PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Panas! Khalwat: Raja Azmi mahu heret 3 individu ke mahkamah

Oleh Kaki Wayang on

 
Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 52 akan mengheret tiga individu ke mahkamah yang didakwanya terbabit dalam menjalani konspirasi fitnah berhubung kes tuduhan khalwat terhadap dirinya bersama bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 36. Tindakan itu timbul selepas keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang membebaskan mereka daripada tuduhan itu pada 19 Ogos lalu.

Bercakap kepada pihak media sempena sidang media berkenaan di Hotel Concorde petang semalam, Raja Azmi berkata, salah seorang daripada individu yang akan diheret itu ialah bekas isteri Roslin sendiri, Norhayati Othman kerana disyaki terbabit dalam konspirasi memfitnah dia dengan Roslin. Manakala dua lagi yang didakwa terbabit ialah salah seorang anggota keluarga terdekat kepada suaminya yang juga lagenda badminton negara, Jalani Sidek dan seorang tokoh bergelar Dato'.

Menurut pengarah ... Dalam Botol itu, dia mempunyai semua bukti untuk mengaitkan ketiga-tiga individu berkenaan berpakat memfitnah dan memburukan namanya dan seisi keluarga.

"Saya mengambil tindakan ini demi anak dan cucu saya. Saya tidak mahu suatu hari nanti cucu saya membuka internet dan mendapati neneknya pernah ditangkap khalwat.

"Justeru itu, selepas tindakan saman itu, saya akan mendapatkan perintah mahkamah supaya semua artikel mengenai kes khalwat saya dengan Roslin dipadamkan di internet," katanya dengan deraian air mata.

Raja Azmi yang gagal menahan sebak setiap kali menceritakan apa yang berlaku berkata, dia bagaimanapun bersedia memaafkan pihak yang menganiayanya sekiranya pihak terbabit sanggup mengakui kesilapan mereka secara terbuka.

"Saya perlu mengheret mereka ke mahkamah supaya permohonan menarik artikel yang disiarkan di internet dapat dipadamkan. "Saya bersedia untuk melaluinya (proses mahkamah) sekali lagi demi cucu saya dan demi maruah keluarga saya," katanya.

Selain Raja Azmi, sidang media berkenaan turut dihadiri suaminya, Jalani Sidek, Roslin Hashim, peguam mereka Roslizam Rahim dan juga beberapa orang saksi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes berkenaan. Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jalani di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang, bernombor 533, di sini, sekitar jam 8.30 malam.

Pada April lalu Norhayati telah membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Sementara itu, Roslin mengakui sehingga hari ini dia berasa tertekan dengan kejadian itu, apatah lagi telah menyebabkan hubungannya dengan keluarga terdekat turut berantakan.

"Selepas kes khalwat ini, baru saya nampak siapa sebenarnya dia (Norhayati)," kata Roslin berhubung siapa dalang terhadap tuduhan khalwatnya.

Roslin mendakwa dia tidak pernah menyangka bekas isterinya itu sanggup berkomplot dengan dua lagi individu untuk memfitnah dia dengan Raja Azmi dengan motif tertentu.

"Ketika di dalam mahkamah terhadap pengesahan lafaz cerai saya, baru saya sedar ada orang mengekori saya sebelum ini kerana segala pergerakan saya diketahui dan didedahkan. "Disebabkan kes khalwat itu juga, keluarga saya seolah-oleh makin menjauhkan diri tetapi saya sedar ujian ini ada hikmahnya. Perkara ini terbukti selepas saya dan Raja Azmi dibebaskan dari tuduhan khalwat," katanya tenang.

Sementara itu peguam mereka, Roslizam berkata, pihaknya sudahpun mendapat kenyataan lisan daripada pihak Jawi pada Isnin lepas yang membebaskan mereka dari sebarang tuduhan berkhalwat. Bagaimanapun dia masih menunggu kenyataan bertulis daripada jabatan berkenaan dalam masa terdekat.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Panas! Khalwat: Raja Azmi mahu heret 3 individu ke mahkamah

Betol-betol Hangat! SEGMEN: Saya Nak Kad Raya Dari Kaki Wayang!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmV6DSz5zubwZDlecjpluFpHS4WvOSMoF_lua89wjHJ_YuuWBC6cqJefKcju821k06sg4JNvktOqmrRBjFbSb74dSSGFex4fNC0VqYqRoPx7bzXcT5QVHT5RlW4vpT4Y9jIE2Vd7BWLgA/s1600/kad_raya_surau%5B1%5D.jpg

Kad raya makin kurang dapat sambutan?

Memang betol pun kan..semakin lama semakin ianya dilupakan..kalau dulu..pasangan kekasih selalu gunakan ini sebagai satu medium untuk berhubung..sambil menyelam minum air..sambil hantar kad raya..sempat lagi nak ucapkan kata-kata sayang dalam kad..siap bubuh bedak lagi kan (terkena batang hidung sendiri..hehehe)..

Bagi menghidupkan semula nostalgia ini..apa kata aku wat satu segmen untuk enghidupkan kembali tradisi lama yang cukup popular suatu ketika dulu..

Apa yang korang kena buat eh?
1. Sila letakkan HEADER Blog Betol-betol Hangat! di blog anda..
2. Letakkan SAYA NAK KAD RAYA DARI Kaki Wayang! dan link kan ke entri ini..
3. Kalau tak menyusahkan..sila tag kan 3 orang kawan blogger yang lain..(tujuan promosi) agar segmen ini mendapat sambutan.
4. Hantarkan alamat umah korang atau alamat pejabat..ke emel ini puterabiru84@yahoo.com agar aku leh hantarkan KAD RAYA special kat korang..

Kad Raya ini adalah Khas dari Blog Betol-betol Hangat!..semoga segmen ini menjadi satu titik permulaan untuk hidupkan kembali tradisi menghantar utusan Kad Raya kepada saudara seIslam, pasangan kekasih dan rakan-rakan blogger yang lain..Pasal traffic? InsyaAllah walaupun tak banyak korang pasti akan dapat juga nanti..dan sudah pasti aku akan jadi salah seorang FOLLOWER blog anda..

PERLU KE AKU TAMBAH DUIT RAYA EH? HEHEHEHEHE..!!!

TARIKH TUTUP: DAH TAMAT!!!!!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! SEGMEN: Saya Nak Kad Raya Dari Kaki Wayang!

Betol-betol Hangat! Pencarian Bloglist Terhebat

Oleh Kaki Wayang on

http://4.bp.blogspot.com/-qu9dz3-N_ac/TlPKmExtqFI/AAAAAAAAAqA/1OImFQ255yw/s1600/bloglist.png 
SAYA NAK JOIN sebab saya nak kenal lebih ramai lagi blogger baru macam saya..
NAK JOIN KLIK BANNER!!!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pencarian Bloglist Terhebat

Betol-betol Gempak! Yeayyyy akhirya dapat KAD RAYA!!!

Oleh Kaki Wayang on



Perghhhh..MACAM menang Piala Dunia..begitula kegembiraan yang jelas terpancar itcheuw (itu).

Alhamdulillah..kini sudah sampai ke 25 Ramadhan tinggal 8 jam lagi dah masuk dah hari yang ke 26 Ramadhan..penantian akhirnya tiba jugak..dapat jugak aku merasa KAD RAYA yang dah berkurun dan berabad lamanya tak pernah nak dapat..itulah kuasa blogging..ramai blogger yang buat segmen (seb baek aku join segmen  tu) nak bagi Kad Raya termasuklah aku..NI SEGMEN KAD RAYA aku..dan terima kasih kepada yang join..diketika ini Kad Raya anda kini sudah berada dalam perjalanan menuju ke alamat yang korang berikan..tunggu jelah yerrr..

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar SMS takut tak sempat
Hantar Kad Raya pun kira ok WHAT..!!!

KAD RAYA PERTAMA


Hari ni, saje nak bagitau..aku dapat Kad Raya dari MusicBrilliant..ape ek korang agak-agak MB sampaikan dalam Kad Raya ini? Meh baca yer..tulisannya agak cam budak-budak ckit..sebab apa ek? Sebab dia tulis guna pensel..ngeeee…hanya budak darjah 1-3 je yang pakai pensel..hahahaha..jangan marah haaa MB..Ok dia tulis macam ni..:-

Assalamualaikum, Kaki Wayang!
Bila nak belanja tengok wyg?
Ho-ho-ho! Btw,
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!
Maaf andai ada entri yang mengusik hati & perasaan.
Sekian.

Jawapan aku:-

Walaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh MB!..Kalau ko datang Muadzam Shah, kita leh g Kuantan..SURE aku belanja tengok wayang.. SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI jugak..!!! Entri ko xde satu pun yang berjaya mengguris hati ini..wah gitew..

KAD RAYA KEDUA


Kad kedua yang aku dapat ni datangnya dari Bro Eyriqazz..Blogger yang sangat aktif dengan aktiviti Nuffnang dan aktiviti berbuka puasa ketika ini..sejak seminggu ni..asyik post sal berbuka puasa jew..hahaha..Agaknya ape eh yang dia tuliskan dalam Kad Raya tu? Sebelum ke ucapan tu..dia ni seorang cikgu tau..pas tu dia suka berpantun..semua Kad Raya yang dia hantar kat sesape yang join..semuanya ada pantun..tulisan dalam kad ni agak macam tulisan DOKTOR ckit..hampir-hampir aku tak leh nak baca..ulang beberapa kali baru dapat baca dengan lancar..Meh baca meh..:-

Kaki Wayang nama nickname diberi,
Orangnya hensem kacak sekali,
Sekali pandang ada iras-iras Khairul Fahmi,
2 kali pandang, ada gaya jadi Imam Muda musim baru nanti

Selamat Hari Raya Eyriqazz ucapi,
Kad Raya seperti dijanji,
Sepuluh jari memohon maaf jika tersilap dan terkasar bahasa ini,
Terjahlah Eyriqazz.com hari-hari.

Jawapan aku tapi bukan balas pantun tau:-

Nama Kaki Wayang adalah ilham dari kekerapan aku menonton wayang setiap minggu..Buat pengetahuan Bro Eyriqazz..Aku ni tak de lah hensem atau kacak sekali..tapi hensem dan kacak banyak kali tau..ngeee (perasan)..Iras Khairul Fahmi??? tang mana tu..xde kot..kang Elia (bekas tunang KFCM) terpikat kat aku pula..Imam Muda? Amin Ya Rabbal Alamin..itulah yang aku harapkan..Nak dengar Azri (nama sebenar) bertilawah dan bertaranum ke? no hal..ce try..hehehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak..Azri juga ingin memohon maaf atas segala komen yang diberikan kat blog bro eyriqazz..kot lah ada yang terkasar bahasa..dan buat pengetahuan semua..Blog Great Teacher itu tiap hari aku terjah..termasuklah disaat aku menaip entri ini....

By the way..im not student actually..hehehehe..aku ni dah keje dah pun kat Politeknik Muadzam Shah, Pahang..ni kali “seratus” orang salah anggap aku ni student..biasalah muda lagi kan tu yang orang anggap student tu..(kembang hidong sekejap)..hari tu lagilah “Pelajar Politeknik Johan Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Merdeka Terbuka Kuala Lumpur”..hahahaha..dah lah masuk UTUSAN MALAYSIA pulak tu..salah maklumat pula..tak pe, tak pe..AKU sebenarnya mengambil maksud STUDENT (maksud tersirat)itu atas sebab-sebab aku masih lagi insan kerdil dan serba kamil yang belajar mengenai kehidupan, agama dan macam-macam lagi..yang penting aku masih baru dalam dunia blog..masih belajar..so, aku dikira sebagai STUDENT..

Apa-apa hal pun..Kaki Wayang aka Azri ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab utuskan Kad Raya yang dah berkurun san berabad aku tak dapat..Thanks to Music Brilliant and Bro Eyriqazz..SUPERB CARD!!!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Yeayyyy akhirya dapat KAD RAYA!!!

Betol-betol Sengal! Doktor dibunuh kejam

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang doktor yang bertugas di Penjara Bentong dibunuh dalam keadaan ngeri apabila kepalanya dipenggal hingga putus oleh penjaga kebun, seorang lelaki warga Bangladesh semalam. Dr. Harjit Singh, 61, dipercayai mati akibat ditetak pada pukul 8 malam tadi di rumahnya di kebun yang terletak 50 meter dari jalan di Kampung Sertik dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, mangsa dipercayai dibunuh ketika berehat di kerusi di anjung rumahnya.

"Polis menemui sebilah parang tidak jauh dari tempat kejadian yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak leher mangsa sehingga putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pekerja itu menyerang mangsa dari arah belakang dan dia dikatakan memenggal leher doktor terbabit sehingga putus. Beliau berkata, pembunuh tidak melarikan diri sebaliknya menyerah diri di tempat kejadian selepas menghubungi polis pada pukul 11. 40 malam tadi.

Katanya, kes itu di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat dan dipercayai berpunca dari salah faham namun motif sebenar kejadian masih disiasat. Mangsa adalah doktor yang bertugas secara kontrak di Penjara Bentong sejak tiga tahun lalu merupakan abang ipar kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Katanya, suspek pembunuhan kejam ini direman sehingga 29 Ogos depan bagi membantu siasatan. Dia bekerja di kebun tersebut sejak tiga tahun lalu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Doktor dibunuh kejam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...