PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Manchester United tewaskan Spurs 3-0

Oleh Kaki Wayang on


MANCHESTER: Manchestar United melakukan permulaan baik di gelanggang sendiri musim baru Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Tottenham Hotspurs 3-0 di Old Trafford, sebentar tadi. Juara liga musim lalu itu memperoleh gol pembukaan menerusi penyerang mudanya, Danny Welback pada minit ke-61. 

Welback kemudian mencipta peluang kepada Anderson sebelum sepakan kencang pemain Brazil itu menggegar gawang pada minit ke-75. Penyerang England, Wayne Rooney tidak mempersiakan hantaran lintang Ryan Giggs untuk menanduk masuk gol ketiga United pada minit ke-86.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Manchester United tewaskan Spurs 3-0

Betol-betol Hangat! Gigih Menyiapkan Kad Raya Kengkawan Blogger!

Oleh Kaki Wayang on

Hahahahaha..minggu ni last kalau ada yang masih nak join..kalau dah takde pon tak pe..dah tak larat nak menulis ucapan kat kad raya..hehe..JOIN KAT SINI!!!

Apepun thanks pada yang join yer..ni aku nak update ckit..antara gambar kad yang aku dah siap wat..siap ngan ucapan tulisan tangan lagi..kalau tulisan tak chanteq tu mintak maaf lah yerrr...



Amacam ok tak..so, korang kenelah bersabar yerrr..banyak tu nak kena tulis..pastu nak kene letak "sign D'Informationz" ckit kat situ..dan .....upssss tak leh cakap sekarang..dan yang dapat DUIT RAYA tu tahniah lah yer..yang bertuah je tau...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Gigih Menyiapkan Kad Raya Kengkawan Blogger!

Betol-betol Hangat! Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTnhqAqBQ7w7ltvWJ4St-dWz_t4f18EInch3s6mAeeFiI8evHAk64CCy8u42pUWmCpTROESilCoa_SEdZ2Mq1crVqzTlR_bIQ9DmIbJCJF3_rSe9Qb1kufak96mgXPMyvdZLYnb_skMGY/s400/Pantun.jpg

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sumber: Budiey.com

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri!

Betol-betol Hangat! Koleksi Pantun Bertudung dan Berfesyen #2!

Oleh Kaki Wayang on

http://kashifiat.files.wordpress.com/2010/04/hijab-ban1.jpg 

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Sumber: istimewa2u

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Koleksi Pantun Bertudung dan Berfesyen #2!

Betol-betol Hangat! Koleksi Pantun Bertudung dan Berfesyen #1!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLyM6V0vTG5JNxIyuhMlvg7D3Hx9usLOkbAkFC4Fzn16IgILM4N1cYEYMUzQRJVFbeFzasQ337UHEX98f7O_1BBRUdhc6-qUykgQKpyo0-1ydh9Z27an4oge417L7zyNGdEqJcC8HbfS5c/s1600/hijab+wallpapers%252847%2529.jpg 

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat  

Sumber: istimewa2u
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Koleksi Pantun Bertudung dan Berfesyen #1!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...