PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Cool! Beli Kereta dengan duit syiling!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki yang mahu dikenali dengan nama Wang bekerja sebagai penjual tepung menggunakan duit syiling sebanyak 60,000 Yuan (RM28,000) yang diperolehinya melalui penjualan tepung untuk membeli sebuah kereta. Berat secara keseluruhan duit syiling yang terdiri daripada 1 Yuan, 10 Sen dan 50 Sen itu adalah lebih kurang 300kg..Apa yang menjadi masalahnya adalah..perunding kereta kat situ mempunyai sedikit masalah untuk menerim bayaran yang dianggap luar biasa ini..lagipun mengira duit syiling berkenaan bukannya mudah..dan yang peliknya hanya sebuah bank sahaja yang sanggup dan menerima serta bersetuju untuk mengira duit syiling berkenaan..namun begitu pihak bank hanya bersetuju mengira sehingga 15,000 Yuan sahaja dulu..dan setakat ini Wang masih belum dapat memandu kereta idamannya disebabkan duit atau pembayaran masih belum dapat diterima dan habis dikira oleh pihak bank..
SUMBER: DAILYCHINA
Betol-betol Hangat! Eh, Puasa dah masuk hari ke-6 dah?
Oleh Kaki Wayang on
Alhamdulillah..baru je selesai bersahur kejap tadi..Hari ni hari Sabtu, hari cuti bagi semua kakitangan kerajaan macam aku ni..so, sebab tidur pun satu ibadah nampaknya hari ni dan esok leh lah extra tido kan..hehehe..ni pun kejap lagi pas solat subuh dalam kul 7am kang nak sambung balik tido..hehehe..xleh tido pas subuh..rezeki tak masuk kang..nak TADARUS sat..
Sedar tak sedar, puasa dah masuk hari ke-6 dah kan..kejapnyer masa berlalu..Isnin hari tu hari pertama berpuasa..tapi sekarang dah masuk seminggu dah berpuasa..tak lama lagi bulan yang penuh barakah ni akan berakhir..pastu raya pula..meh baca doa harian puasa pulak..
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!
Betol-betol Hangat! 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung
Oleh Kaki Wayang on
Sebenarnya ramai lagi artis yang cantik-cantik kot bila bertudung..cuma kekadang tu perangai dan tingkah laku je yang kurang cantik..antaranya ialah Irma Hasmie, Liza Hanim, Catriona Ross, Farah AF, Nora dan ramai lagi..cuma tak de gambar nak dijadikan bukti kejelitaan mereka apabila bertudung..
Dan begitu juga ramai artis yang saja mengenakan tudung atas tujuan mengikut skrip dan arahan pengarah..bagaimana pula dengan arahan Allah SWT?aku ni bukanlah nak tegur atau au ni Pak Lebai atau Tok Imam mahupun Ustaz yang hebat..tapi sekadar berkongsi rasa dan pengetahuan mengenai hukum sesuatu perkara..lebih-lebih lagi mengeni tudung ni..kan? Oklah tak nak bebel..korang tengok jela gambar ni..dah ramai dah yang post..aku jugak yang lembab tak post kat blog..hehehehe..
Artis wanita yang bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu. Kalau tak percaya boleh lihat gambar 10 artis wanita bila mereka mengenakan tudung yang lengkap.
1. Fazura
2. Tiz Zaqyah
3. Fouziah Gous
4. Erra Fazira
5. Neelofa
6. Nora Danish
7. Lisa Surihani
8. Maya Karin
9. Fasha Sandha
10. Dato’ Siti Nurhaliza
Sama-samalah kita berdoa agar mereka untuk terus bertudung dan ikhlas..amin..
Betol-betol Hangat! “Saya Buat Macam-Macam Atas Katil”
Oleh Kaki Wayang on
Walaupun aku tak baca Majalah Cosmopolitan ini tapi kenyataan Fazura mengenainya "Saya Buat Maca-macam atas katil" menyebabkan pelbagai reaksi umum disamping pelbagai tafsiran serta macam-macam akan bermai dalam fikiran kita apabila mengeluarkan kenyataan itu..harap-harap xde pape yang berlaku kan..hehehe..Kredit to Rindok.com
Betol-betol Hangat! Sah Ally Iskandar Putus Tunang 30 Julai Lalu !!!
Oleh Kaki Wayang on
Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan. Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam.
“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak Nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”
“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.
Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu, “Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat- peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, Perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.
“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”
“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.

Kredit to: Diariartis