PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Khas Puasa! Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Oleh Kaki Wayang on

http://www.casavina.com/wp-content/uploads/2011/01/021.jpg

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.
 
1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut? 

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut? 

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib? 

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)? 

Jawapan :
 
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.
 
2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib. Niatnya ialah : " Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".
 
3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.
 
4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada' sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada' sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Edisi Khas Puasa! Memberus Gigi Selepas Azan Subuh

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaezMOff93pVNJ5p3A3coRugdqT2iBMht2Sg1EGJeLOZrTl2Gr3RnJSqBiS97dQlT9J9K1_HSM4MXmyhGarDvFQNf8inbrPIF6UH2sqzuN9C_Wkq53RD1AXL9ml4tv3BTFj8-Eg1T3Bd4Z/s1600/kucing+pun+berus+gigi.jpg

Assalamualaikum,
 
Adakah sah puasa saya sekiranya saya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
 
Sekian Terima Kasih.
 
Jawapan.
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Memberus Gigi Selepas Azan Subuh

Betol-betol Hangat! Kek lapis logo Sarawak Best dijamin halal!

Oleh Kaki Wayang on



Industri kek lapis Sarawak dijangka terus berkembang walaupun berdepan isu mentega Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi sejak beberapa hari lalu.

Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Sarawak menyediakan kemudahan untuk memastikan produk kek lapis Sarawak dijamin bersih dan bebas daripada penggunaan sebarang bahan tidak halal. Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatiman Abdullah, berkata ketika ini, enam pengusaha kek lapis di negeri ini sudah menerima pengiktirafan dan pengesahan jenama Sarawak Best kerana menyediakan amalan pengeluaran baik dalam penghasilan produk mereka.

Syarikat terbabit ialah Di’Wannie Cake House, Rabiah Amit Cake House, Mariam Cake House, D’Rieza Enterprise, Afifi Cake House, Saptuyah Cake House dan Kek Lapis Siti Payung.

“Pengiktirafan Sarawak Best ini dikeluarkan apabila pengusaha itu disahkan melaksanakan amalan pengeluaran baik iaitu memiliki premis atau kedai membuat kek itu bukannya membuat di rumah, premis serta peralatan membuat kek yang dijamin sentiasa bersih, tempat penyimpanan dan pembungkusan juga mesti bersih serta bahan yang digunakan tidak meragukan.

“Apabila menepati kriteria itu, kerajaan akan mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha terbabit dan semua produk enam syarikat yang menerima pengiktirafan Sarawak Best ketika ini disahkan halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak,” katanya.

Justeru, katanya, pengiktirafan Sarawak Best yang memberi jaminan semua produk halal dan bersih akan memastikan industri kek lapis terus kukuh.  Fatimah berkata, ketika ini enam produk Di’Wannie Cake House menerima pengiktirafan Sarawak Best; Rabiah Amit Cake House (6); Afifi Cake House (8) Saptuyah Cake House (6), Mariam Cake House (6); D'Rieza (3) manakala Kek Lapis Siti Payung pula dengan tujuh produk.

Katanya, usaha sedang dijalankan untuk memberi pengiktirafan sama kepada pengusaha kek lapis yang lain dengan syarat mereka memenuhi kriteria utama iaitu mesti mempunyai premis kedai atau kilang.

“Industri kek lapis Sarawak ini sebenarnya memberi pulangan besar bukan saja kepada pengusahanya malah menyumbang kepada pendapatan negeri,” katanya

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kek lapis logo Sarawak Best dijamin halal!

Betol-betol Hangat! Tempat tinggal Superman ditemui?

Oleh Kaki Wayang on

http://i48.tinypic.com/jhymc2.jpg 
 
DITEMUI secara tidak sengaja oleh dua pelombong yang mencari sumber baru, sesetengah pihak mungkin menyangka rangkaian gua kristal ini tempat digunakan Superman untuk memencilkan diri dalam filem superhero itu. Tiang putih menakjubkan ini membesar secara perlahan-lahan selama beratus-ratus tahun dalam gua di bawah permukaan Naica di Mexico.

Sepuluh tahun selepas penemuan menakjubkan itu, saintis mendesak kerajaan Mexico mendapatkan status Warisan Dunia Unesco bagi melindungi pembentukan unik itu untuk generasi akan datang.

“Ia satu daripada keajaiban dunia,” kata Juanma Garcia Ruiz, pakar geologi dari Instituto Andaluz de Las Ciencias de la Tierra di Sepanyol yang menjalankan kajian terhadap gua berkenaan.

Imej mengagumkan ini, yang dirakam oleh jurugambar terkenal Sepanyol, Javier Trueba menunjukkan kristal itu yang sebahagiannya berukuran sehingga 11 meter. Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana ia terbentuk secara tidak teratur di dalam gua itu. Lombong besar di Naica itu digali selama beberapa tahun. Namun pada 1975, sejumlah besar kawasan itu dikeringkan bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan dijalankan.

Apabila kering, kristal itu berhenti membesar, tetapi ia lebih 25 tahun sebelum dua pelombong menemui Gua Kristal yang luas itu. Turut ditemui ialah koleksi gipsum yang begitu banyak. Pembentukan tiang 290 meter di bawah permukaan berlaku apabila air yang sangat panas mula sejuk dan menjadi terperap dengan gipsum. Lama-kelamaan, kristal akan terbentuk di dalam air.

Satu daripada masalah besar yang masih dihadapi saintis yang berhasrat melakukan kajian di bawah permukaan di Naica ialah suhu. Kolam air panas yang terletak berhampiran Gua Kristal itu menyebabkan suhu di dalam gua itu sangat panas untuk membolehkan saintis kekal di dalamnya melebihi 10 minit pada sesuatu masa.

Mujur beberapa bahagian lain gua itu berhawa dingin. Profesor Garcia Ruis berkata: “Jika anda berada di bawah lombong itu, anda tidak boleh hidup lebih daripada dua minit. Suhunya tersangat panas.

“Bagaimanapun, lombong itu terlalu besar. Ada banyak ruang besar di bawah sana dan anda boleh memandu kereta menerusinya.” Beliau merancang kembali ke Naica tidak lama lagi untuk meneruskan kajian. Namun, dia menggesa usaha dilipat gandakan untuk memastikan kristal itu mendapat penjagaan baik.

“Kristal itu perlu dijaga dengan lebih baik. Ia sesuatu yang sungguh menakjubkan dan saya berpendapat masih ada orang di Mexico yang tidak tahu betapa pentingnya untuk memeliharanya sebaik mungkin. Saya berusaha meyakinkan penduduk Mexico supaya mendesak Naica dijadikan kawasan Warisan Dunia Unesco.

“Naica begitu unik dan peluang untuk memiliki satu lagi seumpamanya di dunia ini terlalu tipis.”
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tempat tinggal Superman ditemui?

Betol-betol Hangat!Baju Bruce Lee dilelong 9 kali lebih tinggi!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwRZxGg4YeuJ3VsCieU_rhPC2_7uc_XTcwKS8_At66wVmX9RCJR_RBQlue4lMmAb6t5jSwPKWbt6wK3wLz_jsJLbkMwVzbO3RBkwNJnrkdHv3mCL6gE549ZVT6xn-mu_Ylrjry598WDFYM/s400/bruce-lee.jpg 

Kot dipakai Bruce Lee dalam filem terakhirnya, Game of Death, dijual pada harga RM231,615 dalam sesi lelongan di Hong Kong, semalam. Nilai itu jauh lebih tinggi daripada anggaran awal. Sebanyak 13 barang milik aktor filem aksi itu dilelong dalam majlis itu. Antara yang ditawarkan, kot bulu berwarna biru tua yang dihasilkan pada 1973 untuk filem Game of Death. Filem itu mula ditayangkan kepada umum selepas Lee mati pada Julai 1973.

Sebelum lelongan, kot itu dijangka dijual pada harga kira-kira RM27,000 saja, tetapi seorang pengumpul barangan lama dari AS menawarkan harga hampir sembilan kali ganda daripada asal. Sepucuk surat ditulis Lee 45 tahun lalu (gambar) pula dijual pada harga RM154,127. Barangan lain yang dilelong termasuk kad keahlian Lee dalam satu pusat latihan kung fu serta sampul surat beralamat seorang pelajarnya di Hong Kong.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat!Baju Bruce Lee dilelong 9 kali lebih tinggi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...