Betol-betol Sengal! Dua pasangan kekasih berdepan tali gantung

Oleh Kaki Wayang on

Dua pasang kekasih menghadapi hukuman mati mandatori selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan mengedar dadah. Pasangan pertama, T Ravinthran, 44 dan Rokiah Ahmad, 67, bagaimanapun tidak mengaku salah di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati mengedar dadah jenis heroin seberat 410.0 gram di sebuah rumah di Permatang Pasir, Kandang, jam 9.45 malam, pada 17 November lalu. Sementara itu, Ong Weng Meng, 22 dan kekasihnya berusia 17 tahun turut didakwa mengedar dadar jenis methamphetamine seberat 90.0 gram.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 November lalu kira-kira jam 4.30 petang di dalam kereta Toyota Vios dengan nombor pendaftaran MBN 8055 di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Banda Hilir.

Kedua-dua pasangan terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39b (2) akta sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...