PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Tips! 5 Cara Mudah Tanggalkan Sticker Road Tax Kereta Dengan Mudah & Berkesan!

Oleh Kaki Wayang on

Rasanya setiap tahun kita akan buat benda ni. Bagi mereka yang mempunyai kereta sudah pastilah wajib melakukan perkara ini. Namun begitu ada juga yang malas nak tanggalkan "stiker road tax" tu sampaikan berderet sticker kat cermin depan kereta. Macam sengaja buat koleksi.

Tapi bagi mereka yang nak tanggal road tax lama tu terkadangada juga baki-baki tertinggal kat cermin yang payah nak tanggal. Bermacam cara digunakan untuk menghilangkan kesan pelekat di cermin depan kereta namun kesannya tetap sama.

Meh saya kongsikan 5 tips yang pastinya lebih mudah dan lebih berkesan.

Kad Kredit/ Kad ATM/ (Kad Yang Seumpama Dengannya)

Basahkan dengan kain buruk kemudian gosokkan kad tu kat sticker tu dan tanggalkan seperti biasa. Macam tak kena je ayat aku tu.

WD-40

Gunakan bendalah ni WD-40, korang Yahoo kan sikit (asyik tanya Google je) pastu gosok guna span kat sticker. InsyaAllah tanggal dengan selamat dan comel je.

Minyak Masak

Gunakan minyak masak kemudian sental dengan span dan bilas dengan sabun. InsyaAllah tanggal dengan cantik, mulus dan bulus dan wangi sebab bilas pakai sabun.

Minyak Cap Kapak


Cara ni paling rare dan serius yang amat. Minyak Cap Kapak. Letak kat jari pastu gosok kat mata. Konfem menangis air mata darah. Hahahahaha. Okeh serius. Letak 18 renjis kat span apstu sental dengan bersahaja dan comel-comel je. Konfem hilang.

Thinner, Minyak Tanah & Petrol

Ni biasa lah. Tapi boleh lah try. Silakan

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! 5 Cara Mudah Tanggalkan Sticker Road Tax Kereta Dengan Mudah & Berkesan!

Edisi Sengal! Sebab-Sebab Sengal Permohonan BR1M Ditolak!

Oleh Kaki Wayang on



Tahukah anda ada beberapa sebab permohonan BR1M ditolak? Dibawah ialah senarainya. Sila baca dan fahami ya.
  • Pemilik kereta Proton atau Perodua yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1600 cc. Anda tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik kereta bukan tempatan yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1500 cc. Anda juga tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik motosikal yang didaftar antara 2007-2011 dengan kapasiti enjin melebihi 500cc . Nope anda juga tak layak. Sila tukar motor sekarang juga.
  • Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam aplikasi individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
  • Meminta bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tangguangan anda
  • Meminta bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama isteri/suami dengan betul
  • Setakat ini 900 000 permohonan BR1M sudah ditolak oleh pihak kementerian kewangan.
  • Jika anda mendaftar dibawah program E-Kasih untuk golongan MISKIN TEGAR, bantuan BR1M anda akan dikeluarkan seawal pertengahan BULAN INI.
Amacam? Adakah anda jatuh dalam beberapa kategori di atas? Kalau YA sila cuba untuk lakukan beberapa permohonan lain dan lakukanlah penipuan sama ada permohonan anda berjaya atau tak..sebab apa? Sebab kerajaan memperuntukkan sebab yang paling bodoh dan sengal agar mereka mempunyai alasan untuk menolak permohonan anda..

Sumber: The Star
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Sebab-Sebab Sengal Permohonan BR1M Ditolak!

Edisi Sentap! Fakta Mengejutkan Ini Menunjukkan Hutang Malaysia Yang Sebenar!

Oleh Kaki Wayang on

Kadar Hutang Negara. Agak-agak berapa hutang Malaysia? Hutang keseluruhan? Melibatkan hutang pekerja, hutang negara, kadar faedah dan macam-macam lagi. Fakta ini pasti akan mengejutkan ramai pihak. Berikut merupakan gambar screenshot yang diambil di laman www.nationaldebtclocks.org. Buat pengetahuan semua setiap saat kadar hutang di Malaysia meningkat dengan begitu ketara.

National Debt Clocks. Anda boleh ke laman yang saya maksudkan di atas dan anda boleh membandingkan kadar hutang setiap negara. Setakat yang diketahui hutang Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak RM708,140,232,126.00. Amaun yang amat "sedikit" ini sentiasa menokok selang sesaat.  Agak-agak cam mana nak sebut tu? Hahahahahaha.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Fakta Mengejutkan Ini Menunjukkan Hutang Malaysia Yang Sebenar!

Edisi Teknologi! Buang Adware dan Malware Menggunakan Aplikasi Junkware Removal Tool!

Oleh Kaki Wayang on

Sekuriti komputer pada ketika ini amat penting bagi mengelakkan virus yang tidak diingini masuk dan merosakkan serta mengganggu sistem komputer anda dan semasa anda melayari web. Untuk membuang adware, malware dan junkware, anda hanya perlu untuk menggunakan satu perisian dari Malwarebytes yang dipanggil Junkware Removal Tool.


Junkware Removal Tool

Junkware Removal Tool merupakan sebuah aplikasi yang boleh dijalankan tanpa memasangnya di komputer. Antara muka Junkware Removal Tool ini berbentuk command prompt. Ianya akan mengimbas dan menghapuskan segala bentuk malware mahupun adware.

Namun begitu, perlu diingatkan bagi mereka yang selalu menggunakan atau memuat turun "crack" files anda harus berhati-hati dalam menggunakan aplikasi ini. Ini kerana ianya akan terus menghapuskan crack files berkenaan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Teknologi! Buang Adware dan Malware Menggunakan Aplikasi Junkware Removal Tool!

Edisi Agama! Suburkan Jiwa Sayang Rasulullah Dalam Keluarga - Siri Khutbah Jumaat!

Oleh Kaki Wayang on


Khutbah Jumaat. Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat.

Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. 

Baginda diutuskan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali-Imran, ayat 31).

Mari kita renungkan sifat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda dikurniakan Allah SWT sebagai seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Tanda cinta Nabi SAW dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak.

Rasulullah Mengutamakan Umatnya 

Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka. 

Baginda bukan risaukan isteri, keluarga, kaum kerabat, sahabat, tetapi amat risaukan umatnya. Persoalannya, apakah bentuk cinta yang perlu kita buktikan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian? Antara syarat yang perlu ada untuk menjadi umat Muhammad SAW yang sempurna ialah tanamkan perasaan cinta dan kasih yang begitu ikhlas dan tinggi kepada Nabi SAW.

Perasaan ini perlu dipupuk dan disuburkan dalam jiwa kita serta ahli keluarga sepanjang masa melebihi segala-galanya. Jika rasa cinta pada Nabi SAW tidak subur dalam jiwa, maka ini menyebabkan kita tiada usaha dan semangat menghayati dan mencontohi cara hidup baginda dalam kehidupan seharian.

Ini yang ditegaskan oleh Nabi SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Anas bin Malik: "Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari bapanya, anaknya dan semua manusia lainnya". Sanggup mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW daripada difitnah sama ada secara fizikal atau kata-kata.

Umat yang cintakan Nabi SAW akan sanggup mempertahankan kemuliaan Nabinya daripada difitnah. Contohilah Zaid bin Harithah yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Nabi SAW daripada dicederakan oleh penduduk Thaif semasa melaksanakan seruan dakwah terhadap masyarakat di bandar itu. Hayatilah cintanya sahabat seperti Talhah bin Ubaidillah dan Abu Dujanah yang sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi Nabi SAW daripada terkena anak panah musuh dalam peperangan Uhud.

Sanggupkah kita mempertahankan kemuliaan Nabi SAW dan ajarannya dengan fizikal dan lidah seperti mana dilakukan oleh sahabat Baginda. Mempertahankan sunah Nabi Muhammad SAW. Umat yang cintakan Nabi SAW sanggup mempertahankan sunah nabinya. Mereka menjadikan cara kehidupan seharian Baginda sebagai ikutan dan cara hidup. Mereka sanggup memperjuangkan semua bentuk ajaran rasulnya bahkan berusaha keras membanteras segala larangan rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apa juga yang diberikan oleh Rasulullah (sama ada pemberian atau perintah) kepada kamu, maka terimalah, dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya)." (Surah al-Hasyr, ayat 7).

Selawat Bukti Kecintaan 

Sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW antara bukti kecintaan kita kepada Nabi SAW. Riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah: "Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." Sayangnya, jika diperhatikan kehidupan setengah golongan masyarakat Islam hari ini, mereka lebih seronok dan bangga menjadikan artis, selebriti, ahli sukan serta tokoh tertentu sebagai contoh ikutan yang digilai.

Mereka sanggup membelanjakan wang ringgit, mengorbankan tenaga dan masa untuk menghayati gaya hidup idola mereka. Mereka lahirkan rasa cinta dengan mencari maklumat berkaitan ikutan mereka seolah-olah itulah gaya kehidupan mereka yang sebenar. Pada waktu yang sama, terdapat pula setengah golongan masyarakat Islam mempertikaikan kemuliaan dan perjuangan Nabi SAW.

Mereka mempertikai kedudukan hadis malah ada yang menolaknya. Kini tibalah masanya kita sebagai umat Islam menukar arah dan pandangan hidup ke arah mencontohi cara hidup Nabi Muhammad SAW. Marilah kita jadikan Nabi SAW sebagai ikutan dalam kehidupan, tanamkan sifat cinta kepada Baginda kerana umat yang kasih pada nabinya akan taat arahan Allah dan rasul-Nya serta sentiasa menjauhi larangan-Nya.

Kesempurnaan iman seseorang itu bergantung kepada sejauh mana cintanya kepada Rasulullah SAW dan mengamalkan segala sunahnya. Umat yang cintakan nabinya bukan sekadar melalui ungkapan kata-kata, bahkan sanggup mengorbankan harta dan jiwa dalam meneruskan perjuangannya. Sumber ialah Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Suburkan Jiwa Sayang Rasulullah Dalam Keluarga - Siri Khutbah Jumaat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...