Edisi Hangat! Gambar Pra Perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram!

Oleh Kaki Wayang on



Sedang seluruh peminat hiburan Malaysia berteka teki akan bilakah bakal berlangsung’nya majlis perkahwinan pasangan ini, kami ada sesuatu untuk anda semua. Minggu lalu, kami menerima satu e-mail dari seorang peminat yang turut menyertakan sekeping foto Fasha Sandha & Rizal Ashram.
Menarik’nya, pengirim ini seperti tahu secara terperinci akan apa yang berlaku di’sebalik gambar nan sekeping ini dengan bekalkan kami maklumat berkaitan.
Rotikaya.com di’maklumkan yang gambar ini merupakan dari satu sessi fotografi pra perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) yang berlangsung sekitar Disember 2011 yang lalu di’sebuah lokasi rahsia. Heh.

Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabar mengenakan persalinan dari pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini untuk sessi fotografi pra perkahwinan yang penuh misteri & tanda tanya ini.



Jika anda perasan, di jari manis Rizal Ashram dalam gambar ini tersarung sebentuk cincin — tidak kami miliki sebarang maklumat sahih, tetapi mari kita berspekulasi yang itu merupakan cincin pertunangan mereka.

Kredit: Rotikaya

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...