Betol-betol Fakta! 2.8 juta saksi final bola sepak Sukan Sea

Oleh Kaki Wayang on

 
SERAMAI 2.8 juta penonton di Malaysia terpaku di depan kaca televisyen menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea yang menemukan Malaysia dan Indonesia. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah itu, 1.4 juta menonton menerusi saluran televisyen berbayar Astro Arena, 1.1 juta menerusi stesen swasta TV3 dan 300,000 melalui TV1 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

“Jumlah ini menunjukkan bola sepak kembali menarik minat penonton di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, semalam.

Annuar berkata, kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula 2009, jumlah kehadiran penonton di stadium turut meningkat.

Beliau berkata, bagi musim 2011, jualan tiket bagi perlawanan Liga Malaysia naik 14.8 peratus berbanding 1.3 juta keping tiket yang dijual pada musim 2010.

“Berbanding 1.3 juta pada 2010, sebanyak 1.5 juta tiket dijual pada musim 2011,” katanya. Beliau berkata, perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan disaksikan sejuta penonton manakala final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu disaksikan 1.7 juta penonton.

Annuar berkata, minat penonton kembali ke stadium dan menonton televisyen adalah berdasarkan rentetan kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula dengan meraih emas Sukan Sea di Vientiane, Laos pada 2009, menjuarai kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 2010 dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Indonesia, baru-baru ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...