PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Bapa dakwa terbeli susu tiruan - Anda diminta berhati-hati!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang
dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini,
pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk
putih yang menyerupai susu tepung.
Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap
bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar
itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung
asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya
berwarna krim.
Edisi Hangat! Dangi diiktiraf lelaki paling pendek di dunia!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah
kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki
paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa
pegawai Guinness World Records.
Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.
Edisi Sentap! Sumbat lembu dalam kereta!
Oleh Kaki Wayang on
Empat lelaki berusia 20 hingga 30-an melarikan diri apabila kereta
jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka terbabas sebelum
terhumban ke dalam parit di kawasan Perindustrian Waja Lama, ketika cuba
melarikan dua lembu kira-kira jam 3.30 pagi, semalam.
Edisi Hangat! Surat Dr. Mahathir kepada Ehud Barak akan didedah!
Oleh Kaki Wayang on
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menyiarkan surat
Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak
pada minggu depan. Perdana Menteri berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan
seluruh rakyat memahami tujuan sebenar Dr. Mahathir menghantar surat
berkenaan.
"Saya telah meminta supaya surat yang diutuskan oleh Dr. Mahathir itu disemak dan diberikan ulasan oleh Wisma Putra. "Saya telah semak surat itu dan mendapati ia boleh didedahkan kepada
pengetahuan umum... hari ini Ahad, esok atau lusa kita boleh
menyiarkannya kepada umum," katanya.
Dr. Mahathir baru-baru ini mengakui pernah menulis surat kepada dua
Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika
beliau menjadi Perdana Menteri.
Edisi Panas! Adakah Ini SURAT SULIT Tun Mahathir Kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak?
Oleh Kaki Wayang on

Korang baca sendiri ek..malas nak terangkan..lagipun tak nak ada spekulasi apa-apa pun..kang kena saman..ngeee..