PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Penerbit Filem Batman Cabul Pembantu Peribadi!!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.laweddie.com/wordpress/wp-content/uploads/2009/07/sexual-harassment.jpg
Sekadar gambar hiasan yang tak patut dicontohi!!!

Juri semalam mendapati penerbit filem, Jon Peters, 66, bersalah atas tuduhan mencabul dan mengarahkan lelaki itu yang terbabit dengan filem Batman supaya membayar lebih AS$3 juta (RM9 juta) kepada bekas pembantu peribadinya. 

Keputusan panel juri terdiri daripada sembilan wanita dan tiga lelaki itu membolehkan Shelly Morita, 44, menuntut bayaran pampasan RM9 juta itu. Shelly mendakwa Peters merangkak ke arahnya di atas katil dan menyentuhnya ketika mereka berhenti rehat dalam penggambaran filem Superman Returns di Australia pada 2006.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Penerbit Filem Batman Cabul Pembantu Peribadi!!

Betol-betol Gempak! Manchester United mengamuk, belasah Arsenal 8-2

Oleh Kaki Wayang on


Dua pasukan Manchester, Manchester United dan Manchester City unggul dalam pertembungan menentang kelab London awal pagi tadi apabila membelasah lawan masing-masing dengan jaringan besar, sekali gus meletakkan diri mereka selaku pilihan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini.

Penyandang juara, United menambah derita Arsenal menerusi kemenangan besar 8-2 di Old Trafford hasil ledakan hatrik Wayne Rooney, dua gol daripada Ashley Young dan Nani, Park Ji-Sung serta Danny Welbeck masing-masing tidak ketinggalan menyumbat satu gol.

Terdahulu, City pula membenam Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane. Edin Dzeko menjadi pemain pertama menyumbat empat gol dalam saingan Liga Perdana England musim ini manakala Samir Nasri mencipta gerakan untuk dua gol pembukaan dalam penampilan pertamanya ketika membantu Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane, semalam.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat City musim ini, sekali gus membolehkan skuad bimbingan Roberto Mancini itu terus menerajui liga dengan mengumpul sembilan mata maksimum dan menjadikan pasukan Eastland itu sebagai calon pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Manchester United mengamuk, belasah Arsenal 8-2

Betol-betol Sengal! Peniaga disimbah asid oleh isteri!

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang peniaga murtabak berusia 47 tahun, cedera di muka dan badan selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh isterinya di Kampung Kok Lanas dekat sini hari ini. Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi ketika peniaga terbabit yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun, sedang menyiapkan adunan murtabak di rumahnya. Salah seorang ahli saudara mangsa berkata, dua hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri itu namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.

"Mangsa memberitahu, isterinya tiba-tiba datang dan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke arahnya menggunakan bekas air dan mengenai muka dan badan sebelah kanan," kata ahli saudara mangsa itu yang enggan dikenali ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini. 

Menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian tersebut, lelaki itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penduduk kampung.

"Ketika kejadian, saya ada di rumah di Kampung Sokor dan orang kampung datang memberitahu, mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat. "Saya terus ke klinik untuk melihat keadaan mangsa. Bagaimanapun, dia terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Sehingga kini, katanya, keluarga mangsa belum sama ada untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut atau sebaliknya. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

P/s: Lagi, lagi kes simbah asid..suka sangat nak simbah menyimbah ni..adoih haihhh..macam-macamlah..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Peniaga disimbah asid oleh isteri!

Betol-betol Insaf! Hikmah Janda Insaf!

Oleh Kaki Wayang on


Ada yang menghantar surat berserta biodata lengkap seperti surat memohon kerja, meluahkan perasaan secara bertulis, malah tidak kurang yang lebih ‘gentleman’ berjumpa ayahnya semata-mata mahu menyampaikan hasrat di hati. Memegang status janda popular menyebabkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, menjadi perhatian ramai lelaki, sama ada orang kebanyakan mahupun berstatus VIP.

Lebih-lebih lagi kisahnya menjadi perhatian tiga tahun dulu berikutan kesanggupannya menjalani hukuman sebat atas kesalahan minum arak dan sejak itu setiap perkembangannya menjadi hiasan di dada akhbar hinggalah kisah perceraiannya dengan seorang warga Singapura. Namun, buat masa ini, tidak terlintas di hati wanita kelahiran Kampung Jawang, di sini, itu untuk mengakhiri zaman jandanya, apatah lagi dia baru kehilangan anak sulung, Mohamad Azfar Muhammad Affandi, 9, akibat lemas pada 8 Mei lalu. Kartika tidak menafikan tertarik dengan surat ‘lamaran’ diterima, namun individu yang melamarnya merahsiakan beberapa maklumat, terutama status terkini.

“Surat yang saya terima rata-rata menyertakan maklumat positif, namun saya terpaksa menolak kerana mereka masih berstatus suami orang. “Saya tidak percaya 100 peratus maklumat diberi, sebaliknya melakukan siasatan bagi memastikan ia benar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.

Menurutnya, dia tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain semata-mata mahu mengakhiri status janda kerana percaya faktor takdir yang pasti berbalik kepadanya jika melakukan sesuatu yang buruk. Katanya, bukan bermakna dia menutup pintu hatinya kepada lelaki lain selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Afandi Amir, 39, tahun lalu, tetapi Kartika enggan memikirkannya dalam masa terdekat.

“Saya baru mengambil alih perniagaan inap desa Perak River Safari daripada ayah dan tumpuan kini hanya kepada kerja untuk mempromosikannya yang diuruskan bersama dua abang saya. “Wanita mana tidak mahu hidup bersama lelaki bergelar suami, tetapi ia (berkahwin) bukan keutamaan saya dalam tempoh lima tahun ini. “Namun, jika ditakdirkan bertemu jodoh dalam tempoh itu, siapalah saya untuk menolaknya,” katanya.

Kartika berkata dia tidak meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati tetapi paling penting, lelaki berkenaan menerima anaknya, Wann Kaitlynn Saridewi Muhammad Affandi, 7.

Katanya, anak adalah keutamaannya kini, lebih-lebih lagi sejak melalui kejadian sedih yang meragut nyawa anak sulungnya ketika insan lain yang bergelar ibu gembira menyambut Hari Ibu. Bagaikan menjadi penawar duka, Kartika menerima seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang diberi seorang wanita seminggu selepas pemergian Azfar untuk dijadikan anak angkat. Kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Qaisara tidak dianggap pengganti Azfar, sebaliknya sebagai kawan kepada Wann Kaitlynn.

“Qaisara tidak akan sama dengan Azfar kerana anak sulung saya mempunyai tempat istimewa dalam hati saya dan dia (Azfar) tetap saya kenang dan sayang sehingga ke hujung nyawa. “Bagaimanapun, saya tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Qaisara kerana dia adalah amanah yang perlu saya pelihara dengan sewajarnya,” katanya.

Seperti Azfar, Qaisara tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa kerana mengalami masalah lembam tetapi Kartika reda menerima kekurangan anak angkatnya itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Hikmah Janda Insaf!

Betol-betol Sedih! Kami ditendang seperti haiwan!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam. 

“Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi, di sini, malam Khamis lalu. Muhammad Farzuan Romzi, 20, dan Fendi Abdul Latif, 21, masing-masing dari Teluk Bahang berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mereka mengunjungi rumah seorang rakan di Mutiara Apartment, Batu Ferringhi.

Bagaimanapun, Muhammad Farzuan berkata, rakannya yang menetap di tingkat empat tiada di rumah dan mereka menunggu di tepi tangga sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota SRS sebelum memukul mereka menggunakan kayu, besi dan topi keledar. Katanya, dia dan rakannya hampir pengsan selepas dibelasah tanpa belas kasihan dan mengalami lebam di seluruh anggota badan dan muka sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.


“Saya terkejut dengan kejadian itu dan lebih menyedihkan apabila dituduh cuba melakukan jenayah pecah rumah dan menghidu gam selain dibelasah dan diseret dari tingkat tiga hingga tingkat bawah tanpa belas kasihan serta diperlakukan seperti binatang,” katanya.

Fendi berkata, dia kesal kerana kumpulan lelaki itu mengambil tindakan tanpa usul periksa, selain trauma dengan kejadian terbabit. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Ferringghi, jam 11 pagi semalam bagi meminta polis melakukan siasatan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Kami ditendang seperti haiwan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...