PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Ngeri! Ditetak hingga bersepai otak!

Oleh Kaki Wayang on


 Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an maut dalam keadaan mengerikan dengan otaknya bersepai, manakala kedua-dua belah tangan hampir putus selepas ditetak dalam satu kejadian, lewat malam kelmarin. Kejadian sekitar jam 11.50 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berketurunan Cina sedang menonton televisyen di sebuah tokong dekat Kampung Besar, Berapit bersama dua rakannya sebelum mereka tiba- tiba didatangi empat lelaki bertopeng.
 
Rakan mangsa kemudiannya diarah beredar daripada tempat kejadian dan diminta untuk tidak masuk campur kerana ia adalah urusan antara mangsa dengan penyerang. Mangsa yang ketakutan bertindak lari menyelamatkan diri, namun, dikejar dan ditetak di bahagian kepala, tangan dan badan sebelum rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak hanya 15 meter dari tokong berkenaan.
 
Berikutan itu, mangsa yang tinggal di Taman Serumpun, Berapit mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika ditemui di lokasi memberitahu, berdasarkan siasa-tan awal, mangsa maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat ditetak menggunakan senjata tajam.
 
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan gerakan memburu keempat-empat suspek giat dijalankan. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Ditetak hingga bersepai otak!

Betol-betol Tegas! China larang siar iklan semasa drama!

Oleh Kaki Wayang on

Badan pemerhati atasan penyiaran China telah mengeluarkan larangan untuk menyiarkan iklan semasa tayangan drama terhadap semua stesen televisyen di negara itu.

Kenyataan dalam laman sesawang Pentadbiran Televisyen, Radio dan Filem Negeri (SARFT) menyebut larangan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan dan semua stesen perlu menyusun semula program serta menghentikan selingan penyiaran iklan komersial.

“Jika mana-mana stesen televisyen gagal mematuhi larangan ini, mereka akan dikenakan hukuman lebih tegas,” menurut SARFT lagi.

P/s: Kan bagus kalau ASTRO atau mana-mana syarikat penyiaran kat Malaysia ni terutamanya ASTRO mengikut langkah ini...
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Tegas! China larang siar iklan semasa drama!

Betol-betol Hangat! Iphone: Arahkan Siri dengan hanya bercakap!

Oleh Kaki Wayang on





OKTOBER lalu dunia digital dikejutkan dengan dua berita, kematian Steve Jobs, bapa kepada dunia gajet digital moden dan juga pelancaran iPhone 4s. Pada awalnya, iPhone 4s agak mengecewakan segelintir peminat telefon pintar keluaran Apple Inc. yang mengharapkan pelancaran iPhone 5.

Mujur kekecewaan itu hanya bersifat sementara apabila Siri, iaitu pembantu peribadi maya yang didatangkan bersama-sama iPhone 5 mengubah cara peminat teknologi menggunakan iPhone mereka. Siri tercetus hasil daripada teknologi kepintaran tiruan atau artificial intelligence (AI) yang dikatakan berasal daripada salah sebuah penyelidikan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) hampir 10 tahun lalu.

Pengguna boleh memberikan arahan secara lisan kepada Siri untuk melaksanakan sesebuah tugasan. Sebagai contoh, pengguna boleh mengarahkan gajet itu untuk mengingatkan sesuatu temu janji beberapa jam sebelum ia berlangsung atau bertanyakan ramalan cuaca untuk sepanjang minggu.

Sungguhpun teknologi pengecaman suara telah wujud sejak lebih sedekad yang lalu, namun ia agak terbatas kepada kawalan aplikasi tertentu.




Ini dapat dilihat melalui ciri mendail menggunakan suara yang terdapat pada beberapa jenis telefon bimbit sejak penghujung tahun 90-an lagi. Terdapat juga telefon yang boleh melancarkan aplikasi tertentu dengan menyebutkan nama aplikasi tersebut, tetapi teknologi itu boleh dikatakan ‘rapuh’. Ia seringkali mengalami kekeliruan dan melakukan kesilapan mendail individu yang berlainan atau melancarkan aplikasi yang berbeza dari yang diarahkan.

Kehebatan pembantu peribadi maya Siri terbukti dengan kemampuannya menganalisis perkataan dalam bahasa Inggeris dan seterusnya melaksanakan arahan. Siri juga boleh menghantar e-mel, membuat carian Google, membuat panggilan telefon dan menjadi rujukan pandu arah dengan bantuan aplikasi peta digital. Semua itu boleh dilakukan dengan hanya ‘bercakap’ dengan Siri.

Pengguna boleh memanfaatkan lebih dari 10 aplikasi yang terdapat pada iPhone menggunakan aplikasi suara Siri. Teknologi kawalan berasaskan suara itu benar-benar mengungkap kembali nostalgia penulis sekitar tahun 1980-an yang ketika itu obses dengan siri drama aksi Knight Rider lakonan David Hasselhoff yang mengetengahkan teknologi mempunyai ciri mirip siri yang dinamakan KITT.




Sama seperti KITT, Siri mampu berinteraksi dengan manusia seakan-akan ia memahami bukan sahaja apa yang dituturkan malah apa yang tersirat, walaupun ia tidak boleh menganalisis emosi manusia. Apa yang pasti, Siri masih lagi hijau dan memerlukan banyak lagi penambahbaikan bagi menjadikannya pembantu peribadi yang lebih efisien.

Bagaimanapun buat masa ini, maklumat yang dipadatkan pada Siri lebih berkisar kepada AS, negara ia dibangunkan. Tidak mustahil jika sedikit masa lagi, Siri mampu berfikir dan memberikan cadangan yang selari dengan kedudukan geografinya dan memahami perkataan-perkataan slanga setempat yang mungkin tidak terdapat pada enjin carian web.



P/s: Minat kepada iPhone kini sudah hilang..minat kat Samsung Galaxy S ll dan Samsung Galaxy Note pula..minat jelaa..beli belum tentu lagi.. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Iphone: Arahkan Siri dengan hanya bercakap!

Betol-betol Hangat! PUO naib johan hoki lelaki!

Oleh Kaki Wayang on


BARISAN pemain pasukan hoki lelaki Politeknik Ungku Omar ceria bersama medal kemenangan selaku naib juara Kejohanan Sukan Perak VI baru-baru ini. 
 

PASUKAN hoki Politeknik Ungku Omar (PUO) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul naib johan dalam acara hoki lelaki pada Kejohanan Sukan Perak (Super) VI yang diadakan di Manjung, Perak baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir tersebut, PUO terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Kinta dengan agregat 6-1. Bagaimanapun, kejayaan menduduki tempat kedua pada kejohanan tersebut merupakan antara pencapaian terbaik politeknik berkenaan.

Kejohanan pada 16 hingga 19 Mac lalu yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak merupakan medan pemilihan atlet mewakili negeri Perak ke Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang.

Sebanyak 10 daerah di negeri Perak mengambil bahagian dengan PUO, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sri Iskandar turut menyertainya sebagai pasukan jemputan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengurus pasukan PUO, Muhammad Arieef Hussain memberitahu kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik PUO dalam Super sejak menyertainya pada kali pertama pada tahun 2007. Ketika itu mereka menduduki tempat ketiga sahaja.

Ujarnya pencapaian membanggakan itu hasil daripada momentum pasukan setelah menduduki tempat ketiga dalam kejohanan hoki Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) tahun lalu.

“Ternyata pasukan yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Saiful Adzuan Ismail ini telah menunjukkan kematangannya hasil daripada latihan dan pendedahan melalui penyertaan pelbagai kejohanan dalam negara di samping perlawanan persahabatan yang kompetetif dan berterusan sepanjang tahun.

“Komitmen yang padu serta penerapan disiplin yang tinggi dalam kalangan pemain membuahkan hasil yang amat membanggakan,” kata Muhammad Arieef yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Tambahnya, kejayaan itu juga adalah hasil daripada komitmen pihak pengurusan PUO sendiri demi meneruskan budaya kecemerlangan sukan yang telah menjadi tradisi bagi politeknik tersebut. Antara sukan lain yang turut menempa kejayaan ialah pasukan bola jaring dan sepak takraw yang memperoleh tempat ketiga pada kejohanan yang sama.

Ini menunjukkan bahawa politeknik terutama PUO yang berstatus sebagai Politeknik Premier bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik malah, dalam bidang sukan juga.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! PUO naib johan hoki lelaki!

Betol-betol Fakta! 2.8 juta saksi final bola sepak Sukan Sea

Oleh Kaki Wayang on

 
SERAMAI 2.8 juta penonton di Malaysia terpaku di depan kaca televisyen menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea yang menemukan Malaysia dan Indonesia. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah itu, 1.4 juta menonton menerusi saluran televisyen berbayar Astro Arena, 1.1 juta menerusi stesen swasta TV3 dan 300,000 melalui TV1 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

“Jumlah ini menunjukkan bola sepak kembali menarik minat penonton di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, semalam.

Annuar berkata, kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula 2009, jumlah kehadiran penonton di stadium turut meningkat.

Beliau berkata, bagi musim 2011, jualan tiket bagi perlawanan Liga Malaysia naik 14.8 peratus berbanding 1.3 juta keping tiket yang dijual pada musim 2010.

“Berbanding 1.3 juta pada 2010, sebanyak 1.5 juta tiket dijual pada musim 2011,” katanya. Beliau berkata, perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan disaksikan sejuta penonton manakala final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu disaksikan 1.7 juta penonton.

Annuar berkata, minat penonton kembali ke stadium dan menonton televisyen adalah berdasarkan rentetan kejayaan skuad kebangsaan dan Harimau Muda bermula dengan meraih emas Sukan Sea di Vientiane, Laos pada 2009, menjuarai kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 2010 dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Indonesia, baru-baru ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Fakta! 2.8 juta saksi final bola sepak Sukan Sea
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...