PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Baling anak ke dinding!

Oleh Kaki Wayang on

http://kfk.kompas.com/image/preview/aW1hZ2VzL3Nma19waG90b3Mvc2ZrX3Bob3Rvc18xMjg2NTkyMjU2X3VjdWo5VVJOLmpwZw%3D%3D.jpg
Sekadar gambar hiasan | Tq to Mr Google

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.

Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini.

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.

“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.

P/s: Sedih kan bila ada manusia yang jadi macam ni..sedih dan simpati pada kedua-duanya..sedih pada lelaki tu sebab dia tak mampu kawal kemarahannya lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ni..sedih dan simpati pada anak lelakinya sebab diperlakukan seperti itu..BANGANG! kan dah kene bangang!!!Selamat berpuasa semua..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Baling anak ke dinding!

Betol-betol Hangat! Edisi Rusuhan! Pelajar Malaysia dibelasah di London!

Oleh Kaki Wayang on

SERANG...rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London. 

“Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20. Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.

Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka. Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.


“Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.

“Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.

“Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.

“Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana,” katanya.

Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London,” katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra).

P/s: Sejak berlakunya rusuhan..BBH tengok makin lama makin teruk dah London..kejadian curi, rompak, vandalisme dan macam-macam lagi semakin teruk..diharapkan keadaan di sana akan kembali aman..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Edisi Rusuhan! Pelajar Malaysia dibelasah di London!

Edisi Khas! Jejari Runcing - "Sudah Tersurat, Aku Redha"

Oleh Kaki Wayang on

http://www.meow.my/wp-content/uploads/2011/08/pix_gal0.jpg

Begitulah kisahnya apabila hubungan Elia dan Khairul Fahmi Che Mat berakhir walaupun bukan secara rasminya mengikut adat menurut Elia aka Jejari Runcing..setelah membacanya..aku dapat simpulkan satu benda sahaja..Kita merancang Allah SWT yang menentukan..walau apa pun yang kita rancang..sekuat mana pun usaha kita hanya Allah sahaja yang akan menentukan akan keberhasilannya..

Jom kita baca luahan hati Elia si Jejari Runcing ini yang bertajuk "Sudah Tersurat, Aku Redha"..Semoga selepas ini tidak ada lagi kata-kata fitnah atau apa jua kata-kata negatif dilemparkan kepada kedua-dua pihak..
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Jejari Runcing - "Sudah Tersurat, Aku Redha"

Edisi Khas Lawak Tak Lawak! Pekerjaan yang menguntungkan

Oleh Kaki Wayang on



“Samad, awak pasti ke nak jadi doktor mata macam bapa kamu?”

“Tidak cikgu, saya ingin menjadi doktor gigi!”

“Doktor gigi?Kenapa?Bukan ke doktor mata kerja yang  menguntungkan?”

Betul. Tapi manusia hanya ada 2 pasang mata jer, sedangkan gigi ada 32 batang!”

Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Lawak Tak Lawak! Pekerjaan yang menguntungkan

Edisi Khas Lawak Tak Lawak! Masalah pendengaran!

Oleh Kaki Wayang on



Udin pergi berjumpa dengan doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.

“Entahlah, doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”

“Okey, cuba buat macam ni. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan itu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.

Dari jarak 6 meter dia berteriak, “makan apa kita malam ni?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan.

Begitu juga pada jarak 3 meter. Akhirnya, dia berdiri disamping isterinya.

“Makan apa kita malam ni?” katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit.

“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!”

Rupa-rupanya si Udin yang pekak!

Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Lawak Tak Lawak! Masalah pendengaran!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...