PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! PUO naib johan hoki lelaki!

Oleh Kaki Wayang on


BARISAN pemain pasukan hoki lelaki Politeknik Ungku Omar ceria bersama medal kemenangan selaku naib juara Kejohanan Sukan Perak VI baru-baru ini. 
 

PASUKAN hoki Politeknik Ungku Omar (PUO) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul naib johan dalam acara hoki lelaki pada Kejohanan Sukan Perak (Super) VI yang diadakan di Manjung, Perak baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir tersebut, PUO terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Kinta dengan agregat 6-1. Bagaimanapun, kejayaan menduduki tempat kedua pada kejohanan tersebut merupakan antara pencapaian terbaik politeknik berkenaan.

Kejohanan pada 16 hingga 19 Mac lalu yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak merupakan medan pemilihan atlet mewakili negeri Perak ke Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang.

Sebanyak 10 daerah di negeri Perak mengambil bahagian dengan PUO, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sri Iskandar turut menyertainya sebagai pasukan jemputan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengurus pasukan PUO, Muhammad Arieef Hussain memberitahu kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik PUO dalam Super sejak menyertainya pada kali pertama pada tahun 2007. Ketika itu mereka menduduki tempat ketiga sahaja.

Ujarnya pencapaian membanggakan itu hasil daripada momentum pasukan setelah menduduki tempat ketiga dalam kejohanan hoki Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) tahun lalu.

“Ternyata pasukan yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Saiful Adzuan Ismail ini telah menunjukkan kematangannya hasil daripada latihan dan pendedahan melalui penyertaan pelbagai kejohanan dalam negara di samping perlawanan persahabatan yang kompetetif dan berterusan sepanjang tahun.

“Komitmen yang padu serta penerapan disiplin yang tinggi dalam kalangan pemain membuahkan hasil yang amat membanggakan,” kata Muhammad Arieef yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Tambahnya, kejayaan itu juga adalah hasil daripada komitmen pihak pengurusan PUO sendiri demi meneruskan budaya kecemerlangan sukan yang telah menjadi tradisi bagi politeknik tersebut. Antara sukan lain yang turut menempa kejayaan ialah pasukan bola jaring dan sepak takraw yang memperoleh tempat ketiga pada kejohanan yang sama.

Ini menunjukkan bahawa politeknik terutama PUO yang berstatus sebagai Politeknik Premier bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik malah, dalam bidang sukan juga.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! PUO naib johan hoki lelaki!

Betol-betol Fakta! 2.8 juta saksi final bola sepak Sukan Sea

Oleh Kaki Wayang on

 
SERAMAI 2.8 juta penonton di Malaysia terpaku di depan kaca televisyen menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea yang menemukan Malaysia dan Indonesia. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah itu, 1.4 juta menonton menerusi saluran televisyen berbayar Astro Arena, 1.1 juta menerusi stesen swasta TV3 dan 300,000 melalui TV1 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

“Jumlah ini menunjukkan bola sepak kembali menarik minat penonton di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, semalam.

Annuar berkata, kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula 2009, jumlah kehadiran penonton di stadium turut meningkat.

Beliau berkata, bagi musim 2011, jualan tiket bagi perlawanan Liga Malaysia naik 14.8 peratus berbanding 1.3 juta keping tiket yang dijual pada musim 2010.

“Berbanding 1.3 juta pada 2010, sebanyak 1.5 juta tiket dijual pada musim 2011,” katanya. Beliau berkata, perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan disaksikan sejuta penonton manakala final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu disaksikan 1.7 juta penonton.

Annuar berkata, minat penonton kembali ke stadium dan menonton televisyen adalah berdasarkan rentetan kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula dengan meraih emas Sukan Sea di Vientiane, Laos pada 2009, menjuarai kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 2010 dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Indonesia, baru-baru ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Fakta! 2.8 juta saksi final bola sepak Sukan Sea

Betol-betol Kejam! Tanam janin tepi sungai!

Oleh Kaki Wayang on

SEORANG penduduk Lorong Tenggiri menunjukkan tempat janin ditanam di kawasan tebing sungai, Lorong Tenggiri 10, Seberang Jaya.
Rasa curiga seorang wanita terhadap tindakan sepasang kekasih yang mengorek serta menimbus semula lubang yang mereka gali berhampiran sungai di Lorong Tenggiri 10, dekat sini, petang kelmarin membawa kepada penemuan janin. Wanita yang enggan dikenali itu, berkata dia berasa curiga apabila melihat pasangan terbabit memberhentikan motosikal mereka di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang dan menuju ke arah sungai berhampiran. 
 
“Saya nampak lelaki itu mengorek lubang menggunakan penyodok, manakala wanita yang berbaju kurung itu pula kelihatan gelisah sambil memerhati keadaan sekeliling.

“Saya hanya memerhati gerak geri mereka dari jauh sebelum mengejutkan suami yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pasangan berkenaan beredar dalam keadaan tergesa-gesa selepas mengambil masa kira-kira 20 minit mengorek serta menimbus semula lubang itu.

“Hati saya tertanya-tanya apa yang mereka tanam di kawasan berkenaan dan dengan ditemani suami, kami mengorek lubang itu. Suami saya mengorek dengan berhati-hati dan kami terkejut apabila menemui janin yang sudah cukup sifat di dalam lubang itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan awal mendapati janin itu berusia lima bulan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kejam! Tanam janin tepi sungai!

Betol-betol Realiti! Kelantan 'juara HIV' tiga tahun!

Oleh Kaki Wayang on

DARI kiri, Che Hanuni, Hasfizatulnisah dan Shuratini.
DARI kiri, Che Hanuni, Hasfizatulnisah dan Shuratini.
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diselar kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin apabila negeri itu menjadi 'juara' dengan mencatat jumlah pesakit HIV paling ramai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.  

“Untuk pengetahuan bukan saja pada 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang Kelantan."

“Mereka (PAS) hanya hendak yang baik-baik, perkara buruk semuanya milik orang lain. Jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari hingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang, manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang."


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Realiti! Kelantan 'juara HIV' tiga tahun!

Betol-betol Gempak! Lisa Surihani tempa Anugerah Artis Muda Cemerlang!

Oleh Kaki Wayang on


KETUA Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyampaikan Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO, Artis Muda Cemerlang kepada pelakon Lisa Surihani selepas menyampaikan ucapan dasar persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Lisa Surihani tempa Anugerah Artis Muda Cemerlang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...