
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Dapatkan Samsung Galaxy S II dengan RM799*
Oleh Kaki Wayang on
Maxis baru sahaja melancarkan pakej terbaru dan menarik mereka dengan melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S II.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Hangat! Dapatkan Samsung Galaxy S II dengan RM799*
Jadilah pemilik telefon pintar yang dinantikan
Samsung Galaxy S II
dengan hanya RM799*

Super Amoled PLUS
Vivid * Fast * Slim
Retail Price: RM 2099
Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan telefon pintar ini serendah RM799?
- Jadilah 300 pelanggan pertama untuk mendapatkan tawaran VIP ini.
Lokasi dan info:
- Contre Court, Mid Valley Megamall 22 hingga 26 Jun 2011
Untuk Maklumat lanjut:
- samsung.com.my
Meh sini join BBH dulu yer: Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!
Betol-betol Hangat! Hidangan tarian seksi
Oleh Kaki Wayang on

Sekadar gambar hiasan
Gempar apabila sebuah kelab persendirian di Kota Bahru menyajikan tarian wanita menjolok mata dalam satu majlis di kelab berkenaan.
Bagaimanapun penganjuran itu berakhir diserbu anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB). Majlis yang dihadiri lebih 350 orang itu lebih memalukan apabila antara yang hadir merupakan wanita bertudung.
P/s: Betol-betol Hangat sangat bengang bila ada manusia yang macam ini..lebih-lebih lagi negeri Kelantan dikenali dengan negeri Serambi Mekah..sungguh memalukan bukan?
Betol-betol Ngeri! Malang tak berbau!
Oleh Kaki Wayang on

Malang tak berbau..itulah ungkapan yang mampu BBH ungkapkan bila membaca satu artikel yang boleh BBH kastegorikan sebagai NGERI..ape tak nya..kandungan artikel itu memperihalkan bagaimana dan situasi serta keadaan seorang anak kecil bernama Mohd. Faizal apabila dua jarinya putus kerana tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di Muar pada pukul 6 kelmarin.
Menurut cerita ayahnya Ahmad Imran, ketika menggunakan eskalator tersebut, ianya terhenti secara tiba-tiba dan keadaan itu mengakibatkan Mohd. Faizal terjatuh bersama dengan sepupunya. Cubaan mengangkat Faizal gagal kerana dua jarinya, masing-masing satu di tangan kakan serta kiri tersepit. Namun ianya kemudiannya terpaksa direntap menyebabkan jarinya putus.
Lebih malang lagi apabila kedua-dua jari yang dikutip dan dibawa ke HUKM dalam usaha untuk menyambung kembali jari tersebut menemui kegagalan.
Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!
P/s: Kepada kengkawan, ibu bapa dan semua..mintak-mintak lah korang semua hati-hati yer..jangan sampai korang terlibat dalam kejadian seperti ini..Malang tak berbau..kat mana-mana leh berlaku..
Betol-Betol Hangat! Big Apple in Kuantan
Oleh Kaki Wayang on
Speechless!!! Wow!!! Itulah situasi dan keadaan serta ungkapan yang aku alami bila masuk kat East Coast Mall semalam..pas park je kete..macam biasa aku akan g beli tiket wayang dulu..smalam tengok citer KL Gangster..memang gangster betol filem tu..markah aku..9/10..suke Aaron Aziz berlakon..ni sume gara-gara Nora Elena lah ni...
Back to the main topic.."ok ini celita aaa bukan celita pasal itu buah apple atau itu kedai nama Big Apple aaa adoi aihh"(intonasi chinese tau)..Sebab kat East Coast Mall banyak jual buah apple kat Carrefour dan ada satu kedai donut nama Big Apple..apa yang aku nak cerita ni ada lah sal Apple Reseller skg ni dah wujud kat Kuantan..dah lama dah tunggu ada reseller kat sini..yelah kan asyik nak g KL je kalau nak beli produk Apple..memang speechless lah smalam..tak ku sangka jodoh aku ngan produk apple semakin dimakbolkan gehtooo..aku tak sempat nak amik gambar banyak2 masa kat kedai tu lagipun masa kat kedai tu iPad 2 dah habis..baru sehari bukak iPad dah habis..memang heyvattt orang Kuantan ni..BTW, nama kedai tu iPeople..sesuai ngan nama produk yang lain seperti Iphone, iPad, iPod dan macam-macam "i" lagi...
Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!
Betol-betol Hangat! Review Filem Green Lantern 3D
Oleh Kaki Wayang on

SATU demi satu adiwira muncul di panggung dan setiap satunya tampilkan kuasa tidak masuk akal yang menjadi kekaguman penonton. Sehingga, jika dikumpulkan semua mereka, pasti dunia akan terus aman. Namun hakikatnya ia sebuah lagi ilusi yang cuba menutup kelemahan kemanusiaan yang cuba mencari harapan.
Green Lantern ialah satu daripada ilusi harapan yang cuba dikembangkan pengarah dan penciptanya DC Comics. Adakah ia berjaya? Bagi penulis, ya! Ada yang mempertikaikan pemilihan Ryan Reynolds sebagai adiwira baru dalam barisan adiwira sedia ada kerana dia lebih menyerlah sebagai pelawak bersahaja yang boleh mencairkan hati wanita. Namun bagi penulis, dia memiliki pakej lengkap untuk bergelar adiwira. Selain lucu, dia mampu memikul tanggungjawab sebagai pelakon watak serius yang boleh diharapkan.

Antara kejayaan cemerlangnya ialah melalui filem Buried yang berjaya memecah watak klise biasa yang pernah dilakonkannya.
Plot Green Lantern tidak jauh berbeza dengan mana-mana filem bergenre sama. Yang membezakannya ialah pelakon, teknologi imej janaan komputer (CGI), kuasa dimiliki dan lokasi pilihan. Dalam hal ini, kuasa Green Lantern boleh diibaratkan sebagai tidak masuk akal yang luar biasa. Yakni menggunakan daya imaginasi sendiri untuk mematahkan serangan musuh.
Tidak perlu bergantung kepada satu kuasa semata-mata, Green Lantern memenuhi impian setiap anak kecil yang sering berkhayal mahukan kuasa hebat.
Lokasi pilihan sang hero juga lebih luas dan tidak tertakluk di bumi saja. Di mana saja tanggungjawab sang hero, termasuk seluruh alam semesta ciptaan DC Comics. Daripada segi teknologi CGI, tiada apa hendak diperkatakan kerana ia sejajar dengan konsep dan plot yang cuba disampaikan. Malah bila filem ini turut menggunakan aplikasi 3D, ternyata usaha itu berbaloi.
Sinematografi yang cuba ditampilkan pada suasana alam semesta yang terjalin antara satu sama lain turut menjadi tarikan fizikal kepada filem ini. Reynolds boleh dikatakan berjaya membawa watak Hal Jordan selaku adiwira baru. Pun begitu, Reynolds perlu perkemaskan lagi watak Hal supaya lebih diterima ramai peminat siri adiwira.
Plot Green Lantern berkembang pada jaluran ringan dan sangat mudah difahami, sekali gus penonton dapat menghayati dengan rasa puas dan selesa. Filem aksi terbaru ini yang mengambil latar alam semesta, sebenarnya dibentuk dan dipecahkan kepada beberapa sektor.
Setiap sektor yang wujud sejak berkurun lamanya sebelum wujudnya manusia dijaga oleh Green Lantern Corps, sebuah persatuan membabitkan wakil pahlawan setiap makhluk alam semesta. Satu hari, ketenteraman semesta digugat musuh baru Parallax yang berjanji akan memusnahkan keseimbangan kuasa di alam semesta.
Namun selepas kematian pahlawan ulung Abin Sur, kesatuan itu terpaksa bergantung harap kepada anggota terbaru, yakni manusia bernama Hal Jordan. Masalah Hal ialah dia tidak percaya kemampuan diri, lantas hampir mengecewakan ramai pihak, termasuk kekasihnya, Carol Ferris (Blake Lively) yang percaya Hal perlu mengambil tanggungjawab ini.
Secara jujur, filem ini mampu menjadi pilihan terkini golongan remaja dan anak muda yang gilakan ‘kuasa’. Walaupun belum mampu mematahkan ‘kuasa’ dimiliki siri adiwira X-Men, Green Lantern mempunyai daya tarikan tersendiri.
DATA
FILEM: The Green Lantern
ARAHAN: Martin Campbell
PELAKON: Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard dan Mark Strong
GENRE: Aksi kembara
TAYANGAN: 16 Jun 2011
FILEM: The Green Lantern
ARAHAN: Martin Campbell
PELAKON: Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard dan Mark Strong
GENRE: Aksi kembara
TAYANGAN: 16 Jun 2011
Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!