PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Hangat! Koleksi Header Blog!

Oleh Kaki Wayang on


Sumbangan: TNB

Sumbangan: TNB 

Sumbangan: TNB







Entri ini akan memaparkan beberapa koleksi header blog kreatif..kalau korang nak..silakan..ambil dengan izin yer..jangan main ambik je..tak baik!!!
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Koleksi Header Blog!

Betol-betol Hangat! Nak Naik Gaji? Kena Ikut Syarat Ini - Kerajaan!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah akhirnya semakan gaji mengikut sistem baru telah dibuat..dan antara yang paling menarik adalah kenaikan gaji 7-13 peratus dalam struktur kenaikan yang baru. Dan dianggarkan kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred bagi mereka yang menepati syarat. 

Namun begitu kenaikan gaji ini walaubagaimanapun hanya akan dipenuhi seandainya kakitangan menandatangani kontrak bekerja dengan kerajaan sehingga berumur 60 tahun..dan pada ketika ini aku dah mula terbayang yang cucu dan cicit aku menggunakan dialog ini..

"Yeayyyy, yeayyy atok dah balik..atok dah balik.."
"Atok baru balik dari keje eh? Ada beli choki, choki tak?"

*Rasa nak lempang laju-laju je cucu dan cicit yang memanggil dengan gelaran itu..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Nak Naik Gaji? Kena Ikut Syarat Ini - Kerajaan!

Segmen: Senarai BLOG yang join "Kaki Wayang Nak Review Blog"!

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah..nampaknya sambutan hangat diterima dari ramai blogger-blogger..dan yang paling best dan terharunya..ada beberapa blogger yang aku rasa dah "FEYMES" dan LEBIH HEBAT berbanding dengan blog ini juga menyertai segmen yang tak seberapa ini..malah ranking diorang pun lebih tinggi dari blog ni..thanks..

Berikut merupakan senarai blog dan blogger yang menyertai segmen ini..jutaan terima kasih diucapkan kepada yang menyertai..sesungguhnya aku memang bertuah dengan adanya anda semua yang datang menyokong sesama blogger..

Apa yang diperlukan sekarang..daripada senarai ini, bagi memenuhi syarat yang ditetapkan..anda semua perlulah ke LINK yang telah disenarai ini dan kalau anda mahu sila FOLLOW blog mereka..tidak ada unsur paksaan cuma sekadar memenuhi syarat dan kriteria blog..List pertama yang berjaya untuk direview akan dikeluarkan pada minggu hadapan..bagi yang terpilih blog anda akan diiklankan selama seminggu..dan setiap minggu terdapat 5 blog yang bertuah untuk diiklankan secara percuma..menarik kan? So, apa tunggu lagi sila terjah mereka dulu sementara aku bersedia dan menaip "review" aku ini..

SENARAI BLOG


*******************

Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat blogger baru yang menyertai segmen ini..segmen ini masih dibuka..tidak ada halangan..dan mintak perbetulkan seandainya terdapat kesilapan pada link..kalau ada yang tertinggal pun gtau jugak k...

*******************
Sila baca selanjutnyaSegmen: Senarai BLOG yang join "Kaki Wayang Nak Review Blog"!

Betol-betol Simpati! Terkulai dibelit tali keledar

Oleh Kaki Wayang on

 MIKAIL...cuba bantu keluarkan mangsa. Gambar kecil, Suzimah.

“Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam.

Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan.

“Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. “Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan.

Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan.

“Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam.
Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan.

“Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. “Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan.

Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan. Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur.

“Saya terkilan kerana lambat terjun dalam kolam itu untuk menyelamatkannya, jika tidak mungkin wanita itu masih hidup,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, wanita terbabit yang memandu berseorangan dari Kuala Pilah ke Seremban, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaian dalam kereta itu.

Katanya, setiba di tempat kejadian berhampiran sebuah kolam, kereta mangsa cuba memotong treler yang membawa batu, namun gagal kerana ketika itu, sebuah bas henti-henti datang dari arah bertentangan.

“Mangsa cuba memasuki laluannya semula, namun bergesel dengan bahagian depan kanan treler berkenaan menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum keretanya terjunam dalam kolam.

“Keadaan kolam yang dalam menyebabkan orang ramai tidak dapat membantu membawa keluar mangsa dipercayai lemas,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas gagal keluar dipercayai kerana badannya terbelit tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Terkulai dibelit tali keledar

Betol-betol Sengal! Campak tepi jalan lepas gagal perkosa

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita berusia 35 tahun melalui detik cemas apabila diserang dua lelaki yang mengacukan pisau dan memaksanya menaiki sebuah pacuan empat roda. Wanita terbabit yang bimbang dicederakan menaiki kenderaan itu sebelum dibawa lari.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran Pandan Indah, di sini, baru saja meletakkan kenderaan sebelum dihampiri sebuah kenderaan lain.

“Mangsa terkejut sebaik seorang lelaki turun dan mengacukan pisau” katanya. Menurutnya, mangsa dipercayai mahu dibawa ke kawasan lain. “Suspek cuba merogol mangsa di dalam kenderaan berkenaan namun mangsa meronta-ronta dan menjerit ketakutan.

“Suspek menumbuk dan menampar mukanya serta memberi amaran supaya berdiam sekiranya tidak mahu dicederakan dan dirogol,” katanya.

Beliau berkata, beberapa jam kemudian suspek memberhentikan kereta dan mencampak mangsa di kawasan Taman Melawati, di sini. Mangsa yang cedera di muka dan badan menghubungi kakaknya sebelum dibawa ke hospital serta membuat laporan di balai polis berhampiran. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Campak tepi jalan lepas gagal perkosa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...