PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Hangat! Gaji Safee Sali RM45,752!
Oleh Kaki Wayang on
ITU teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor. Malah lebih hebat lagi Safee juga dikatakan turut ditawarkan gaji
bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (PBNJ).
Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian
semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang
kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
"Safee sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut
esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11
pagi.
Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap
semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya," katanya.
Sekiranya Safee memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi
negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi
pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi
pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.
Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam
masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee beraksi bersama
pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.
Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi
suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan
kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan
baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.
Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee semalam,
pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi
dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.
Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh
mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak
Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA
menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga
profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin
sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan
keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.
Edisi Sentap! Terowong jadi tempat memadu kasih!
Oleh Kaki Wayang on
Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ
(Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan
Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela
mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.
Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu
jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam
terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas.
Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan
tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar. Penduduk,
Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang
disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi
tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.
“Kami pernah menangkap beberapa pasangan. Dulu
kawasan ini sunyi dan mereka suka memadu kasih di situ, malah pejalan kaki
pernah menemui tilam atau tikar di dalam terowong itu, selain ia menjadi
kawasan lepak Mat Gian.
“Pada waktu petang pula, terowong ini menjadi
pilihan pasangan pelajar untuk berasmara. Namun kini, gerai berdekatan mula
beroperasi dan ia dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat di dalam terowong
berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Menurut Nordin, keadaan itu juga menyebabkan
jemaah yang hendak ke masjid di situ untuk menunaikan solat Subuh takut
menggunakan terowong berkenaan.
Katanya, cadangan untuk membina pagar supaya laluan itu boleh ditutup pada waktu malam diaju kepada pihak bertanggungjawab, tetapi ia tidak dapat dilaksana kerana tiada individu yang sanggup memegang kunci pagar bagi menjaga laluan berkenaan.
Seorang lagi penduduk, Noorazman Ali, 40, berkata
selain menjadi lokasi pasangan bercinta, terowong berkenaan juga kerap dinaiki
air setiap kali hujan lebat. Katanya, keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang menghubungkan
longkang di terowong itu dengan longkang berhampiran tidak diselenggara dengan
baik.
“Setiap kali hujan lebat terowong ini dinaiki air
kerana longkang sedia ada tidak dapat mengalirkan air keluar. “Keadaan ini
menyukarkan pengguna untuk melalui terowong berkenaan, malah keadaan sistem
perparitan yang tidak diselenggara dikhuatiri mengundang serangan haiwan
berbisa,” katanya.
Menurut Noorazman, keadaan terowong berkenaan
bertambah bahaya apabila lampu yang disediakan rosak sehingga laluan itu gelap.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Abdul Razif
Ibrahim, berkata pihaknya akan mengarahkan kakitangan jabatan itu untuk turun
padang meninjau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan segera.
“Bagaimanapun, cadangan memasang pagar tidak dapat dilaksanakan kerana ia laluan awam dan kami tidak boleh menutupnya,” katanya
Edisi Hangat! Harga Perodua Alza SR lebih murah!
Oleh Kaki Wayang on
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkenalkan
varian terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza SR dengan
harga jualan lebih rendah sebagai tambahan kepada varian sedia ada
dengan tempahan dibuka mulai esok Khamis.
Model Alza berkuasa 1.5 Liter (L) pertama kali diperkenalkan pada
2009, menerima sambutan memberangsangkan apabila mencatat jualan
sebanyak 37,400 unit sepanjang tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada
rekod jualan sebanyak 180,000 unit kenderaan keluaran syarikat itu.
Antara ciri perbezaan model Alza SR dengan model varian standard ialah penggunaan satu warna bagi papan pemuka serta hiasan dalaman berbanding dua tona, tidak dilengkapi beg udara keselamatan dan sistem brek anti kunci (ABS) serta tidak dilengkapi sistem kawalan audio di stereng.
Ciri lain seperti rim sport, sistem kunci penggera keselamatan,
sistem audio pemain cakera padat (CD) dan padanan kerusi fabrik masih
ditawarkan kepada pembeli dengan pilihan enjin transmisi manual serta
automatik.
Sumber automotif berkata, model Alza SR yang membawa maksud pemanduan bijak (Smart Ride) itu ditawarkan pada harga jualan RM53,013.50 bagi model manual manakala RM56,013.50 bagi automatik dengan pengurangan harga kira-kira RM2,000 lebih.
Berdasarkan harga jualan dalam laman web rasmi Perodua, harga jualan bagi model Alza 1.5 L varian GX (manual) ialah RM55,503.50 manakala model varian 1.5L EZ (automatik) ialah RM58,503.50. Bagi model versi Advance pula ditawarkan pada harga RM64,203.50 (automatik). Sementara itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam ucapannya ketika majlis makan tengah hari bersama media sempena sambutan Tahun Baru Cina semalam berkata, pengguna boleh mengharapkan sesuatu yang ‘menarik’ di semua bilik pameran Perodua pada Khamis ini, namun enggan mendedahkan apa tarikan itu.
Difahamkan, pengenalan model Alza SR pada harga cukup berdaya saing
berbanding model standard adalah susulan garis panduan baru Bank Negara
Malaysia (BNM) yang memerlukan institusi kewangan tempatan membuat
penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang
memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Seorang jurujual kereta Perodua ketika dihubungi berkata, pengenalan harga model Alza SR pada harga rendah membolehkan seseorang pembeli mendapat pembiayaan penuh dalam pinjaman kenderaan berbanding kaedah sekarang yang memerlukan seseorang itu menyediakan deposit tinggi. “Model ini lebih kepada model mampu milik dengan beberapa ciri penting tidak dilengkapi, namun tempahan boleh dibuat dan tempoh penyerahan kereta ini bergantung kepada kelulusan bank,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam.
Edisi Hangat! Gambar Pra Perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram!
Oleh Kaki Wayang on
Sedang seluruh peminat hiburan Malaysia berteka teki akan bilakah bakal berlangsung’nya majlis perkahwinan pasangan ini, kami ada sesuatu untuk anda semua. Minggu lalu, kami menerima satu e-mail dari seorang peminat yang turut menyertakan sekeping foto Fasha Sandha & Rizal Ashram.
Menarik’nya, pengirim ini seperti tahu secara terperinci akan apa
yang berlaku di’sebalik gambar nan sekeping ini dengan bekalkan kami
maklumat berkaitan.
Rotikaya.com di’maklumkan yang gambar
ini merupakan dari satu sessi fotografi pra perkahwinan Fasha Sandha
& Rizal Ashram (Jejai) yang berlangsung sekitar Disember 2011 yang
lalu di’sebuah lokasi rahsia. Heh.
Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabar mengenakan persalinan dari
pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini untuk sessi fotografi pra
perkahwinan yang penuh misteri & tanda tanya ini.
Jika anda perasan, di jari manis Rizal Ashram
dalam gambar ini tersarung sebentuk cincin — tidak kami miliki sebarang
maklumat sahih, tetapi mari kita berspekulasi yang itu merupakan cincin
pertunangan mereka.
Kredit: Rotikaya
Kredit: Rotikaya
Ediisi Hangat! Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh Part 2!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang peminat yang menggunakan nama
samaran @kami_anti (kami anti Shilaamzah) menimbulkan kekecohan di lama
sosial twitter apabila menuduh penyanyi jelita, Shila Amzah sebagai
pembunuh. Menurut pemilik akaun Twitter tersebut, dia membuka akaun itu
semata-mata mahu meluahkan perasaannya dan serta merta menuduh Shila
Amzah sebagai penyebab kematian rakannya.
“Aku buat Twitter niw c0z nak luahkan apa yang aku rasa!
“Shila Amzah pembunuh!
“Sbb kaw kawan aku mati!!
“LW kwn aq mati, bergaduh c0z Shila! Walaupun dulu aq mnat dia,” kata peminat tersebut di laman Twitter itu.
Bagaimanapun, Shila Amzah yang sedih dengan tuduhan itu hanya menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi golongan artis dan tidak mahu mengambil serius terhadap kenyataan yang cuba mencalarkan imejnya.
“I wonder banyak betul masa nak create accounts haters for me :).
“I’m feeling so down,” kata Shila yang juga merupakan anak kepada penyanyi, ND Lala.
“Why? Just ignore je haters tu… Always pray 4 ur succes…,” kata mr_ikhwaan pula kepada penyanyi pujaannya itu.
Shila Amzah merupakan antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) dan berjaya memukau ramai peminat dengan persembahannya membawakan lagu Beribu Sesalan bersama Ning Baizura serta Jaclyn Victor yang mempersonakan baru-baru ini.
“Aku buat Twitter niw c0z nak luahkan apa yang aku rasa!
“Shila Amzah pembunuh!
“Sbb kaw kawan aku mati!!
“LW kwn aq mati, bergaduh c0z Shila! Walaupun dulu aq mnat dia,” kata peminat tersebut di laman Twitter itu.
Bagaimanapun, Shila Amzah yang sedih dengan tuduhan itu hanya menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi golongan artis dan tidak mahu mengambil serius terhadap kenyataan yang cuba mencalarkan imejnya.
“I’m feeling so down,” kata Shila yang juga merupakan anak kepada penyanyi, ND Lala.
Kesedihan penyanyi yang diminati ramai itu bagaimanapun mendapar
perhatian para peminatnya yang tidak putus-putus memberi semangat dan
memujuk penyanyi lagu popular ‘Patah Seribu’ itu.
“Don’t be like that dear. U can face dis. U r very talented artist =),” komen peminat @nora_cougar.“Why? Just ignore je haters tu… Always pray 4 ur succes…,” kata mr_ikhwaan pula kepada penyanyi pujaannya itu.
Shila Amzah merupakan antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) dan berjaya memukau ramai peminat dengan persembahannya membawakan lagu Beribu Sesalan bersama Ning Baizura serta Jaclyn Victor yang mempersonakan baru-baru ini.