PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Informasi! Hanya borang asli mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)!
Oleh Kaki Wayang on
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan
fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon
perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi
asli.
“Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang
dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada
pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor
Ganu, di sini semalam.
Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah. Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang
permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya. Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi
bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak
memohon bantuan itu.
Edisi Sentap! Produk Daging Burger Ramly ada DNA Babi?
Oleh Kaki Wayang on
Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger
Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu
mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah
baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu
dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan
ia mengandungi DNA babi. Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.
Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.
“Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100 peratus kumpulan
syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik
berat soal hukum halal haram.
“Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama,” katanya. Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.
Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.
Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.
Jabatan Kesihatan Kedah ketika diminta membuat penjelasan perkara itu mengesahkan ada mengambil sampel terhadap produk franfurter lembu jenama Ramly untuk dianalisis.
Edisi Sentap! Kejadian solat dua Jumaat masih berlaku di Terengganu!
Oleh Kaki Wayang on
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian
dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran masih berlaku di
beberapa daerah di negeri itu. Baginda bertitah kejadian itu berlaku disebabkan tidak wujud
persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang
dihadapi.
"Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan.
"Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin
umat Islam di negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan
Ismail di Chendering di sini hari ini.
Turut berangkat Yang DiPertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Sultan Mizan menyeru umat Islam di negeri itu supaya bersama-sama
mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak
yang bertelagah supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan sejahtera.
Baginda turut menyeru umat Islam supaya sama-sama mengimarahkan masjid kerana tidak guna mendapat masjid yang cantik dan tersergam indah jika tidak digunakan dengan sebaiknya.
Sultan Mizan yang baru sahaja menamatkan tugas sebagai Yang DiPertuan Agong ke 13 dan dua anakanda baginda selepas itu bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di situ.
Masjid Sultan Ismail yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Raja di kalangan pendududuk tempatan, mula dibina dengan bangunan baru sejak tahun 2008 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta.
Masjid ia mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam sesuatu masa.
Sementara itu, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.
Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.
Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.
Baginda turut menyeru umat Islam supaya sama-sama mengimarahkan masjid kerana tidak guna mendapat masjid yang cantik dan tersergam indah jika tidak digunakan dengan sebaiknya.
Sultan Mizan yang baru sahaja menamatkan tugas sebagai Yang DiPertuan Agong ke 13 dan dua anakanda baginda selepas itu bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di situ.
Masjid Sultan Ismail yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Raja di kalangan pendududuk tempatan, mula dibina dengan bangunan baru sejak tahun 2008 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta.
Masjid ia mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam sesuatu masa.
Sementara itu, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.
Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.
Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.
Edisi Sentap! Gambar Nurul Ain Nordin Panas, Seksi!
Oleh Kaki Wayang on
NAMA Nurul Ain Nordin, 23, sebelum ini tiada siapa yang peduli apatah lagi ingin mencungkil siapakah gerangannya.
Namun, apabila gambar mirip aksi separuh bogelnya itu tersebar di internet ramai pula pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang siapakah gerangannya Nurul Ain dan tidak kurang juga yang mengeji dan menyifatkan penampilan pelakon yang baru setahun jagung itu sebagai melampau.
Sumber: SUARA PEOPLE
Edisi Sentap! Perkahwinan Pemuda Melayu dan Pemuda Gay di Gereja!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pemuda Melayu mencetuskan
kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang
lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web
bigayweddingproject.com. Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia
lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya
dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat. Laman web yang dipercayai menyokong
perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar
sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan
itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai
menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’. Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.
Menurut keterangan yang dipaparkan
bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu,
pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran
majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web
berkenaan.