Betol-betol Hangat! Kek lapis logo Sarawak Best dijamin halal!

Oleh Kaki Wayang on



Industri kek lapis Sarawak dijangka terus berkembang walaupun berdepan isu mentega Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi sejak beberapa hari lalu.

Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Sarawak menyediakan kemudahan untuk memastikan produk kek lapis Sarawak dijamin bersih dan bebas daripada penggunaan sebarang bahan tidak halal. Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatiman Abdullah, berkata ketika ini, enam pengusaha kek lapis di negeri ini sudah menerima pengiktirafan dan pengesahan jenama Sarawak Best kerana menyediakan amalan pengeluaran baik dalam penghasilan produk mereka.

Syarikat terbabit ialah Di’Wannie Cake House, Rabiah Amit Cake House, Mariam Cake House, D’Rieza Enterprise, Afifi Cake House, Saptuyah Cake House dan Kek Lapis Siti Payung.

“Pengiktirafan Sarawak Best ini dikeluarkan apabila pengusaha itu disahkan melaksanakan amalan pengeluaran baik iaitu memiliki premis atau kedai membuat kek itu bukannya membuat di rumah, premis serta peralatan membuat kek yang dijamin sentiasa bersih, tempat penyimpanan dan pembungkusan juga mesti bersih serta bahan yang digunakan tidak meragukan.

“Apabila menepati kriteria itu, kerajaan akan mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha terbabit dan semua produk enam syarikat yang menerima pengiktirafan Sarawak Best ketika ini disahkan halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak,” katanya.

Justeru, katanya, pengiktirafan Sarawak Best yang memberi jaminan semua produk halal dan bersih akan memastikan industri kek lapis terus kukuh.  Fatimah berkata, ketika ini enam produk Di’Wannie Cake House menerima pengiktirafan Sarawak Best; Rabiah Amit Cake House (6); Afifi Cake House (8) Saptuyah Cake House (6), Mariam Cake House (6); D'Rieza (3) manakala Kek Lapis Siti Payung pula dengan tujuh produk.

Katanya, usaha sedang dijalankan untuk memberi pengiktirafan sama kepada pengusaha kek lapis yang lain dengan syarat mereka memenuhi kriteria utama iaitu mesti mempunyai premis kedai atau kilang.

“Industri kek lapis Sarawak ini sebenarnya memberi pulangan besar bukan saja kepada pengusahanya malah menyumbang kepada pendapatan negeri,” katanya

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...