PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Mourinho is a genius
Oleh Kaki Wayang on
Real Madrid coach Jose Mourinho is a "genius", according to David Beckham, who has backed the Portuguese to lead his former side to greatness next season. The Los Angeles Galaxy midfielder won just one Primera Division title and one Supercopa in four seasons with the Spanish club, while Mourinho saw his side beaten to all major silverware - apart from the Copa del Rey - by Barcelona in his first season at the Santiago Bernabeu.
But Beckham told Marca: "They (Real) have one of the best coaches in the world. Mourinho is a genius and he has proved that with all the teams he has coached, Madrid are building a powerful side with important players and they can win all the competitions."
He added: "They are a team that strikes fear (into their rivals) and I have no doubt they will be able to win everything."
Beckham missed the opportunity to play for the Galaxy against his former club last summer as he was sidelined with an Achilles injury which saw him miss the World Cup in South Africa. But the Londoner says he is relishing the prospect of meeting Madrid on the Spanish side's current tour of the United States, despite a shoulder problem.
"I have good memories of my time with Madrid," he said.
"I wasn't able to play last year, but I don't want to miss it this time - it will be a special game.
"I have a shoulder problem, but it feels better all the time and I have a week to prepare for the game against Madrid."
Betol-betol Hangat! Siti Nurhaliza bakal sambung pengajian di UiTM?
Oleh Kaki Wayang on
Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi. Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lepas.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.
"Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti. Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.
Dr Sahol Hamid berkata UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.
"Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.
Siti Nurhaliza, melalui SimplySiti Sdn Bhd, bekerjasama dengan UiTM sempena konsert Malam Gala bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama syarikat milik penyanyi itu, yang diadakan di sini malam tadi.
Semua hasil jualan tiket konsert itu, yang dianggar berjumlah RM100,000 disalurkan kepada tabung MDAB UiTM, manakala SimplySiti turut menghulurkan RM30,000 selain sumbangan peribadi Siti Nurhaliza sebanyak RM10,000 kepada tabung berkenaan.
SimplySiti turut memperkenalkan dua koleksi terkini set kecantikan syarikat berkenaan iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition, yang menampilkan produk baru seperti Gorgeous Lip Color, Shimmer Blush serta Due Eye Shadow. Pada konsert berkenaan, Siti Nurhaliza menyampaikan lima lagu termasuk single terbaru album Inggerisnya, yang dijangka menemui peminat pada 9 Sept depan iaitu Falling In Love, selain berduet dengan penyanyi Aizat menerusi 'Lagu Kita'.
Selain Siti Nurhaliza, kira-kira 4,500 penonton konsert itu turut terpaku dengan persembahan legenda rock tanah air Amy Search yang menyampaikan dua lagu iaitu 'Kerja Gila' dan 'Isabella'. Persembahan hampir empat jam itu turut diserikan dengan persembahan pelajar sekolah terpilih, penuntut UiTM, Aizat dan Ana Rafali serta diacarakan alumni UiTM Faizal Ismail.
Selain itu, Siti Nurhaliza turut menghadiahkan sebuah tas tangan koleksi peribadinya berjenama Prada kepada penonton bertuah menerusi cabutan khas. Konsert berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh empat fakulti UiTM iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik; Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media; Fakulti Muzik serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.
Betol-betol Hangat! Facebook lancar panggilan video!
Oleh Kaki Wayang on
Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video. Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.
Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna. Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.
Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini.
Betol-betol Hangat! United dedah rahsia mahu miliki Sneijder!
Oleh Kaki Wayang on
Selepas sekian lama berteka- teki, Manchester United akhirnya menge- sahkan bahawa mereka mahu mendapat- kan khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder. Malah juara Liga Perdana England musim ini itu menganggap menandatangani kontrak dengan Sneijder adalah satu keputusan tepat dan bakal memberikan im- pak yang positif.
"Kewujudan Paul Scholes (pemain veteran United) serta Roy Keane (bekas pemain United) yang baru tidak akan ada.
"Namun saya tidak fikir mana-mana pemain lain yang lebih sempurna melainkan Sneijder untuk berada dalam pasukan kami (United).
"Saya sudah berada dalam pasukan United untuk satu tempoh yang panjang dan tahu segala perkara yang berlaku dalam pasukan ini baik luar mahupun dalam.
"Berdasarkan kualiti yang dimilikinya, saya akan katakan dapatkan Sneijder," kata jurulatih United, Rene Meulensteen.
Skuad The Red Devils sudah lama mahu membawa masuk Sneijder ke Old Traf- ford dan kali ini yuran perpindahan dianggarkan bernilai £35 juta (RM168.444 juta). Sneijder yang juga merupakan perancang antarabangsa Belanda, berhijrah dari Real Madrid ke Inter pada 2009. Bersama Inter, pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting apabila membantu kelab gergasi Itali itu merang- kul kejuaraan treble di bawah kendalian Jose Mourinho.
Betol-betol Hangat! Kapten MU ada 10 kekasih gelap!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang penari lucah, seorang model bogel dan seorang penyanyi pop merupakan sebahagian daripada 10 wanita yang menjalin hubungan sulit dengan kapten kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand, lapor sebuah akhbar semalam.
Nama sekurang-kurangnya 10 wanita yang didakwa kekasih gelap Ferdinand itu didedahkan di Mahkamah Tinggi London kelmarin semasa perbicaraan kes saman ganti rugi bintang MU berkenaan terhadap sebuah akhbar mingguan tempatan kerana menyiarkan berita hubungan sulitnya dengan seorang pereka dalaman, Carly Storey.
Ferdinand, 32, yang turut mewakili pasukan England telah berkahwin dengan Rebecca Ellison pada 2007 dan mereka kini mempunyai 3 anak. Pemain pertahanan MU itu cuma menuntut ganti rugi berjumlah £50,000 (RM240,527) terhadap akhbar berkenaan kerana melanggar hak peribadinya dengan menyiarkan laporan tersebut walaupun dia memperoleh pendapatan dianggarkan jutaan pound.
Namun, peguam defendan, Gavin Millar memberitahu mahkamah bahawa pendedahan memalukan itu perlu dibuat demi menjaga kepentingan awam dan untuk mendedahkan sikap sebenar Ferdinand yang sebelum ini dilabel pemain bersih daripada sebarang skandal.
"Dia (Ferdinand) telah mengabui mata orang awam selama beberapa tahun," kata peguam tersebut.
Antara wanita yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Ferdinand termasuk dua model Israel, Lilach Yafe dan Tslil Sela masing-masing berusia 29 dan 22 tahun, model Brazil, Tatiane Rosalino, 26, model bogel, Holly McGuire, 33, dan penari lucah berusia 22 tahun, Coralie Robinson serta pramugari syarikat Virgin, Lauren Alcorn.







