PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Jumaat! Hukum Memakai Seluar Pendek!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Harimau Malaya! Buruan ke London belum tamat
Oleh Kaki Wayang on
 LALUAN SKUAD Harimau Muda ke temasya Olimpik London 2012 tampak sukar 
apabila kalah dalam tiga perlawanan berturut-turut pada sesi kelayakan 
peringkat Kumpulan C lalu. Bagaimanapun, harapan hanya akan kembali menyinar sekiranya mereka 
berjaya memenangi baki tiga perlawanan yang bermula Februari depan.
 Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd 
Amin berkata, baki tiga perlawanan perlu ditawan anak didik Ong Kim Swee
 bagi menebus kembali kekalahan sebelum ini.
 “Saya yakin mereka mampu mencipta kemenangan setelah mendapat rehat dan
 latihan yang cukup. Impian kita ke London masih belum berakhir kerana 
saya percaya mereka akan lakukan yang terbaik dalam siri tiga perlawanan
 tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian.
 Mengulas mengenai dakwaan habuan RM30,000 kepada pemain sempena 
kemenangan Sukan Sea 2011 menyebabkan kekalahan negara, Hamidin 
menegaskan ia dakwaan tidak berasas bagi menjejaskan reputasi bola sepak
 negara.
 “Habuan yang diberikan adalah setimpal dengan apa yang mereka lakukan 
untuk negara. Kekalahan kepada Bahrain terjadi kerana kita terlalu leka 
untuk mencatat kemenangan sedangkan perlawanan masih belum tamat. “Malah, mereka juga masih letih setelah melalui jadual perlawanan yang 
padat. Saya percaya pasukan akan lebih kuat dan mampu menang baki 
perlawanan selepas ini,” katanya.
 Skuad Olimpik yang diketuai Khairul Fahmi Che Mat tiada pilihan lain 
andai mahu mara ke London tahun depan dengan merebut slot play off dan 
pemain Kim Swee perlu menang kesemua pertemuan berdepan Jepun, Syria dan
 Bahrain serta mengharapkan pasukan tangga kedua kumpulan, Syria tewas 
kesemua baki perlawanan.
 Kali terakhir pasukan negara layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di 
Moscow, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah 
pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
 Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat.
Betol-betol Sengal! Dua pasangan kekasih berdepan tali gantung
Oleh Kaki Wayang on
Dua pasang kekasih menghadapi hukuman mati mandatori selepas didakwa 
di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan mengedar dadah. Pasangan pertama, T Ravinthran, 44 dan Rokiah Ahmad, 67, bagaimanapun 
tidak mengaku salah di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.
 Mengikut pertuduhan, mereka didapati mengedar dadah jenis heroin 
seberat 410.0 gram di sebuah rumah di Permatang Pasir, Kandang, jam 9.45
 malam, pada 17 November lalu. Sementara itu, Ong Weng Meng, 22 dan kekasihnya berusia 17 tahun turut 
didakwa mengedar dadar jenis methamphetamine seberat 90.0 gram.
 Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 November lalu kira-kira 
jam 4.30 petang di dalam kereta Toyota Vios dengan nombor pendaftaran 
MBN 8055 di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Banda Hilir.
 Kedua-dua pasangan terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)
 (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 
39b (2) akta sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun 
Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.
Betol-betol Sengal! Jerman larang pelajar solat
Oleh Kaki Wayang on
Sebuah mahkamah di Jerman menghalang seorang pelajar beragama Islam 
daripada menunaikan solat di dalam kawasan sekolah, walaupun selepas 
waktu pembelajaran kerana menganggap perbuatan itu sebagai gangguan 
kepada sekolah. Mahkamah persekutuan mendakwa perbuatan itu akan mencetuskan masalah di
 sekolah, walaupun mengakui hak untuk menunaikan solat di sekolah adalah
 kebebasan beragama yang dijamin perlembagaan negara.
 Menurut mahkamah, sekolah tinggi di Berlin mengambil tindakan betul 
apabila menghalang Yunus Mitschele, 18, menunaikan solat secara terbuka 
di dalam kawasan sekolah kerana mendakwa ia akan mencetuskan konflik 
antara pelajar berlainan agama.
  
 Selain menyokong lara-ngan pihak sekolah supaya pelajar tidak 
menunaikan solat, mahkamah turut memutuskan sekolah tersebut tidak perlu
 menyediakan bilik khas untuk pelajar Islam bersolat kerana ia di luar 
tanggungjawab pihak sekolah.
  
 Perbicaraan kes selama lebih dua tahun itu bermula apabila Yunus dan 
beberapa rakannya menunaikan solat secara berjemaah di koridor sekolah 
semasa waktu rehat pada 2007.
  
 Pengetua sekolah kemudian memberi amaran kepada remaja itu dan ibu 
bapanya bahawa menunaikan solat di sekolah tidak dibenarkan kerana 
didakwa akan menimbulkan masalah, menyebabkan Yunus membawa kes tersebut
 ke mahkamah.
  
 Kes itu menerima perhatian meluas di Jerman, negara dengan hampir empat
 juta penduduk beragama Islam, apabila keputusan dua mahkamah daerah 
sebelum ini menyebelahi Yunus sebelum ia ditarik balik mahkamah 
persekutuan.
Edisi Kaki Wayang! Kisah percintaan meruntun jiwa Ombak Rindu
Oleh Kaki Wayang on
 Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak 
Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan 
Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik 
jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu 
mengundang deraian air mata penonton. Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu
 Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.
 Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons 
kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya 
membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung 
yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya.
  
 Malah setiap kali 'Izzah' bermain dengan emosinya, penonton dapat 
merasai kesengsaraan dilaluinya, derita, sakit, gembira, bahagia serta 
ketulusan cinta pada suaminya Hariz.
  
 Jarang sekali kita dapat melihat hero filem mengalirkan air mata 
jantannya. Namun dalam filem ini, heronya Aaron Aziz yang menjayakan 
watak Hariz, ternyata banyak bermain dengan emosi dan air mata.
  
 Pendek kata, jika anda ingin melihat lakonan Aaron yang biasanya 
membawa watak jahat, samseng, ataupun kaki perempuan, maka Ombak Rindu 
adalah pilihan tepat.
  
 Malah jika anda ingin melihat Aaron sebagai 'Seth' dalam drama Nora 
Elena, anda juga perlu menonton filem ini kerana 'Hariz' lebih meruntun 
jiwa. Meskipun Hariz diselubungi dengan egonya, namun terselit sifat 
romantik membuatkan penonton 'cair'.
  
 Selain Maya dan Aaron, tampil dengan lakonan berkesan, Lisa juga tidak 
ketinggalan menampilkan lakonan cukup berbeza berbanding sebelum ini. 
Memegang watak Mila Emylia, Lisa berjaya menimbulkan rasa 'benci' 
penonton terhadap sikapnya yang panas baran dan degil.
  
 Namun dalam antagonisnya, masih terselit perasaan halus seorang wanita 
yang mahu mempertahankan cintanya terhadap Hariz sehingga melenyapkan 
rasa benci dan menimbulkan rasa kasihan padanya.
  
 Tidak kurang hebatnta dengan watak Mail, dipegang Bront Palarae. 
Walaupun hanya watak sampingan tapi ia memberi impak besar terhadap 
jalan cerita dan kehidupan Izzah dan Hariz. Cintanya ditolak 
mentah-mentah oleh Izzah tapi dia masih setia menunggu walaupun pada 
akhirnya dia menemui cinta lain.
  
 Secara keseluruhannya, sinematografi cantik dengan panorama indah di 
Pulau Langkawi, Kuala Kerpan, Alor Setar dan Tanah Tinggi Cameron 
Higlands, banyak membantu menimbulkan mood romantis.
 Walaupun ada beberapa babak yang 'blur' kesilapan itu boleh dimaafkan. 
Ditambah pula dengan keindahan lagu runut bunyi filem berkenaan yang 
dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, sehingga mampu membuai perasaan 
penonton.
  
 Ombak Rindu mengisahkan Izzah (Maya Karin), seorang gadis kampung 
dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur 
untuk dijadikan pelacur. Hariz adalah anak Datuk Sufiah, pemilik empayar
 perniagaan, telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk 
dijadikan perempuan simpanan,
  
 Namun, Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan 
hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut hak 
sebagai isteri.
  
 Namun, Hariz akhirnya jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan 
kelembutan. Konflik berlaku, apabila Hariz dipaksa Datuk Sufiah untuk 
menikahi Mila (Lisa Surihani). Hariz kemudiannya terlibat dengan 
kemalangan dan koma. Ketika ketiadaan Hariz, Datuk Sufiah telah 
menghalau Izzah keluar daripada rumah mereka. 
  
 Penulis kecil hati 
  
 Aura filem adaptasi novel, Ombak Rindu berjaya memainkan emosi 
penonton, namun penulis asal naskah ini, Fauziah Ashari, tidak dapat 
menghayatinya kerana baginya, filem ini tidak sama seperti karya 
asalnya. Dalam satu sidang media selepas pratonton filem Ombak Rindu, Fauziah melahirkan rasa kesal terhadap pihak penerbitnya.
  
 Menurut Fauziah, terdapat beberapa plot penting dalam novel tidak 
diangkat ke layar perak dan dialog yang digunakan dalam filem ini tidak 
seperti apa yang beliau sampaikan menerusi novelnya.
  
 “Saya pada awalnya memang tiada masalah untuk membenarkan karya saya 
ini diangkat kepada filem. Ketika pertama kali saya dirujuk oleh mereka,
 saya berfikiran terbuka dan berharap ianya lebih hebat. “Tetapi setelah selesai penggambarannya, saya kesal apabila banyak yang
 tidak sama daripada novel. Pada saya, ‘mood’ yang saya sampaikan dalam 
novel tidak sama,” katanya kepada Zass.
  
 Jelasnya lagi, jalan cerita dalam filem ini juga terlalu pendek dan tidak berbaloi dengan membaca novel asalnya. Malah, beliau bertambah kesal apabila tidak berpeluang bekerjasama untuk filem ini.
  
 "Selepas ini kalau ada pihak penerbit yang mahu mengadaptasi novel 
kepada filem, ajaklah penulis sertai produksi sebagai penasihat atau 
penulis skrip bersama.
  
 “Bukan apa, untuk mengelak daripada perkara sama berulang dan pasti 
masing-masing tidak selesa apabila ada masalah berbangkit,” katanya 
dengan nada tenang.








