PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Panas! (Gambar) Puteri Sarah Liyana & Teman Lelaki, Ammar Alfian Aziz!

Oleh Kaki Wayang on


Cerita ni sebenarnya dah lama dah kan..Cuma ianya muncul semua pada waktu ini..sambil berblogwalking kejap tadi terpandang akan satu tajuk dan gambar-gambar yang mengandungi gambar yang sangat “SOPAN” antara Puteri Sara Liyana dan Ammar Alfian ini..silakanlah korang tengok..

KAT SINI yer..

Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! (Gambar) Puteri Sarah Liyana & Teman Lelaki, Ammar Alfian Aziz!

Edisi Trafik Free! Nak Trafik Percuma? Nak Follower Ramai? Meh sini!

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah..sempat juga buat segmen khas untuk para blogger baru yang hensem-hensem dan comel-comel..kepada yang desperate sangat nak dapatkan trafik dan follower..apa kat korang join segmen ini..diharap mampu merealisasikan impian anda untuk mendapatkan follower yang banyak dan trafik percuma dengan wujudnya segmen ini..bagaimana nak lakukannya?


1. Letakkan banner blog ini sebagai syarat utama untuk join segmen ini.
2. Letakkan "Nak Trafik Percuma? Nak Follower Ramai?" sebagai tajuk utama entri.
3. Anda diwajibkan untuk menjadi follower ini kerana ada beberapa kejutan akan diberikan khas untuk follower baru dan pengunjung setia blog ini...
4. Sila tulis bila dan bagaimana anda bermula dan berminat untuk berblog.
5. Selepas itu, sila tinggalkan link entri anda di sini..selepas selesai semuanya..saya sebagai tuan punya segmen akan bagitahu langkah seterusnya apa yang perlu dibuat agar anda mendapat trafik percuma secara adil dan saksama..

Objektif:

Sepertimana yang anda tahu, sekarang ini ramai blogger baru yang muncul..pelbagai idea kreatif diwujudkan, pelbagai cerita dan genre blog dihasilkan bagi memeriahkan dunia blog di Malaysia..dan begitu ramai yang ping kat Facebook dan Twitter bagi tujuan untuk mendapatkan follower dan pembaca..Nah!!!dengan adanya segmen rasmi ini, diharap mampu membantu anda mencapai impian anda untuk mendapatkan follower dan trafik percuma dari sini...Jom!!! apa tunggu lagi..sila join sekarang..

Sila baca selanjutnyaEdisi Trafik Free! Nak Trafik Percuma? Nak Follower Ramai? Meh sini!

Edisi Sentap Mak! Mak aihh..Lombab boto internet ni!

Oleh Kaki Wayang on

 Gambar ini tidak ada kena mengena dengan entri occay!!!
(Gambar aku masa muda-muda)

Dalam dua minggu ni aku balik kampung menyebabkan aku rasa macam patah kaki je..memanglah seronok sebab dapat balik kampung..tapi yang menyebabkan aku rasa macam patah kaki ni sebab line internet sangat teruk..bayangkan GPRS je..tu sebab aku tak mampu nak update blog dalam tempoh dua minggu ni..tapi kalaulah aku ke bandar yang jauhnya dalam 17-20KM tu..memang aku update giler-giler..nak update 100 artikel...

So, kepada peminat dan pembaca Blog ini..minta ampun dan maaf kerana tidak ada entri update setakat ini..dikala ini aku menggunakan line GPRS ini cuba untuk merealisasikan entri ini untuk dipublishkan..dengan kuasa 18ratus sepuluh jam aku menaip dengan pantasnya agar line berukband ini tidak hilang..walau apa pun kepada pembaca setia..silakan terus menyokong blog ini tanpa hilang rasa tak puas hati sebab tak de entri terbaru...

Aku,

Kaki Wayang yang comel...sangat...uwekkkk!!!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Mak! Mak aihh..Lombab boto internet ni!

Edisi Sentap! Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian!

Oleh Kaki Wayang on

Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas. Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

Sumber: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian!

Edisi Hangat! Download Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200!

Oleh Kaki Wayang on

kepada para pelajar IPT..bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham..anda kini sudah boleh memuat turun Garis Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200.00 melalui laman link di bawah..

Sedikit mengenainya:-
Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan.


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Download Panduan dan Syarat Permohonan Baucer Buku RM200!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...