Norhayati membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Selain kes khalwat itu, pada 20 Ogos tahun lalu Raja Azmi juga ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini, kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Kes Khalwat digugurkan!
Oleh Kaki Wayang on
“Hari raya tahun ini lebih bermakna bagi saya selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat keputusan saya dibebaskan dan tiada kes khalwat antara saya dengan Roslin,” kata penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dalam nada yang ceria.
Dia berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam, selepas pihak Jawi dalam siasatan mereka mendapati tiada kes khalwat berlaku antara Raja Azmi dan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim.
“Kejadian ini (tuduhan khalwat) berlaku pada Ramadan tahun lalu bagaimanapun Ramadan tahun ini semuanya sudah berakhir. Saya bersyukur kerana mendapat berita gembira ini di bulan puasa,” kata isteri kepada bekas jaguh beregu negara, Jalani Sidek itu. Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara Rabu ini untuk mendedahkan ‘rahsia besar’ serta apa sebenarnya berlaku sehingga mengheret dia dan Roslin di dalam tuduhan khalwat itu.
“Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Saya akan tunjukkan bukti dalam sidang media itu nanti. Orang dah malukan kita, jadi inilah masanya saya bersihkan kembali nama saya yang tercemar,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai sidang media itu sehingga tiba hari sebenar. Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi, 52, dituduh berkhalwat dengan Roslin, 36, sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini jam 8.30 malam.
Norhayati membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Selain kes khalwat itu, pada 20 Ogos tahun lalu Raja Azmi juga ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini, kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.
Betol-betol Hangat! Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Hangat! Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI!
Betol-betol Sengal! Suami, Isteri berzina!
Oleh Kaki Wayang on
Macam pelik je kan bunyinyer tu..Suami dan Isteri berzina?..mana boleh..kan dah kahwin tu..tak kan berzina pula..sebelum tu baca artikel ini dulu..baru tau cerita sebenar..
Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.
Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.
Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.
Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.
Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.
“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.
“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.
Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.
“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya. “Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook. “Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.
Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.
“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.
“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur Suka Guam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya.
Ok, sekarang dah faham belum? Apa hukumnya apabila pengantin perempuan yang sepatutnya berwalikan ayah kandungnya bernikah tanpa wali yang sah yakni ayahnya? Fikir-fikirkan lah yerrr..semoga mendapat manfaat dan iktibar serta pengajaran daripada kisah ini...
P/s: Macam-macam perkara melanggar hukum Allah SWT sekarang ini..
Betol-betol Insaf! Allah SWT melarang perbuatan mengintip!
Oleh Kaki Wayang on
Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”
Al-Imam al-Tabari (Menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya.
Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain. Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”.
Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya. Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)
Betol-betol Hangat! Beli al-quran hanya yang berpelekat hologram, dilulus KDN
Oleh Kaki Wayang on
Umat Islam dinasihatkan hanya membeli Al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor berkata konsep hologram pada Al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lepas yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.
"Semasa memilih Al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram.
"Banyak Al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya semua teks Al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu. Sehubungan itu, beliau berkata pengedar dan pengeluar Al-Quran diberi masa sehingga Oktober ini untuk menyertakan pelekat hologram pada Al-Quran yang ingin dijual.
Sehingga kini Abd Aziz berkata sambutan agak menggalakkan dengan lebih 30,000 pelekat hologram telah terjual.
Katanya, mereka juga boleh mendapatkan pelekat itu di ibu pejabat Bahagian Kawalan enerbitan dan Teks Al-Quran di Putrajaya atau melalui negeri-negeri, kata beliau.