil

Oleh Kaki Wayang on

 

Konsert Kenangan Afnil memberi kenangan terindah buat peserta Akademi Fantasia musim ke2, Zarina Zainoordin apabila memenangi pertandingan tersebut dan membawa pulang sebuah kereta Persona Elegance. Zarina berjaya menewaskan beberapa peserta Akademi Fantasia (AF)wakil dari AF 1 hingga AF9 pada konsert khas yang telah dirakamkan di Studio 1, Astro Bukit Jalil, Ahad lalu.

Menurut Penerbit Eksekutif Astro Ria, Irwan Rauf berkata konsert ini diadakan bagi mengimbau kenangan sepanjang sembilan tahun AF diterbitkan.

“Setiap daripada peserta dipilih mengikut beberapa kriteria dan mewakili setiap musim. Kami juga pilih mereka yang tidak berjaya ke konsert final terutama bintang yang tersingkir sebelum minggu konsert akhir diadakan. "Memandangkan rancangan ini membabitkan kenangan suka duka peserta, jadi kita jemput mereka yang dirasakan ada sejarah menarik untuk dikongsi bersama penonton," katanya.


Konsert tersebut berjaya mengamit memori lalu, apabila pengacara Aznil Nawawi bertindak memainkan emosi penonton dengan usikan nakal kepada peserta-peserta. Kata Aznil konsert tersebut memberi banyak kenangan sehingga membuatkannya begitu tersentuh terutamanya kehadiran bekas-bekaspelajar yang datang memberikan sokongan.

“Walaupun konsert ini mempertandingkan bakat bintang-bintang AF, namun apa yang saya lihat mereka menyanyi bukan untuk menang, sebaliknya untik melepaskan rindu dengan rakan lain.

“Konsert penutup ini akan melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan dan secara tidak langsung memberi impak kepada kehidupan saya dan peminat rancangan realiti ini,” ujarnya.


Antaranya pasangan suami isteri Khai dan Rosma muncul bersama anak sulung mereka. Manakala, peserta adik beradik Diddy atau Syamsul Hirdi Muhid mewakili AF4 turut bertanding bersama adiknya Kay AF9 di pentas dengan persembahan istimewa.

Selain Rosma, Zarina dan Diddy, turut bertanding dalam Konsert Kenangan AFNIL adalah Mohamed Zulkefli Mohamed Idir atau Keifli mewakili AF3, Mohd Syawal Ruslan (Shawal-AF5), Ika Nabila Abdul Rahim (Ika-AF6), Nurfazelah @ Zizie Mad Tahil (Zizie-AF7), Nadiawati AinulBasir (Ain-AF8) dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib-AF9).

Bagi menghangatkan final AF9, kemunculan istimewa daripada keempat-empat finalis iaitu Hazama, Lena, Fina dan Azri tampil membuat persembahan khas buat senior mereka.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Zarina Juara Konsert Kenangan AFnil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...